[ REVIEW BLOG ] BLOG CIKSEPET.COM , BLOG YANG WAJIB SINGGAH !

[ REVIEW BLOG ] BLOG CIKSEPET.COM , BLOG YANG WAJIB SINGGAH !


BLOG CIKSEPET.COM I Aku rasa, dah lama aku tak review blog kawan-kawan blogger kan. bukan sibuk pun aku ni, malas ja. hahaha pengakuan jujur ni. Hari ini aku akan review blog pilihan aku . Sebenarnya, blog yang aku nak review ni adalah blog yang power dan menjadi rujukan aku kalau aku nak cari idea menulis. hahaha .

www.ciksepet.com

Blog Ciksepet.com nama di beri kepada blog milik insan yang bernama Lisa . Sebab apa blog ini aku cakap power, sebabnya adalah blog ini dah mencecah 1 juta lebih pageview . Dan uniknya blog ini sentiasa ada pengunjung bila aku terjah. hehehe macam mana aku tau ? aku selalu tengok jumlah orang online dekat widget Histat dekat blog ciksepet.com . dekat situ korang boleh tahu siapa yang online time korang online.

www.ciksepet.com
Pemilik Blog ciksepet.com

Blog ini juga menjadi rujukan pengguna celcom macam aku ni. Promosi baru dari celcom memang aku akan terjah blog lisa dulu. baru blog lain-lain. hehe selain lisa juga dalam geng #kelabbloggerbenashaari, lisa juga menerima untuk pengiklanan di blog ciksepet.com. Kalau korang nak iklankan produk boleh hubungi lisa .

Secara keseluruhannya, aku boleh simpulkan blog ciksepet.com sebagai blog santai dan entri yang di upload pun tak terlalu berat untuk di hadamkan dengan ulasan dan penulisan penulis blog yang mudah di fahami.

kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh terjah blog di bawah ini ya .

Nama Blog : Cik Sepet
Link Blog   : www.ciksepet.com

Aku rasa cukup kot review aku kali ini. Korang singgah blog ciksepet.com dan follow blog ni ya !

sekian.

p/s : personally , aku banyak belajar dari penulisan  lisa dalam blog ciksepet.com. aku juga boleh kategorikan blog ciksepet.com sebagai rujukan aku dalam dunia blogger ni. korang yang baru belajar buat blog macam aku ni, aku cadangkan korang belajar dari blog-blog yang sudah lama. banyak ilmu yang mereka kongsikan dengan kita. :)
thanks ciksepet.com 

BILA LEE KWANG SOO KENA TIPU DENGAN ORANG ARAB !

BILA LEE KWANG SOO KENA TIPU DENGAN ORANG ARAB !


EPISOD LEE KWANG SOO KENA TIPU I Kalau korang dah pernah tengok episod runningman yang mana kwangsoo kena tipu dengan Pak Arab atau Pakistan . Dalm episod  " Dubai Trip ", Ahli runningman telah membuat pengambaran di Dubai untuk 2 episod rancangan Runningman. Runningman EPisod 289 dan  290

BILA LEE KWANG SOO KENA TIPU DENGAN ORANG ARAB !

Pada Hari Pertama, mereka lebih kepada membuat aktiviti untuk emngumpul mata, Siapa yang dapat kedudukan 5 terbaik akan bermalam di hotel , manakala siapa yang menduduk 4 di bawah akan bermalam di Padang Pasir. Ahli yang bermalam di Hotel adalah Song Ji hyo,Kim jong kok, Gary , il woo dan Da hae .

You Jae Suk ,Kwang soo , Haha dan ji suk jin bermalam di padang pasir. Pada ke esokkan harinya mereka kena ada mission tetapi sebelum itu mereka jugak ada permaianan di Padang Pasir . Mereka main macam permaianan besball tetapi guna kaki .
Runningamn in dubai

Kemudian mission mereka ke Bandar dubai untuk membeli barang berdasarkan apa yang mereka rasa, dan membeli barang berdasarkan perkataan arab yang di berikan. Masa nilah lee kwang soo kena tipu. haha diorang sepatutnya berjumpa dengan orang yang sepatutnya tetapi entah macam mana lee kwang soo pi jumpa arab/pakistan yang meniaga baju.

Dia sepatutnya beli kasuh , tetapi dia pi beli jubah . haha pak arab tu pun agak2 laa kan. hahaha satu dunia kenal dia menipu . last-last lee kwang soo dapat jugak beli kasut dia. Mission terakhir adalah tanggalakan name tag . dan yang menang adalah kumpulan You Jae Suk.

Runningamn in dubai

Cumanya aku nak cakap, bila lee kwang soo kena tipu macma tu, teringatlak time aku dekat mesir. Kadang-kadang Orang pelancung pun mudah kena tipu dengan arab. Bila teringat pernah kena tipu dengan arab membuatkan aku tersenyum sendiri. mungkin perangai orang arab macam tu kot. memang la bukan semua tapi still ada kan. hehe

Persoalan untuk korang. agak-agak kalau orang luar negara datang malaysia,ada tak orang malaysia buat macam tu dekat depa ? jawab tau. hehe

sekian .

**gambar sumber google.
MAKAN CHICKEN CHOP DALAM TALAM  ! D'MADINAH CORNER,KULIM

MAKAN CHICKEN CHOP DALAM TALAM ! D'MADINAH CORNER,KULIM


TEMPAT MAKAN I Pastinya korang terkejut bila baca tajuk ni kan. Jangan terkejut lama-lama sangat , meh sini aku nak cerita. Baru-baru ini aku adalah pergi makan dekat satu tempat ni dekat area kulim dengan Family aku. Tempat ni mak aku suggest sebab mak aku ada baca dalam harian metro mengenai tempat ni . korang nak tahu tempat apa ?  Scroll bawah. hehe .Tempat makan yang bernama D'Nadinah Corner, Kulim . Aku pun tak pernah sampai tempat ni sebelum ni, jadi ini first time aku makan di sini . Tempat ni banyak menu western . Antara menu yang ada di sini adalah :

