MIND BLOCK MEMBUATKAN KITA MALAS NAK UPDATE BLOG ! ALASAN SEORANG BLOGGER !



TIPS BLOGGER I Menjadi seorang blogger bukanlah mudah . Setiap hari kena fikir apa yang perlu di isi dalam blog sebagai santapan buat pembaca blog. Ramai blogger pernah alami idea freeze atau brain freeze. apa itu brain freeze ?

tak ada idea nak tulis entri

Maksud Brain freeze adalah tiada idea untuk menulis.brain freeze juga di kaitkan dengan kesejukan otak ketika kita makan ice cream. korang pernah rasa ? . Ada juga yang mengatakan sebagai mind block dan sebagainya.

Macam situasi yang aku sedang alami sekarang ini. aku tak tau nak update apa dekat blog. Bila dah mula raasa macam tu, maka satu demi satu bisikan menjelma dekat telinga dengan mengatakan " aku nak berhenti jadi blogger " .


Benda yang aku alami dan dah lama tak alami. mungkin target aku silap. Terlalu mengharapkan pembaca atau viewers yang banyak sehingga aku lupa kemampuan diri sendiri. Tak apa, muhasabah balik. mungkin ada hikmah di sebalik brain freeze ini . hehehe

Tak ada idea tulis entri

Aplikasi dari brain freeze juga menyebabkan kita malas nak update blog. bila kita tak ada idea, rasa macam susah hati dan risau apa yang akan jadi dekat blog kita.maka satu benda yang kita kena buat adalah dekatkan diri kita dengan tuhan .Yakin bahawa rezeki milik tuhan.dan tuhan yakni Allah yang akan kurniakan buat kita.

yakin dan terus yakin. jangan malas update blog. kalau malas sampai bila kita nak tunggu untuk peroleh kejayaan dari blog. Kerjaya seorang blogger pun telah di iktiraf sebagai kerjaya sampaingan yang paling popular di lakukan oleh rakyat malaysia.

Sepatutnya kita kena bertambah bangga dengan menjadi seorang blogger. tulislah perkara yang baik untuk bacaan masyarakat. hehe sorry lah aku membebel untuk diri aku sebenarnya ni. tak da idea nak tulis benda yang gempak-gempak. jadi aku tulis lah tips ni untuk menguatkan semangat dalam menulis entri.

doakan aku dapat semangat ank tulis entri balik. hehehe. kadang-kadang kita nasihatkan orang cara macam mana nak dapatkan semangat tulis blog bagai. tapi bila kena dekat batang hidung sendiri, baru kau rasa langit tinggi ke rendah. hahaha tak apa lah. aku tak layak bagi nasihat pun sebenarnya , lebih kepada perkongsian apa yang pernah kita alami . itu sahaja.

sekian.
Previous Post Next Post