HARGA MINYAK PETROL UNTUK BULAN MAC 2016 !

HARGA MINYAK PETROL UNTUK BULAN MAC 2016 !



HARGA MINYAK UNTUK BULAN MAC 2016 I Penurunan Harga Minyak Dunia baru-baru ini menyebabkan harga jualan bagi minyak juga menurun. Setiap awal bulan akan ada perubahan harga minyak . Alhamdulillah , harga minyak untuk kegunaan rakyat malaysia menurun . 

Aku yakin ramai yang gembira dengan penurunan harga minyak ini di samping dapat mengurangkan sedikit kos perbelanjaan bulanan terhadap kenderaan masing-masing . aku hanya berharap harga minyak yang turun ini mampu untuk mengurangkan harga barangan dan cukai GST terhadap rakyat.

walaupun harga minyak turun mendadak , tetapi harga barang tetap naik, tiada gunanya . betul tak ? berikut merupakan senarai harga minyak untuk bulan Mac 2016 .  

HARGA MINYAK PETROL UNTUK BULAN MAC 2016 !

Semoga nikmat Allah ini di syukuri dan perubahan bagi harga minyak yang baru ini mampu meningkatkan ekonomi kita dan keluarg akita insyaallah. fikir positif walau pun aku rasa ini utk PRN Sarawak bulan mac ini. hehehe.

sekian.
AKU UNTUK 4 TAHUN YANG AKAN DATANG !

AKU UNTUK 4 TAHUN YANG AKAN DATANG !

Tahun Lompat I Hari ini merupakan 29 Febuari 2016 , merupakan hari yang menandakan tahun lompat untuk tahun 2016 . Siapa yang lahir pada hari ini , mereka akan menyambut hari lahir mereka 4 tahun dari sekarang. hehe kesian dekat depa .

aku pulak ambil peluang kali ini untuk merangka perjalanan aku untuk 4 tahun akan datang . mungkin aku hanya khususkan untuk blog kataubaid . Mungkin jangka masa 4 tahun terlalu lama untuk di tunggu namun semua perkara tidak mustahil berlaku .

Tahun Lompat

Tak salah kita merancang, impian aku adalah nak baca entri ni bila hari nya sampai dan nak nilai semula bagaimana hari itu dalam masa 4 tahun lagi. doakan aku. aku mungkin juga tak wujud lagi di dunia untuk 4 tahun yang akan datang . aku mohon kalau masa itu tiba, korang doakan aku ya .

Untuk blog aku , aku target untuk terus menulis selagi mampu . mungkin sekarang aku agak free jadi banyaklah yang aku update, aku bimbang juga bila dah sibuk nanti, susah pulak nak update. Aku harap blog aku di baca oleh orang yang sudi membaca. aku tahu ramai yang silent reader .

Aku ucapkan terima kasih sangat-sangat .

Dalam masa 4 tahun akan datang, aku target aku akan keluarkan satu buku . mungkin dalam masa 2 tahun lagi , sebuah buku akan di keluarkan. konsep masih tak rancang , ini hanya angan-angan aku. Kedua , mampu menjana pendapatan sampingan dari media sosial .

Ketiga, mampu mengajar kepada yang berminat mengenai blog dan media sosial . yang lain tu ada banyak lagi tapi untuk blog aku rasa cukup itu kot. kalau target sepanjang hari adalah nak naikkan Traffic blog jer. hehe

korang pulak macam mana ? apa kata korang buat satu entri berkaitan 4tahun akan datang bagaimana keadaan korang. lepas tu pastekan dekat ruangan komen bawah ni. lepas jugak entri korang untuk hari ni kan. nanti aku terjah .

apa-apa pun kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. semoga perancangan kita ini di iringi dengan tawakal kepada-Nya . aamiiin .

sekian.
FAHAM SEJARAH MALAYSIA , MAKA KITA AKAN NAMPAK MALAYSIA DI MASA HADAPAN

FAHAM SEJARAH MALAYSIA , MAKA KITA AKAN NAMPAK MALAYSIA DI MASA HADAPAN


SEJARAH MALAYSIA I Mungkin kali ini aku banyak berbicara mengenai hal-hal biasa.biarlah kali ini pula aku berbicara mengenai kefahaman kita terhadap sejarah sesebuah negara. Aku ni bukanlah orang yang pandai sangat bab sejarah tetapi aku suka sejarah.Sejarah akan nampak seronok bila ia berulang kembali .