 D'MADINAH CORNER,KULIM


Antara Menu di D' Madinah Corner,Kulim

1. Chicken Chop
2.Lamb Chop.
3.Roti Bakar .
4. Minuman
5. dan lain-lain .

Masa aku pergi makan dekat sini, kami order set chicken chop yang di hidangkan dalam talam. Ye talam. dalam set ni ada banyak makanan western contohnya, Chicken Chop, Lamb Chop, Burger,Sosage,Fries dan juga black paper sauce . Dalam hidangan ni juga ada Coselow . Harga semua yang dalam talam tu RM 55 . Murahkan .kami makan 5 orang , tu pun tak habis. hehe



Aku pun tak try menu lain, just set yang di hidangkan dalam talam tu jer. Kalau korang nak makan dalam pinggan  pun boleh ada jer . cuma yang unik di sini adalah makan dalam talam. .Kalau minuman pulak aku order green tea dalam cawan kecil. harga RM 2. oh yaa, kalau korang order set talam tu, korang akan dapat sekali air , maksudnya Set tu termasuk sekali dengan air.

so dah jimat dah di situ. untuk korang yang nak cuba sendiri makanan di sini, korang boleh tengok alamat nya di bawah .

D' Madinah Corner 
Jalan Cengal 3/19, Taman Cengal Indah I, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia

Waktu operasi pulak jam 5.30 petang ! so, jangan mai waktu tengah hari yer. D'Madinah Corner ni banyak cawangan ada lagi dekatSg Petani,Kepala Batas. cumanya aku pergi dekat kulim ni. So aku review kedai ni je la kan. hehe. Selamat mencuba !
komen makanan : bagi aku biasa-biasa jer , Coselow dia sedap tapi ramai yang komen kedai ni best. . korang try sendiri la yer .
Selamat mencuba !
sekian.
TIPS-TIPS | AKTIVITI INDOOR YANG TAK PERLU KELUARKAN DUIT !

TIPS-TIPS | AKTIVITI INDOOR YANG TAK PERLU KELUARKAN DUIT !


AKTIVITI INDOOR I Ramai juga yang mencari aktiviti-aktiviti yang boleh di lakukan terutamanya di dalam rumah. Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu ,kadang-kadang panas dan kadang-kadang hujan . menyebabkan aktiviti yang bersifat outdoor sukar di lakukan.terutama bagi yang mempunyai anak kecil .mereka juga mudah jatuh sakit.

Jadi aku pun terfikirlah beberapa idea untuk di kongsikan khas untuk anda . Sebabnya aku pun suka aktiviti indoor macam ni. hahaha rileks dan meng rilekskan. Kalau korang ada pendapat lain, boleh kongsi kan di ruang komen ya.

AKTIVITI INDOOR TANAPA MENGELUARKAN DUIT 

1. Tengok Runningman.

Runningman sudah mula mendapat tempat dalam kalangan rakyat malaysia. Ada yang menanti siarannya saban minggu untuk menonton rancangan kegemaran mereka ini. Sebagai salah satu aktiviti indorr yang best adalah menonton runningman bersama keluarga. Selain dapat mengeratkan hubungan. hidup kita juga akan menjadi lebih ceria dan happy.
TIPS-TIPS | AKTIVITI INDOOR YANG TAK PERLU KELUARKAN DUIT !

2. Kemas Rumah

Ibu-ibu di rumah pasti suka bila anak-anak mereka balik rumah. pasti ayat yang akan keluar dari mulut mereka adalah " jom kemas rumah hari ni ". hehe sebenarnya itu bukan satu cara untuk membebankan anak-anak sebaliknya untuk mengeratkan hubungan antara ibu dan anak-anak. tak kan lah seorang ibu nak menyusahkan anak-anak betul tak ?
TIPS-TIPS | AKTIVITI INDOOR YANG TAK PERLU KELUARKAN DUIT !

Jadi kita boleh masukkannya sebagai aktiviti indoor yang best untuk dilakukan dan yang penting FREE of Charge !

3. Beresenam

ini mungkin bukan indoor sangat. sebab selalunya orang akan bersenam di luar rumah. tetapi aku anggap perkarangan rumah juga merupakan kawasa yuang bersifat indoor.alaa tempat letak kereta tu kan bertudung. so, di kira indoor jugak lerr. hahaha  bersenam amat penting untuk semua, supaya kesihatan sentiasa di jaga. main tali skipping  pun dah okay. yang penting free.
TIPS-TIPS | AKTIVITI INDOOR YANG TAK PERLU KELUARKAN DUIT !

Aku juga boleh mengkategorikan 3 aktiviti indoor ini sebagai aktiviti yang boleh di lakukan ketikan bosan. betul tak ? hehehe korang pulak janganlah bosan-bosan bila baca entri aku yer. hehehe sebagai tambahan aku kongsi entri ini . dalam entri tu korang akan tengok ada lagi 5 aktiviti lain yang bersifat indoor untuk di lakukan.

Semoga bermanfaat untuk kita semua, 5 aktiviti indoor yangboleh dilakukan tanpa keluarkan duit yang banyak ini perlu kita tahu kerana untuk mengelak dari kita memberi alasan untuk tidak buat apa ketika masa lapang. tapi aku tertarik yang no 5 tu. hahaha memang aku jarang buat kalau ada masa kosong. haha korang pulak macam mana ?

Sekian.

Jangan buang masa anda!


SENARAI PELAKON DRAMA JASMINE !

SENARAI PELAKON DRAMA JASMINE !


DRAMA JASMINE I Drama yang menggantikan drama Married tapi Benci iaitu Drama Jasmine. Drama ini mula menemui penonton pada hari ini. Di bintangi oleh Nelydia Senrose,Aqasha dan gambit Saifullah menjadi drama ini antara yang wajib di tonton . Berikut merupan senarai pelakon drama jasmine .

SENARAI PELAKON DRAMA JASMINE !


           

SENARAI PELAKON DRAMA JASMINE

Tajuk Drama : JASMINE
Bil Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : Rabu - Jumaat 9malam
Saluran Tayangan :TV 3
Tarikh Mula tayang :30 MAC 2016
Senarai Pelakon : Aqasha ,Nelydia Senrose, Gambit Saifullah, Puteri Aisha ,Aedi Ashraf , Shakilla Khoriri , Afifiah Nasir

Sinopsis drama Jasmine

RESEPI PERHUBUNGAN : HARGAI PASANGAN ANDA !

