MACAM MANA NAK BUAT KERJA 3D , RAKYAT MALAYSIA MAJORITI PERANGAI MACAM ..


PEKERJAAN 3D I Baru-baru ini heboh di dunia maya , di mana saranan yang di berikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang mencabar agar rakyat Malaysia mencuba nasib dalam kerjaya 3D . Aku di faham kan 3 D bermaksud Dirty, Dangerous dan Difficult .
BUAT KERJA 3D

Namun pelbagai reaksi berbeza di terima dari rakyat rata-rata mempertikaikan cabaran tersebut. TPM merujuk kepada pekerja-pekerja buruh binaan yang akan di bawa masuk ke Malaysia sebanyak 1.5 juta orang warga bangladesh. Mungkin tentangan hebat rakyat yang rata-rata bimbang dengan situasi itu mula membantah di media sosial .


Rakyat bimbang peluang pekerjaan akan berkurangan memandangkan sekarang ini ramai kerja-kerja di ambil alih oleh warga asing. Contoh paling dekat dengan aku, ada sebuah kedai runcit juga mengambil pekerja asing untuk bekerja dengan mereka. bahkan buakn sebuah  tetapi banyak majikan berbuat demikian atas alasan untuk jimat kos.

Di samping itu Masyarakat juga bimbang dengan Masalah sosial yang di lakukan oleh pendatang asing bila mereka berada dalam negara kita. Kes Rompak, Rogol dan Cabul antara yang di takuti oleh rakyat kini.

BUAT KERJA 3D
malaysia1news pic
Disebalik  peningkatan pekerja asing di negara kita, cabaran yang di keluarkan oleh TPM yang meminta rakyat malaysia menceburi bidang pekerjaan 3D macam aku sebut di atas. saranan atau cabaran ini juga di bantah di media sosial. Antara sebab utama rakyat Malaysia tidak mahu bekerja dalam sektor tersebut adalah faktor gaji.


Aku setuju, di tambah dengan kos sara hidup meninggi dalam malaysia ini.rakyat harus mencari alternatif lain dalam mencari wang untuk menampung perbelanjaan harian.Mungkin perbandingan gaji pekerja buruh tidak sama dengan gaji orang bekerja pejabat. Selain itu faktor masyarakat juga memainkan peranan.

Kalau nak kawin pun makcik-makcik tanya, rumah ada berapa bijik, kereta berapa bijik KWSP ada ke idok. gaji berapa sebulan. andai pemikiran masyarakat begini, maka bagaimana rakyat nak masuk bidang tersbut. Gaji nya rendah , bagaimana nak tampung kos-kos lain. hatta orang yang berkerja pejabat sekarang ini pun masih tidak mencukupi gaji mereka sebulan.

Seperti yang menjadi cadangan dari pemerhati-pemerhati atau NGO-NGO yang mencadangkan agar gaji pekerjaan 3D di naikkan, maka mungkin akan menarik minat pekerja dari malaysia untuk bekerja dalam sektor tersebut. Kalau sektor ini, aku yakin orang yang tinggal di kampung ada juga mengambil upah untuk membina rumah. macam di kampung aku ada lagi orang bekerja untuk membina rumah. nak kata orang malaysia tak da ceburi bidang itu, mungkin persepsi yang salah lah bagi aku.

Selain Kena faham ekonomi masyarakat dan budaya masyarakat juga memainkan peranan dalam mencorakkan pekerjaan seseorang.terutama sektor buruh kasar.Betul tak ? sekadar coretan aku sahaja ni. mungkin korang ada pendapat lain. boleh kongsikan di ruang komen ya.

minta maaf atas salah silap.

sekian.
Previous Post Next Post