Aku ambil contoh terkini , Tun Mahathir umum keluar umno . Jika kita faham dan ikuti sejarah, kita akan ingat bahawa tindakan Tun ini bukanlah perkara baru, malah ia merupakan salah satu perkara yang sudah di jangka akan berlaku .

SEJARAH MALAYSIA\

Pada tahun 2008 Tun keluar Umno kerana hilang kepercayaan kepada Pak Lah, dan kini Tun keluar Umno kerana tanda Protes terhadap Najib Razak . Macam aku cakap tadi, ia semakin menarik bila ia merupakan satu sejarah yang berulang kembali .

Dia macam, tengok astro yang dok ulang cerita banyak kali tu. hahaha . Dan tidak mustahil Tun Mahathir akan masuk UMNO balik kalau Najib Razak umum letak jawatan sebagai perdana Menteri .Apa yang aku nak kita semua faham , dalam politik ini  kita ada pelakon dan scene-scene tertentu . ia pasti akan berulang , mungkin skripnya berbeza dan pelakonnya berzea. ada kemungkinan skripnya sahaja berbeza tetapi pelakonnya sama.

begitu juga kita dalam memahami sejarah Malaysia , kalau kita ikut satu persatu , pasti kita tidak melenting  jika sesuatu isu berlaku. Kita tolak isu berkaitan kezaliman pemerintah yang menindas rakyat . Dan tak mustahil akan ada satu zaman di masa hadapan, malaysia akan jadi seperti mana malaysia sekarang ini .

Mungkin korang tak faham apa yang aku nak sampaikan, cuma aku nak minta kita faham isu-isu yang berlegar dalam negara kita ni, kita ambil cakna dan jangan ketinggalan sebab satu hari nanti akan ada yang memutar belitkan fakta . Jika kita tak tahu, kita lah yang tertipu , jika kita tahu mereka yang memutar belitkan Fakta pulak yang tertipu .

semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan benci politik kerana politik ada dalam islam, Rasulullah juga berpolitik, Baginda pemimpin Kota Madinah dan Meekah. Baginda pemimpin mulia yang tiada gantinya .

maka contohi lah baginda S.A.W.

Sekian .

[ TERKINI] TUN MAHATHIR KELUAR UMNO !

[ TERKINI] TUN MAHATHIR KELUAR UMNO !


mahathir keluar umno I Menurut Laporan dari Berita harian online, mengatakan bahawa Tun Mahathir mengishtiharkan beliau keluar dari umno berkuat kuasa serta merta. Ucapan tersebut di ambil dari sidang media yang di lakukan di Putra jaya sebentar tadi.

Tun Mahathir keluar UMNO

Tun pernah keluar umno setelah bersara dari menjadi perdana menteri . kini tun sekali lagi keluar umno . dikatakan kali ini sebagai protes kepada Najib razak. kita tengok apa pula drama politik kali ini.

Kali Pertama tun keluar Umno pada tahun 2008 , ketika itu tun keluar dari umno kerana hilang kepercayaan kepada Pak Lah, kini tun buat sekali lagi kepada Najib .

baca juga  : https://www.malaysiakini.com/news/83067

* Gambar sumber Berita harian.




TEMPAT MENARIK DI BALIK PULAU, PULAU PINANG !

TEMPAT MENARIK DI BALIK PULAU, PULAU PINANG !


TEMPAT PELANCONGAN DI PULAU PINANG I Lama agaknya aku tk update pasal travel kan. kali ini aku nak cerita pasal kampung aku sendiri aiaitu Balik Pulau, Pulau Pinang. Kawasan ini merupakan kawasan yang terkenal dengan dudun Durian di Pulau Pinang. bila pelancong mai pulau pinang, pastinya tempat ini menjadi tumpuan.
TEMPAT MENARIK DI BALIK PULAU, PULAU PINANG !
sumber google.com
cumanya, kali ini aku tak fokuskan dekat durian sebab sekarang bukan musimnya. jadi aku fokuskan kepada 3 tempat ini untuk tatapan dan bacaan korang semua .