RESEPI PERHUBUNGAN : HARGAI PASANGAN ANDA !


RESEPI I Pertamanya , ubai ni dah buang tebiat ke? tiba-tiba update pasal resepi hubungan ni. hahaha saja suka-suka dan sambil-sambil tu aku nak kongsi juga apa yang aku baca dari pengalaman orang. boleh kan, baik, jom Doktor cinta mulakan dengan senyuman yang paling manis.* cuba bayangkan. hahaha

Ramai pasangan di uji dengan satu perkataan iaitu SYAK . Kita selalu rasa syak dengan pasangan kita bila tindak tanduk dia mula berlainan dari kebiasaan.Syak adalah perkara mula yang muncul bila kita masuk dalam situasi tersebut . tak salah nak syak, cumanya seelok-eloknya duduk berbincang dan selesaikan dengan baik, jangan terus menghukum takut nanti jadi perang besar pulak kan.

RESEPI PERHUBUNGAN : HARGAI PASANGAN ANDA !

Hargai Pasangan Anda. aku pernah terpandang di media sosial mengenai menghargai pasangan anda. tak silap ia di keluarkan oleh ustaz ebit lew. Selalunya , perkara yang di lakukan oleh pasangan kita secara kerap maka kita akan hilang rasa menghargai . contoh pasangan kita rajin masak dekat kita hari-hari, mungkin seminggu dua ,ucapan terima kasih masih keluar dari mulut, selepas itu mungkin sudah tiada kerana ia sudah menjadi kebiasaan .

Sebab itu, kita kena sentiasa menanam dalam diri kita sikap menghargai pasangan kita. kalau tidak pasnagan kita mudah down ,sedih dan sebagainya. Ingat pasangan kita itu juga manusia , mahu di sayangi dan menyayangi. berikanlah hak mereka dengan sebaiknya.

kalau kita mudah menghargai orang,nanti orang pun mudah menghargai kita. kita sayang orang, orang pun akan sayang kita. sebab itu orang selalu sebut, jika kita mampu menghargai orang yang depan mata kita, maka bila dia tiada di depan mata pun, still orang itu akan di hargai. semoga kita termasuk dalam orang yang menghargai pasangan kita.

RESEPI PERHUBUNGAN : HARGAI PASANGAN ANDA !

Cara nak menghargai pasangan Anda :

1. Ucap terima kasih .
2. sering memuji apa yang di lakukannya.
3. Membantu dalam melakukan sesuatu kerja rumah.
4.Bersangka baik dengan pasangan .

Kalau kita cuba terapkan perkara positif dalam keluarga kita ,pasti akan timbul suasana positif dalam keluarga. keadaan akan menjadi tenteram ,aman dan damai .Semoga kita mampu membina keluarga sakinah dan rahmah.

maaf kalau entri ini tidak seperti yang di harapkan . Semoga ia membantu anda mencari jawapan terhadap persoalan anda.

sekian.
15 GB DATA : BERAPA JAM BOLEH BERTAHAN ?

15 GB DATA : BERAPA JAM BOLEH BERTAHAN ?


INTERNET LAJU DAN POWER I Pengguna Internet sama ada melalui telefon bimbit mahupun laptop atau seangkatan dengannya pasti mementingkan jumlah Quota internet sebelum melakukan langganan dengan syarikat-syarikat telco tempatan. U mobile, Celcom,Yes ,Maxis dan banyak lagi syarikat telco yang menawarkan khidmat internet kepada pengguna dalam negara kita.

Macam aku personally menggunakan Celcom untuk Phone dan YES untuk wifi di rumah. setakat ni, aku berpuas hati dengan khidmat mereka.cumanya YES sebelum ni agak teruk dan slow sehinggalah kami decide untuk upgrade ke 20 gb sebulan. baru laju.

u mobile new plan

Cumanya kali ini aku nak bawakan promosi yang di lakukan oleh Umobile !


  • 15gb data berharga RM 70 dengan plan P7O Postpaid plan
  • Unlimited call ke semua rangkaian .


Dengan 15 gb data korang boleh :

dengar 105 jam lagu di spotify .
Boleh tonton 20 HD movie di Youtube
menonton drama siri di Netflix selama 15 jam .

Sebenarnya ada banyak lagi perkara yang korang boleh buat dengan 15gb data . Korang boleh rujuk Link ini untuk maklumat lanjut. Selain itu,dalam link tersebut korang juga dapat tengok promosi iklan Umobile yang aku tulis dekat atas ni.

Aku pun rasa macam nak tukar ke U mobile balik. dua tahun lepas aku suka pakai Umobile sebabnya internet dia selalu lebih berbanding telco lain. hahaha mungkin dengan plan baru ni aku boleh pakai untuk second phone aku nanti. rugi kalau tak grab benda ni kan.

Korang  usha lah link yang aku bagi tu, sebab mungkin korang tak nampak lagi dengan 15gb data korang boleh buat apa kan. tak kan hanya online facebook ,twitter dan lain-lain jer kan. aku nak cerita pun macam tak kena jer .lebih baik korang tengok sendiri dekat link ini.

sekian.

p/s : aku suka umobile sebab kaler oren. hehehe
Five Things to Know Before Investing in Property !

Five Things to Know Before Investing in Property !

Investing in property can be a very lucrative move for you and your family, and a great way to turn some of your savings and wealth into the kind of money that can grow itself. However, like any profitable investment, there are a lot of variables that can go horribly wrong when it comes to investing in property, and there are a lot of factors to consider before you make your move. You have to be patient, calculating, and most of all, not emotionally attached.

However, while investing is hard – nothing worthwhile is ever truly easy – it most definitely isn’t impossible. You just need the right guidance, and you need to ask the right questions.
 Five Things to Know Before Investing in Property !

Know Why You Want to Invest in Property

First of all, why property? There are many ways to invest. For one, you could invest in stocks. Large companies are quite predictable, and it’s fairly safe to invest in their stocks as long as you pay attention to the business section of your local newspaper. Minerals and other commodities are fine investments too, if you so choose. You could turn a collectible’s hobby into an investment, and buy up antiques and art.

Anything that has an inherent, yet fluctuating value is an investment. So why land, real estate, and housing?

While your answer can be personal, from a financial standpoint, the biggest boon that property has as an investment is that it can be rented, and it generates wealth over time. While the same can be said for a car, you’ll be making more money with less upkeep and lower risk through the housing market than by renting out a vintage automobile to select renters.

That, and not everyone needs cars. Everyone, however, needs a roof over their head – be it a shabby apartment or a luxurious oceanfront condo. Year on year, according to ExpatriateAdvisory, Malaysia’s property market is yielding eight to ten percent returns for investors. So, once you’ve compiled and justified your own reason for deciding to invest specifically in property, it’s time to consider the process itself.

Do Not Invest in Unfamiliar Neighborhoods

This rule holds generally true, and is especially important for first-time investors. When you don’t have the capital to hedge your bets on several properties, you’ll want to start with something that you have intimate knowledge about. If you know for a fact that a neighborhood is up-and-coming, then buying property there is a great deal – if, however, you read about the neighborhood being up-and-coming, chances are that the prices have already gone through a hike and are slowly stagnating.

The same thing goes with land. In the very least, you’ll want to study a property before you decide on whether or not to invest. Ask yourself – is the area around the lot developing quickly? Does the land have potential for agriculture? Is the region you’re planning to buy in undergoing any specific growth in an industry, perhaps due to government subsidies?

 Five Things to Know Before Investing in Property !

Consider Your Options

When investing in property, “property” is a loose term you may want to narrow down. You can invest in land by buying undeveloped land and sitting on it for years, or by buying a vacant lot on the cheap and selling it through a long-term down payment plan to make money over time. You can buy a condominium unit and, depending on the condo’s rules, rent it out to a tenant. Or you can buy an apartment building and live in it, while renting out the rest of its units to students and young couples in the area.

A house can be an investment as well, if you turn it into your place of business. By taking up work at home, you save yourself the cost of commuting, and if you’re a business owner, today’s technological advances can help you take your entire company and build it virtually.

Begin Your Search Properly

Once you know what kind of property you’d feel most comfortable with, it’s time to begin your search. The best place to begin is online. Through a large Internet real estate directory such as Property Guru, finding the right property for sale won’t be difficult, given Malaysia’s rapid online growth.

The country’s Internet demographic ranges mostly between the ages of 16 and 54, with up to 66 percent of Malaysians in their thirties and early forties regularly using the Internet on a daily basis, according to Statista. Despite that, should also keep an eye on traditional classified advertisements, posted on dedicated real estate magazines and local newspapers.

Lawyer Up

Consider both lawyering up and getting in touch with multiple experts before making an investment decision. Although you can complete the bulk of the market research on your own, undergoing a large property deal for the sake of investment is best done with the help of a legal consultant.


Once you’ve gone through the necessary steps, however, all that’s left is to sign on the dotted line and accept your new property as a serious investment. 


#177 : Aku kena troll dari pagi sampai ke malam !

#177 : Aku kena troll dari pagi sampai ke malam !

KENA TROLL I Korang pernah kena troll dengan kawan-kawan korang ? pasti pernahkan , kalau tak pernah kena tu maksudnya korang jarang guna media sosial.hehehe korang tahu apa yang terjadi dekat aku hari ni?

kena troll

Korang tahu, kalau guna #177 dekat status korang, akan ada garis kaler hijau,merah, biru,kuning. kalau kalaer hijau tu maksudnya facebook korang pernah kena hack. tak percaya try buat ! gambar dia akan keluar macam dalam gambar di bawah ni.



itulah yang aku kena troll dari pagi sampai ke malam. dan aku yang lurus bendul ni pun dengan usaha yang gigih mencuba dari pafi sampai ke malam dan masih belum mendapat jawapan. aku fikir mungkin sebab facebook aku tak update lagi ke apa ker.


rupanya memang betul-betul tidak wujud pun benda tu.asib baiklaah si Lisa bagitau. kalau tidak memang aku sesat lah sampai bila-bila. hahaha bagus juga ada benda ni ,at least lari dah sikit tumpuan kita semua dekat pengantin 15k kan. korang asyik kutuk ja depa.aku tak suka perkara yang kita tak tau pangkal cerita tetapi di ulas bagai nak rak.

ehh, berbalik dekat #177. ada yang dah cuba ker ? mana nak tau. kot-kot jadi. hahaha kalau jadi bagitau dekat aku. hehe first time kena troll dalam jangka masa yang agak panjang. hahaha selalu aku boleh detect ni troll ke apa ke. tapi kali ni. tak. sedeh. haha

sekian.
KEJAR TRAFFIC BLOG !

KEJAR TRAFFIC BLOG !

TIPS BLOGGER I Traffic blog merupakan antara keutamaan seorang blogger dalam menilai sejauh mana blog kesayangan mereka boleh pergi . Setiap blogger mengimpikan ratusan ribu Pageview setiap hari dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pageview sebanyak itu. persoalanny adalah  adakah caa yang di gunakan adalah dengan cara yang betul ?

Kena pastikan cara kita guna untuk mendapat traffic blog adalah dengan cara yang betul. Kalau kena dengan caranya, maka kita boleh mendapat hasil yang kita nak . hati-hati juga dalam buat tajuk entri, sebab ramai blogger yang cuba ambil kesempatan dengan tajuk entri yang entah apa-apa semata-mata untuk menarik pembaca.

KEJAR TRAFFIC BLOG !

Contoh nya " mangsa MH 370 di temui ". padahal masih belum di temui. tujuan apa mereka membuat tajuk macam tu. bukan ker macam nak menipu orang. Kesian dekat pembaca yang singgah nak tahu maklumat tetapi tak dapat .

Blogger-blogger berkenaan kena hati-hati dalam pilih tajuk.setakat ini kawan-kawan blogger yang aku kenal ,depa tak buat macam tu. sebab tu aku respek dengan depa. tak perlu tajuk gempak-gempak, hanya tajuk simple sebab mereka berjaya dapatkan pembaca setia untuk blog mereka.