1. Pantai Pasir Panjang

Pantai ini agak dalam atau terpencil sikit dari perhatian orang, namun untuk orang tempatan di kawasan balik pulau pasti depa kenai pantai ni. luas dan cantik macam dalam gambar dekat bawah ni. pastinya , pengalaman indah jika berkelah bersama keluarga . *follow Ig aku tau ! :)




2. Laksa Janggus .

Aku pernah review laksa ni banyak kali dekat blog aku, dan  rasanya memang tidak mengecewakan. Pernah juga masuk dalam jalan-jalan cari makan di tv3  dahulu. terletak di bahgian pulau betonng menjadi pengalaman bercuti anda di pulau pinang satu yang menakjubkan.

3. Street Art .

korang tahu gambar-gambar di bawah ni adalah hasil karya seorang rakyat rusia . Beliau melukis gambar ini  dengan sendiri . satu hasil karya seni yang tidak dapat di ganti. semoga ia terpelihara hasilnya .
TEMPAT MENARIK DI BALIK PULAU, PULAU PINANG !
sumber google.com

Begitulah yang aku dapat kongsikan dengan korang mengenai kawasan Balik Pulau ,Pulau Pinang. ada juga aktiviti ATV di sini yang baru bermula, nanti aku try pi review dulu ya. baru aku update dekat blog. jemput mai penang !

sekian. 


SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016 !

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016 !

ANUGERAH MELETOP ERA 2016 I Wow , tamat sudah Anugerah meletop Era bagi tahun 2016 .Pelbagai ragam artis kita melaram di Anugerah Meletop Era 2016 . Pelbagai suasana baru dalam Anugerah Meletop Era 2016 kali ini . ramai juga artis-artis yang sudah berumah tangga dan menimang cahaya mata.

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016 !

baca juga : Cara nak Baca Karakter Suami anda melalui cara dia memandu ! 

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA 2016 !

mesti korang ternanti-nantikan keputusan Anugerah Meletop Era 2016 !

Drama Meletop - M.A.I.D
Artis Lawak Meletop - Johan
Hos Meletop - Dato Ac-Mizal
Pelakon Meletop - Ayda Jebat
Rancangan Meletop - Gegar Vaganza 2015
Lagu Meletop - Siapa Diriku -Ayda Jebat
Penyanyi Meletop - Ayda Jebat
Dua/Kumpulan Meletop - Akim & The Majistret
Penyampai Radio Meletop - Johan
Rancangan Radio Meletop - Johara Pagi Era
Filem Meletop - Polis Evo
Bintang Filem Meletop - Zizan Razak
Fesyen Meletop - Dato Ac Mizal
Artis Baru Meletop - Mira Filzah
Bintang Online Meletop -Siti Nurhaliza
Pasangan Meletop - Johan dan Ozylyn

TOP-TOP MELETOP - Johan
TOP-TOP MELETOP - Ayda jebat

Anugerah Khas Meletop - Zulkarnain Hassan (bekas penyampai sukan )

SEDUTAN PERSEMBAHAN MARK ADAM MENARI ALA MICHEAL JACKSON - http://lynk.my/aSYl

PERSEMBAHAN DATO SITI NURHALIZA DI AME 2016 - http://lynk.my/QjRP

VIDEO SEDUTAN JONAZ MENGERINGI MIRA FILZAH - http://lynk.my/rIj4

Apa yang aku mampu komen keseluruhan adalah kuasa pengundi .ada keputusan yang di luar jangkaan dan di luar level artis yang menang. namun nak buat macam mana, dah konsep Anugerah Meletop Era 2016 adalah mengikut pengundian. jadi yang banyak undi menang itu je. apa-apa pun tahniah buat semua.

Istighfar banyak-banyak lepas tengok perkara lagha :)

sekian.


TAWARAN AIR ASIA GO UNTUK HOTEL DENGAN HARGA OSEM DI THAILAND  ! PROMOSI 24 JAM SAHAJA !