Sepatutnya, blogger kena usaha untuk cari pembaca setia supaya traffic blog lebih berkualiti berbanding menggunakan tajuk entri yang entah apa-apa dan maklumat yang sengaja di cipta untuk melariskan entri. aku bukan power bab-bab blog ni. cuma aku tak senang tengok benda yang tak sepatutnya di depan mata aku.

last-last, blogger juga yang terpalit dengan cacian dek kerana satu post facebook dari fake account. sedih kot. ramai blogger yang betul-betul ikhlas dalam menyampaikan maklumat, bila ada bloggger yang tidak bertanggungjawab,habis terpalit ke muka semua blogger. aku minta maaf kalau aku juga pernah melakukan perkara yang sama.

tegurlah aku kalau aku buat salah.

sekian.
SENARAI PELAKON DRAMA SUAMI TANPA CINTA !

SENARAI PELAKON DRAMA SUAMI TANPA CINTA !



PELAKON DRAMA SUAMI TANPA CINTA I Drama yang menggantikan Aku bukan Bimbo iaitu drama Suami tanpa cinta .Drama ini di bintangi oleh Janna Nick ,Shukri Yahaya ,Mark Adam dan ramai lagi. Mesti peminat janna nick tak sabar nak tengok lakonan Janna Nick Di Astro Ria nanti.Berikut merupakan senarai Pelakon drama suami tanpa cinta .


SENARAI PELAKON DRAMA SUAMI TANPA CINTA !
gambar sumber : google.com


DRAMA SUAMI TANPA CINTA

Tajuk Drama :SUAMI TANPA CINTA
Episod : 16 Episod
Waktu tayangan : APRIL 2016 - waktu tayang drama aku bukan bimbo
Tarikh mula tayangan : Minggu Depan 5 April
Saluran Tayangan : Astro Ria
Senarai Pelakon : Shukri Yahya, Janna Nick, Mark Adam , Cristina Suzanee , Sarah Hilderbrand


SINOPSIS DRAMA SUAMI TANPA CINTA
MARAH DENGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL !

MARAH DENGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL !


MEDIA SOSIAL I Baru semalam aku update pasal akibat salah viral . hari ini terpampang di wall facebook aku mengenai wajah pengantin perempuan dengan hantaran 15k yang viral semalam. Gambar itu di muat naik oleh satu page atau satu account di facebook. aku nak tegur sikit jer sebab aku betul-betul konfius ni.

MARAH DENGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL !

Pertama, kenapa kita perlu cari maklumat sampai ke tahap itu ? tak ke namanya mencari aib orang . Kalau setakat nak dapatkan publisiti murahan dari pengunjung facebook, tak payah lah  sebab tak berbaloi pun. dunia mungkin kita fames tapi dekat akhirat cam na ?

ye aku tau, aku pun kadang-kadang terlepas dalam share like atau comment mengenai satu-satu isu, itu aku mohon maaf.tapi kali ini memang aku rasa tak patut langsung bagi kita yang tidak kenal pengantin dan keluarga mereka mencari dan menyebarkan aib mereka di khalayak umum.

Setakat komen dalam konteks apa yang di sampaikan oleh surat khabar kosmo , tak mengapa bagi aku. tapi dah melarat sampai isu yang di komen dan di ulas lebih dan sudah lari konteks asal . isu yang asalnya mengenai wang hantaran tidak cukup dah menjadi isu pengantin 15k/ ermm sorry aku bukan baik sangat tapi aku rasa pengguna media sosial dan kena belajar beradab dengan orang lain/

Pengguna media sosial mudah terikut-ikut dengan syak orang lain. Orang komen jahat, dia pun nak jadi jahat jugak.Cuba fikir sesuatu dari pelbagai sudut. aku dah pernah tulis banyak kali dalam blog aku ni, kita ada banyak pilihan, tapi kenapa kita selalu pilih yang negatif sahaja berbanding positif. mungkinkah kita sudah banyak amal baik yang di lakukan ?

MARAH DENGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL !

Fikir-fikirlah ahli-ahli media sosial sekalian. hari ini mungkin dia mangsa viral , esok lusa mungkin ahli keluarga kita pulak yang viral. Islam ajar supaya kita jaga aib orang.. Kota tak perlu cari sampai ke lubang cacing semata-mata nak bagitau salah orang . Cukup sekadar ahli keluarga yang terdekat yang ada di tempat kejadian sahaja yang tahu.

Semoga apa yang berlaku kepada mereka hari ini,mampu di selesaikan dengan cara yang terbaik antara kedua-dua belah pihak . kita sebagai pengguna media sosial kena hati-hati dalam menyebarkan sesuatu maklumat.fikir dahulu, kalau banyak mudarat dari benda baik, tinggalkan lah ia.

aku minta maaf sebab nampak macam marah,tapi bukan marah sebenarnya ia lebih kepada perkongsian. aku tak mau tengok masyarakat aku duduk dalam suasana fitnah menfitnah, takut turun murka dari Allah. Sekarang pun, dah musim kemarau , air sungai, empangan dan lain-lain makin mencetek. entah sampai bila ujian tuhan untuk kita. aku takut sebab ujian turun adalah kerana kita duduk dalam suasana menfitnah macam ni. moga Allah ampunkan kita semua.

kalau aku salah dalam menyampaikan maklumat, tegurlah aku wahai abang,kakak, adik,ayah dan bonda.

sekian.





AKIBAT SALAH VIRAL !

AKIBAT SALAH VIRAL !


AKIBAT SALAH VIRAL I Viral bukanlah perkataan asing bagi pengguna media sosial.Pelbagai perkara sudah menjadi viral . Kalau nak listkan sudah pasti banyak dan tak tertulis. Cumanya ada beberapa viral yang baik dan ada juga yang tidak baik .Sebagai pengguna media sosial, kita kena hati-hati sebelum viralkan sesuatu. Contoh kes yang berlaku hari ini Pengantin lelaki di tumbuk kerana wang hantaran tidak cukup seperti yang telah di janjikan.
AKIBAT SALAH VIRAL !

Memang pada mulanya ramai yang kutuk dan viralkan tanpa usul periksa. Sebaiknya kita kaji dahulu sebelum viralkan. takut jadi fitnah kepada orang yang di viralkan itu.aku tak mau ulas mengenai isu yang berlaku tersebut. sebab aku tak ada di tempat kejadian. dan aku rasa malas nak ulas. hahaha

Apa kata kali ini kita ulas mengenai Akibat Salah Viral ! Kalau korang dalam bidang media sosial yakni orang yang bergiat dalam media sosial contohnya blogger ads marketing dan sebagainya. pasti korang akan tahu apa impact yang akan berlaku jika sesuatu perkara itu cepat viral dan merebak dengan jayanya.*aku tak tau nak guna ayat apa. hahaha
AKIBAT SALAH VIRAL !

Antara akibat salah viral adalah :

1. Fitnah .

Perkara ini akan paling ketara berlaku. kalau salah dalam menyampaikan maklumat , kita takut ia akan menjadi fitnah. Seeloknya kita selidik dahulu apa yang berlaku sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi dari diri kita sendiri.

2. Pecah Belahkan Masyarakat.

Jika perkara yang di viralkan itu tidak betul, ia akan memecah belahkan masyarakat. akan wujud dua pihak sama ada yang menyokong atau yang menghentam sahaja. Yang paling ketara kalau anda nak tengok akibat number 2 ini berlaku, korang boleh baca di ruangan komen sesebuah post di facebook. sedih bila tengok perkara macam ni berlaku.

3. Menjatuhkan Karakter seseorang .

yang akan menjadi mangsa dalam kancah viral ini adalah orang yang di viralkan. kalau tujuan perniagaan dan untuk terkenal mungkin ia satu perkara yang positif tetapi kalau kerana tujuan lain, pasti akan menjatuhkan semangat mereka yang di kutuk dan di kecam oleh netizen yang mengviralkan perkara terbabit.

Kesimpulannya, hati-hatilah ketika menviralkan sesuatu. kalau terlalu banyak yang negatif kalau kita viralkan perkara tersebut maka tinggalkanlah ia. jangan terbawa-bawa dengan perangai netizen yang gemar mencari publisti . kalau anda faham, anda hebat.

sekian.

:)

GAMBAR TERKINI " BAYI AJAIB " YANG TERSELAMAT DALAM RUNTUHAN HIGHLAND TOWER !

GAMBAR TERKINI " BAYI AJAIB " YANG TERSELAMAT DALAM RUNTUHAN HIGHLAND TOWER !


GAMBAR BAYI AJAIB HIGHLAND TOWER I Bayi ajaib itulah gelaran kepada Nur Hamidah ketika beliau terselamat dalam runtuhan Highland Tower dahulu. Kini beliau yang menuntut di Indonesia kembali ke Malaysia untuk berjumpa dengan pegawai bomba yang ingin berjumpa dengannya.
GAMBAR BAYI AJAIB HIGHLAND TOWER

Hari ini beliau sampai ke Malaysia dan di jemput oleh keluarga rapat beliau di KLIA 2 pagi tadi Berikut merupakan Gambar terkini Nur Hamidah Bayi Ajaib yang terselamat dalam runtuhan Highland tower .

GAMBAR BAYI AJAIB HIGHLAND TOWER

GAMBAR BAYI AJAIB HIGHLAND TOWER

Hebatkan , Semoga kita sentiasa dalamlindungan Allah. kredit gambar harian metro .

VIDEO TRIBUTE HIGHLAND TOWER 1993http://lynk.my/14ZD

VIDEO PERTEMUAN ANTARA HAMIDAH DAN PEGAWAI BOMBA TERSEBUThttp://lynk.my/seNg

Bila sudah tiba ujian tuhan, siapa pun tak boleh halang. semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk kita semua.
OST/LAGU TEMA DRAMA CINTA 100 KG

OST/LAGU TEMA DRAMA CINTA 100 KG


DRAMA CINTA 100 KG I Drama mingguan yang menemui penonton setiap hujung minggu menjafiterkenal dan dinanti-nantikan. Drama lakonan Sherry Alhadad,Ferzrul Khan ,Sharifah amani dan ramai lagi. Berikut merupakan OST drama cinta 100kg :
ost drama cinta 100 kg
gambar murai.com

OST CINTA 100 KG

Tajuk lagu : Bagai Hidup Semula
Artis : Aizat Amdan


Aku pun baru dengar lagu ni . sedap dan memberi semangat untuk kurus. hehe korang dah dengar lagu Bagai Hidup Semula, Ost drama cinta 100 kg ?

sekian.
AKTIVITI CUTI SEKOLAH YANG SESUAI UNTUK ANDA !

AKTIVITI CUTI SEKOLAH YANG SESUAI UNTUK ANDA !

AKTIVITI CUTI SEKOLAH I Sabtu dan ahad merupakan antara hari cuti yang menjadi keutamaan bagi sesebuah keluarga . Si ayah dan si ibu pasti menggunakan cuti sabtu dan ahad sebagai waktu paling ideal untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Hari ahad pulak luang masa menonton rancangan clever girl yang memang clever.. ehh hahaha
AKTIVITI CUTI SEKOLAH YANG SESUAI UNTUK ANDA !

baik, mesti korang tercari-cari aktiviti apa yang best untuk diri anda dan juga keluarga. aku pisahkan kepada 2 kategori . 1. Bujang 2. Keluarga .

Kategori Bujang :

Antara aktiviti orang bujang yang selalu di lakukan adalah keluar lepak dengan kawan-kawan . Menonton wayanag batmanvs superman pad ahujung minggu , keluar makan , dan bercuti di pulau-pulau antara aktiviti yang cukup popular dalam kalangan orang bujang.