TAWARAN AIR ASIA GO UNTUK HOTEL DENGAN HARGA OSEM DI THAILAND ! PROMOSI 24 JAM SAHAJA !

PROMO HARGA HOTEL I Tadi pagi aku kongsikan satu sales yang di lakukan oleh Shoppe.com. bagi yang tertinggal kereta api, boleh Rujuk link Sales sehingga 80% dengan shoppe.com . Baik kali ini aku nak kongsikan satu lagi tawaran hebat dari AirAsiaGo !

AIR ASIA GO

Korang nak tahu apa yang di tawarkan oleh mereka ? AirAsia Go menawarkan pakej hotel dengan harga yang Osem ! Gini, Korang beli bilik di hotel di sekitar thailand untuk 2 hari dan korang hanya perlu bayar harga sehari shaja !

betul ni, aku tak tipu . Kita hanya perlu bayar harga hotel untuk sehari sahaja . lagi satu hari adalah percuma . Tawaran ini hanya di buka pada 29 Feb 2015 untuk tempahan Hotel . Korang mesti nak tahu , boleh tempah hotel ini ikut suka hati ke nak pilih bila pun kan. sebenarnya ada tarikh tertentu untuk kita check in . Dari 15 mei sehingga 31 October 2015 !

korang boleh pilih mana-mana tarikh dalam jangka masa tersebut. ingat 29 Febuari untuk tempahan hotel ! Korang boleh baca dekat entri ini untuk maklumat lanjut mengenai promo Airasia Go ini dan kemudian korang boleh terus tempah hotel yang korang nak di sana ya. atau korang boleh terus tempah dekar Air Asia Go .com .

aku cadangkan korang bukan link yang aku bagi tu dulu, fahamkan apa yang diorang nak kemudian baru tempah. takut salah tempah jer :)

Ingat 29 Febuari sahaja ! Promosi 24 Jam ! Jangan lepaskan peluang !

sekian .

SHOPEE.COM - SALE SEHINGGA 80% ! GILA WEEHHH !

SHOPEE.COM - SALE SEHINGGA 80% ! GILA WEEHHH !


SHOPEE.COM I Minggu lepas aku ada ceritakan mengenai SALES yang di lakukan oleh Shopee.com . tetapi Sales tu terhadp sahaja sampai 23 haribulan febuari . Tapi kali ini, Shopee.com kembali lagi dengan Sales sehingga 80 % .
whatttt 80 % ?
Shopee.com

Banyak tu. Mesti korang dah gatal tangan kan nak beli barang online. Minggu lepas aku usha blog shopee.com ni dengan niat nak tengok-tengok atau cuci mata jer. tapi apa yang mengejutkan aku, tangan aku bergerak sendiri dan menekan button buy now yang ada dekat blog itu .

Nasib baik lah dalam account bank duit tak banyak , kalau tidak dah shopping dah hari tu. hehe.Sales 80 % ini meliputi Men's dan Wome's Fashion , Health & Beauty dan macam-macam lagi . Jom shopping ! jap, pi check gaji dulu. huhuhu .

Shopee.com

Kalau korang nak pergi shopping atau nak cuci mata . korang boleh pergi ke shopee.com atau pun kornag boleh klik di sini  . Mudah sahaja , satu sahaja pesanan aku, jangan boros dalam berbelanja. Jadilah pengguna bijak !

Tarikh tamat Sales ialad pada 29 feb 2016 , ESOK ! jadi laju-laju-laju-laju pi usha dulu dekat link yang aku bagi tu. lepas tu, kalau ada duit baru beli. amacam ? wokeeh ?

sekian ^_^

SHOPPING ONLINE DI SHOPEE.COM I 

KELEBIHAN MENGETAHUI KARAKTER SESEORANG MELALUI CARA MEMANDU !

KELEBIHAN MENGETAHUI KARAKTER SESEORANG MELALUI CARA MEMANDU !