Aktiviti
Kategori Keluarga :

Bagi keluarga pulak sudah pasti menghabiskan masa membeli belah  barangan rumah di Shopping-shopping complex dan pasar . Di samping memberi hadiah kepada anak-anak setelah sekian lama terperuk didalam rumah dan melakukan aktiviti di sekolah. Makan malam di luar rumah di tempat-tempat yang terknal juga antara pilihan ibu bapa dalam menjamin masa yang berkualiti bersamam anak-anak.
AKTIVITI CUTI SEKOLAH YANG SESUAI UNTUK ANDA !

disebabkan cuti hujung minggu amat singkat, ramai juga yang ambil peluang untuk berehat bersama anak-anak dirumah. Sarapan bersama , mengemas rumah ,berucuk tanam dan juga bersenam bersama-sama antara yang menjadi pilihan. selain menyihatkan badan, hubungan kekeluargaan juga dapat di eratkan.

Tempat menarik untuk di kunjungi :

1. Padang Besar
2. Pameran Bunga
3. Padang Kota
4. KLCC
5. Aquaria
6. Tadom Hills

Jangan putus asa dalam membahagiakan keluarga anda. walau 100 cara di perlukan untuk menggembirakan mereka, cari dan cubalah pasti ada pahala dalam setiap usaha kita dalam membahagiakan keluarga tercinta. selamat berkerja kembali kepada yang sudah habis cuti dan selamat bercuti untuk yang baru mula bercuti.

Sebagai penutup, jom tengok video seorang lelaki pertama kali make up perempuan. lawak weh ! hehe aku pun tak pernah make up perempuan. haha perempuan mesti cuak kan bila lelaki make up korang. hehe eye liner ke mana , blusher ke mana. hahaha rugi tak tengok.


sekian.

BUDAK GUNTING LIDAH KERANA DI BULI !

BUDAK GUNTING LIDAH KERANA DI BULI !


BUDAK GUNTING LIDAH I Dalam kejadian yang berlaku pada semalam, Seorang pelajar sekolah rendah yang memotong lidahnya menjadi sebutan ahli netizen . Pelbagai komen di lontarkan mengenai isu yang berlaku ini. Menurut Laporan Harian Metro hari ini , Mangsa melaporkan yang dia di suruh untuk menggunting lidahnya oleh sekumpulan pelajar yang membulinya di sekolah.

BUDAK GUNTING LIDAH
sumber harian metro

Jika dia tidak mengikut arahan itu, dia akan di pukul oleh mereka.Mangsa juga merupakan pelajar darjah dua manakala yang membuli itu dikata berusia darjah 3 . Ibu mangsa menyerahkan segala tugas penyiasatan kepada pihak polis .

baca laporan harian metro : Di Suruh Gunting Lidah .

komen kataubaid :

Semoga adik ini cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala. sebagai pemerhati dan pembaca berita ,kita serahkan sahaja laporan yang akan di keluarkan oleh pihak polis tidak lama lagi. tak perlu kita cari budak yang melakukan benda ni . selalunya netizen akan berlagak pandai dalam nak hebohkan sesuatu.

apa kata kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan. Ibu mangsa juga menyerahkan kepada pohak polis untuk melakukan siasatan. senyum selalu . Mak ayah di luar sana, sekali sekala cuba tanya apa yang anak anda buat di sekolah. tanya dalam keadaan minat nak tahu bukan nak marah atau menghukum. mesti banyak yang mereka nak cerita.

sekian.
GAMBAR LEE MIN HO DI MALAYSIA !

GAMBAR LEE MIN HO DI MALAYSIA !


GAMBAR LEE MIN HO DI MALAYSIA ! I Baru-baru ini  ,seorang artis korea yang terkenal , Lee Kwang Soo menjengah Kuala Lumpur. Sambutan yang amat-amat memberangsangkan dari peminat. Hari ini pulak Artis kacak yang menjadi kegilaan wanita iaitu lee Min ho mengunjungi Pavilion untuk sebuah event.

Berikut Gambar Lee Min Ho di Malaysia : ( SUmber fb : KLiK )


GAMBAR LEE MIN HO DI MALAYSIA !

baca juga : PROMO SAMSUNG GALAXY S7 EDGE ! RM 2 RIBU LEBIH JA ?!!

GAMBAR LEE MIN HO DI MALAYSIA !

Aku tak kenal sangatn lee min ho ni. just tahu nama ja. dia ni pelakon ker ? pernah mai runningman ? haha aku kenal yang mai runningman ja.. hehe

sekian.

BIODATA SHARIFAH AMANI | PELAKON DRAMA CINTA 100 Kg !

BIODATA SHARIFAH AMANI | PELAKON DRAMA CINTA 100 Kg !


PELAKON DRAMA CINTA 100 KG I Drama Cinta 100 kg yang di tayangkan setiap hari jumaat sehingga ahad merupakan drama kegemaran ramai . Di bintangi oleh Sherry Al-hadad, Fezrul khan dan sharifah amani. Berikut merupakan biodata Sharifah Amani :
BIODATA SHARIFAH AMANI | PELAKON DRAMA CINTA 100 Kg !

BIODATA SHARIFAH AMANI I PELAKON DRAMA CINTA 100 KG :

Nama Penuh : Sharifah amani Syed Zainal Rasyid
Nama Artis :Sharifah amani
Umur : 30
Tarikh Lahir : 10 Jun 1986
Asal : Selangor .

Sebenarnya aku terkejut bila tengok sharifah amani kembali berlakon. ye lakan sebelum ni dia banyak membintangi filem je. tapi seronok tengok dia belakon. pelakon lama setiasa ada kelas dia tersendiri. betul tak ?

sekian.
MENGAMALKAN ADAT ATAU AGAMA YANG PERLU DI UTAMAKAN !

MENGAMALKAN ADAT ATAU AGAMA YANG PERLU DI UTAMAKAN !

MENGAMALKAN ADAT ATAU AGAMA YANG PERLU DI UTAMAKAN ! I Sebelum ini timbul persoalan dalam kalangan kita mengenai antara mempraktikkan ajaran agama kadang-kadang bercanggah dengan adat setempat. Jadi bagaimana kita nak handle perkara macam ini. haruskah kita korbankan agama untuk mempraktikkan adat atau menggadaikan adat demi mempertahankan agama .

MENGAMALKAN ADAT ATAU AGAMA YANG PERLU DI UTAMAKAN !