KETAHUI KARAKTER ORANG I Selalunya, orang mudah memerhatikan kita . mereka memerhatikan cara kita berjalan, cara kita makan , cara kita minum dan pelbagai lagi cara yang kita sendiri kadang-kadang fikir macam tak masuk akal. Mungkin orang-orang macam ni gemar membaca karakter seseorang .
MENGETAHUI KARAKTER SESEORANG

Antara yang aku nak kongsikan , hasil pembacaan aku di Blog Ini  Mengenai Karakter seseorang berdasarkan cara memandu . Yang pertama, aku tertarik dengan point mengenai bagi Signal ketika membelok . Selalunya, kita akan marah kalau orang tak bagi signal ketika nak masuk ke simpang . betul tak ? tetapi bila kita buat, kita tak marah dekat diri sendiri pulak .

Dalam entri tersebut dia mengatakan bahawa, orang yang membelok ke simpang tanpa bagi signal adalah seorang yang kurang bersabar .Tetapi kalau dia bagi signal , maknanya dia seorang yang penyabar dan bertimbang rasa.

tips memandu

Tetapi bagi aku , kita boleh berfikiran terbuka. Kadang-kadang kita tak perasan dan terlupa nak bagi signal bila membelok, tak kan kita mudah di cop sebagai orang yang tak sabar. bayangkan korang buat baik 9 kali, 1 kali korang buat salah .tak kan kita nak hukum 9 kali tu pun salah juga. betul tak .
yang penting jangan buat secara sengaja. sebab merbahaya kepada pengguna lain.

Kalaulah pasangan korang memandu kereta, agak-agak karakter apa yang korang selalu tengok diorang buat ? sama ada kebersihan kereta ke ? bawa kereta laju ke slow ? jom kongsikan dengan aku . Sebelum tu, korang cuba baca Entri ini untuk mengetahui peribadi pasangan anda ketika memandu terutamanya lelaki ! . kemudian sharekan pendapat korang dekat komen bawah ni tau. :)

sekian.

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2015 DI UMUMKAN !

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2015 DI UMUMKAN !

TARIKH SPM DIUMUMKAN I Buat adik-adik yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2015 . Adik-adik boleh menyemak keputusan Spm masing-masing mulai minggu hadapan.

TARIKH KEPUTUSAN SPM 2015 DI UMUMKAN

Teringat pulak 5 tahun dulu masa aku mula-mula dapat result SPM. hehe nervous, cuak nak nangis pun ada. hahaha. selepas dapat result , maka bermulalah hidup baru bagi anda semua. yang pasti korang tak akan kembali kepada zaman manja-manja dengan cikgu macam di sekolah.

Oh ya, lupa nak bagi tau .

Tarikh SPM 2015 di umumkan - 3 Mac 2016
Waktu ambil keputusan - 10 pagi .

Untuk Semakan keputusan SPM 2015 melalui SMS .

Taip SPM <JARAK> no kad pengenalan dan hantarkan ke 15888

semoga berjaya buat semua pelajar ! kami doakan yang terbaik untuk kalian ! :)

sekian.
GAMBAR PERKAHWINAN YATT HAMZAH !

GAMBAR PERKAHWINAN YATT HAMZAH !

GAMBAR PERKAHWINAN YATT HAMZAH I Hari ini berlangsung perkahwinan kedua bagi pelakon teerkenal iaitu Yatt Hamzah . Beliau yang sebelum ini telah berkahwin dengan seorang ustaz, namun perkahwinan mereka terhenti setakat itu sahaja. Perkahwinan baru ini dengan Mohd Zulfadhli di harap mengembalikan semula semangat Yatt Hamzah . Insyaallah /

Gambar perkahwinan Yatt Hamzah ( Sumber : Facebook Media Hiburan )

GAMBAR PERKAHWINAN YATT HAMZAH

Wajib Baca juga : cara nak Tahu perangai suami hanya melalui cara mereka memandu !


GAMBAR PERKAHWINAN YATT HAMZAH

GAMBAR PERKAHWINAN YATT HAMZAH

Tahniah buat Yatt Hamzah dan suami , semoga hubungan yang di bina ini melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah .

sekian.

BACA juga - GAMBAR PERKAHWINAN LIZA HOT FM !


TUDUNG HARGA RM 4 RIBU !

TUDUNG HARGA RM 4 RIBU !