Kembali kepada konsep asal kehidupan manusia. Kita di ciptakan untuk menjadi hamba kepada Allah. Mempraktikkan agama menjadi keutamaan setiap insan. kedua dan setrusnya barulah kita mempraktikkan adat. Adat juga mampu menjadi ibadah apabila ia di niatkan kerana Allah. tetapi adat yang bercanggah dengan ajaran Islam pasti tiada kompromi dalam pengamalannya.maksudnya tak boleh di amalkan.

Semalam aku bertanya kepada kawan-kawan facebook aku satu soalan. " antara adat dan agama, yang mana perlu di utamakan ? " ini jawapan mereka :
adat dan agama yang mana utama ?
Posted by Kataubaid Ismail on Wednesday, March 23, 2016



Aku setuju dengan jawapan yang mereka berikan kerana agama merupakan perkara yang penting untuk di amalkan dan di utamakan. kerana agama kita di masukkan dalam syurga. Ambil contoh , menutup aurat merupakan ajaran agama .Bukannya budaya orang arab . Jadi kita kena membantu masyarakat agar mereka juga mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.

MENGAMALKAN ADAT ATAU AGAMA YANG PERLU DI UTAMAKAN !

Sama juga bersalam di tempat awam antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram .ia juga bukan budaya orang arab , ia merupakan ajaran agama. jadi kita sebagai manusia kena sama-sama berusaha untuk mengelaknya .

Kesimpulannya, Adat dan agama merupakan dua benda yang berbeza . Utamakan agama berbanding adat. ingat kata-kata ini  Melayu mulia kerana Islam , Islam tetap gah mulia walaupun tanpa melayu. semoga entri ini bermanfaat. salam jumaat

sekian.

GAMBAR HOTEL KONTENA DI MUAR, JOHOR !

GAMBAR HOTEL KONTENA DI MUAR, JOHOR !


HOTEL KONTENA , JOHOR I Pertama kali aku tengok Hotel Kontena ni, aku cakap Wow ! menarik dan cantik design dalam Hotel ini. Pastinya menelan kos yang banyak untuk di siapkan. Mungkin satu hari nanti aku akan sampai ke sana. masuk dalam Wish List. hehehe

Gambar Hotel Kontena Di Muar Johor .( sumber Siakap Keli Press )


GAMBAR HOTEL KONTENA DI MUAR, JOHOR !

GAMBAR HOTEL KONTENA DI MUAR, JOHOR !

GAMBAR HOTEL KONTENA DI MUAR, JOHOR !

GAMBAR HOTEL KONTENA DI MUAR, JOHOR !

GAMBAR HOTEL KONTENA DI MUAR, JOHOR !


Lokasi :

PPT MUAR HOTEL

41-3 Jalan Bakri ,Muar 84000 Johor

Seroius aku suka design hotel macam ni .Simple dan unik. orang kata ni acah-acah hipster la nii kaan. Korang dah sampai sana ? jom kongsikan pengalaman korang di sana. !

Sekian.
NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK : KARTON APA YANG KORANG MINAT ?

NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK : KARTON APA YANG KORANG MINAT ?


NOSTALGIA I Bila kita sebut pasal zaman kanak-kanak, pastinya zaman kanak-kanak kita berbeza berbanding dengan zaman sekarang. kalau kita mampu berbangga dengan zaman kanak-kanak kita sudah pasti, anak-anak zaman sekarang juga berbangga dengan zaman kanak-kanak mereka.


NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK : KARTON APA YANG KORANG MINAT ?




Selain mengimbau kenangan mengenai permainan yang pernah kita main dahulu, rancangan karton kegemaran juga pasti mendatangkan satu pengimbauan kenangan kita zaman kanak-kanak dahulu. Zaman dahulu mana ada boboiboy kaan. upin-ipin pun tak lahir lagi. hahaha

NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK : KARTON APA YANG KORANG MINAT ?Image result for Tom and jerry
Zaman dahulu, mungkin dalam tahun 90 an macam tu, siapa tak kenal dengan Karton Ucop Santorian  , Tom and Jerry , Chip and Dale ? haha mereka lah yang menghiburkan zaman kanak-kanak kita dahulu. telatah yang di tunjukkan mereka membuatkan kita menanti setiap episod mereka di akca televisyen.

NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK : KARTON APA YANG KORANG MINAT ?
Selepas itu barulah datang doraemon, Shin chan ,Chibi moroku chan . Oh ya aku hampir terlupa dengan Sabrina the animated series ,kisah seorang kanak-kanak perempuan yang pandai bermain silap mata dan di temani oleh kucing hitamnya. masa dulu rajin gak aku follow cerita tu.

NOSTALGIA ZAMAN KANAK-KANAK : KARTON APA YANG KORANG MINAT ?

Tak masuk lagi totally spies dan macam-macam lagi rancangan karton pilihan ketika kecil. Ultraman yang dah banyak siri tu menceriakan zaman kanak-kanak yan glahir pada tahun 90 an dan 80 an. Aku ingat lagi dulu, setiap sabtu di NTV 7 bermula jam 8 pagi sampai 12 tengah hari , penuh dengan rancangan kartun.duduk melangutlah dulu depan tv. hehe

Korang cuba tengok dalam entri ni, banyak lagi karton yang aku tak senaraikan dalam entri aku ini tetapi depa sebut. mungkin katoon tu aku tak tengok kot. hehe korang cuba usha dan boleh tengok siapa yang minat karton-karton zaman dulu-dulu. termasuk jugak lah yang aku senaraikan ini.

Serius , mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dulu. Yang pasti masing-masing akan menghargai masa kanak-kanak masing-masing . Jangan lah ada yang membandingkan zaman kanak-kanak dahulu dan sekarang. sebab apa ? sudah pasti zaman mereka dan kita berbeza. senyum dan terus memerhati.

sekian.

p/s : kalau korang tak bukak lagi link yang aku bagi dekat ats. korang boleh bukak dekat sini . Rugi tak mengimbau kenangan zaman dulu-dulu. hehe mana nak tau boleh share dengan anak-anak kita ker.. ehh anak-anak korang. haha


Kataubaid© .