TUDUNG HARGA RM 4 RIBU I Pada mulanya, aku ingat rakan blogger aku just melawak jer mengenai harga tudung mencecah sehingga ribuan ringgit. Jadi aku pun tak berapa kisah lah sangat sehingga aku terjumapat di twtitter mengenai tudung ini.

aku pun sempat terjah page Bawal Exclusive di Facebook . korang usha dulu tudung dan harganya dulu ya ! dekat bawah aku kongsikan mengenai sebab kenapa tudung ini mahal . Cantik juga patern dan warna tudung ni. korang rasa macam mana ?




Sekali tengok macam tidak berbaloi. harga tudung yang boleh dapat dengan harga RM 15 sehingga mencecah ribuaan ringgit. tetapi pemilik atau syarikat Bawal Exclusive ini ada alasan mereka sendiri jadi mari kita ikuti apa kata mereka mengenai harga tudung yang mahal ini.



Kenapa Tudung Bawal Exclusive Mahal?Bahan semua import,buatan dan ciptaan anak tempatan, kain Japan Voile, batu kristal...
Posted by Bawal Exclusive on Thursday, February 25, 2016
Jadi, kita fahamlah kan kenapa harga tudung ini mahal. Jangan menuduh seberono ya. kita hormat pandnagan penjual . kita pulak ada hak sama ada nak beli atau tidak. Andai mampu, dan tak ada tanggungjawab lain maka terpulang. boleh beli. kalau tak mampu, kita doakan bagi kita juga mampu.

senang je kaan. sekian.





VIDEO & GAMBAR HARI TERAKHIR FARA FAUZANA , AG HOT FM DAN IKHWAN HOT FM DI HOT FM !

VIDEO & GAMBAR HARI TERAKHIR FARA FAUZANA , AG HOT FM DAN IKHWAN HOT FM DI HOT FM !

HARI TERAKHIR FARA FAUZANA,AG DAN IKHWAN DI HOT FM I Seperti semua sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir, Fara Fauzana , AG dan Ikhwan Hotfm berada di Hot Fm. Ramai yang merasai kehilangan mereka terutamanya pasti rakan mereka fizie . Hari ni pun , Fizie dah menangis banyak kali dah. kesian dekat dia. hehe

Hidup ini perlu diteruskan , Dengar cerita AG dan Ikhwan akan keudara di stesen radio yang lain mulai minggu hadapan. wow ! jom kita terjah stesen radio tu pulak. anyway good luck buat Fafau, Ag dan Ikhwan dan juga liza yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini . Tahniah sekali lagi.

Dekat bawah ini ada gambar hari terakhir fara fauzana ,Ag dan Ikhwan hot fm !

 HARI TERAKHIR FARA FAUZANA , AG HOT FM DAN IKHWAN HOT FM DI HOT FM

 HARI TERAKHIR FARA FAUZANA , AG HOT FM DAN IKHWAN HOT FM DI HOT FM

baca juga - 11 perkara perempuan harapa lelaki tinggalkan ! 

 HARI TERAKHIR FARA FAUZANA , AG HOT FM DAN IKHWAN HOT FM DI HOT FM

VIDEO HARI TERAKHIR FARA FAUZANA, AG DAN IKHWAN HOT FM - http://lynk.my/LwTO  &  http://lynk.my/ka4q

VIDEO HARI TERAKHIR LIZA HOT FM DI HOT FM - http://lynk.my/qJrD

Sebagai pendengar Hot fm, Trio Am krew merupakan penyegar mata bagi yang memandu ke tempat kerja mana kala trio Hotfm jam pula menemani ketika pulang dari kerja. Ikhwan pun pernah dengan jammers sebelumini. bertapa cerianya suasana ketika itu.

Apa-apa pun all the best dan Good Luck ! jangan sedih-sedih tau !

Sekian.

gambar video sumber fb hot fm !
VIRAL ! GAMBAR PESAWAT PERIBADI SULTAN JOHOR !

VIRAL ! GAMBAR PESAWAT PERIBADI SULTAN JOHOR !


GAMBAR PESAWAT PERIBADI SULTAN JOHOR I Viral di facebook hari ini mengenai sebuah pesawat peribadi berwarna emas di katakan milik sultan johor . Pesawat ini masih di Washinton dan akan tiba di johor dalam masa terdekat ini.

GAMBAR PESAWAT PERIBADI SULTAN JOHOR

berita ini masih belum sahih, jadi kita tunggu kenyataan yang akan di keluarkan oleh Sultan Johor. anyway cantik warna kapal terbang ni :) .

sekian.

baca juga : 9 tips bercuti di Guangzhou ! syurga tempat membeli belah !




BIODATA NADIA NISA | PELAKON DRAMA AKU BUKAN BIMBO !

BIODATA NADIA NISA | PELAKON DRAMA AKU BUKAN BIMBO !


BIODATA NADIA NISA | PELAKON DRAMA AKU BUKAN BIMBO !

BIODATA NADIA NISA | PELAKON AKU BUKAN BIMBO !

Nama Penuh : Nadiyatul Nisaa' Kamarudin
Nama Artis : Nadiya Nisa
Umur : 31 tahun
Tarikh Lahir :11 Julai 1985
Kerjaya : Pelakon

Seronok tak drama aku bukan Bimbo ?


sekian
10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA ! CUBA TENGOK NO 9 TU SIAPA !

10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA ! CUBA TENGOK NO 9 TU SIAPA !


SENARAI 10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA I Ramai yang mencari senarai 10 orang terkaya di Malaysia hari ini . Sudah pasti yang mempelopori senarai ini adalah Usahawan dan jutawan-jutawan yang berasal dari Malaysia .
10 orang terkaya di Malaysia terkini

Robert Kuok (Gambar ) telah di istiharkan orang paling kaya di malaysia buat kali ke 11 berturut-turut oleh akhbar Forbes.com. dengan kekayaan bernilai ASS$10Bilion menjadikan kedudukan beliau agak sukar di gugat oleh Usahawan lain.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia: 

1) Robert Kuok ASS$10 bilion 2) Ananda Krishnan AS$7.4 bilion 3) Quek Leng Chan AS$5.3 bilion 4) Teh Hong Piow AS$4.65 bilion 5) Lee Shin Cheng AS$4.6 bilion 6) Lim Kok Thay AS$4.55 bilion 7) Yeoh Tiong Lay AS$2.25 bilion 8) Lau Cho Kun AS$1.55 bilion 9) Syed Mokhtar AlBukhary AS$1.45 bilion 10) Surin Upatkoon AS$1.15 bilion

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/127868

Aku tertarik dengan insan bernumber 9, Syed Mokhtar Al-Bukhary . Seorang usahawan melayu yang berjaya memasuki senarai 10 orang terkaya di Malaysia. Tahniah buat beliau . semoga usahawan-usahawan lain mampu mengikut langkah beliau menjadi yang terbaik di Malaysia.

sekian .


LOKASI SHOPPING SAKAN DI GUANGZHOU , CHINA !

LOKASI SHOPPING SAKAN DI GUANGZHOU , CHINA !


TRAVEL I Hari ini, aku nak cerita mengenai lokasi menarik untuk shopping di Guangzhou , China ! walaupun aku tak pernah sampai sana tetapi dari hasil bacaan aku, lokasi ini merupakan lokasi wajib pergi dan wajib shopping jika kita pergi ke Guangzhou , China .

Lokasi yang pertama adalah Shangxiajiu Pedestrian Street .

LOKASI SHOPPING SAKAN DI GUANGZHOU , CHINA

Dekat kawasan ini, terdapat 200 buah kedai untuk kita membeli belah .Di kawasan sini juga ada terkenal dengan kedai-kedai kain dan pakaian. selain daripada kedai kain, tempat ni juga adalah tempat Fames untuk mencuba makanan masyarakat tempatan . Dengan 200 kedai. agak-agak sempat ke pusing satu hari ? huhu rambang mata wehh .

korang boleh gunakan Subway untuk ke sini . :)



Lokasi kedua adalah Beijing Lu .
LOKASI SHOPPING SAKAN DI GUANGZHOU , CHINA

Tempat ini juga terkenal dengan tempat Shopping. Banyak kedai yang menjual Barang-barangan seperti kasut , barangan kulit , barang kemas dan buku-buku di sini . Kawasan ini mula beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga ke 10 malam. memang murah harga barang-barang dekat sini . Nasihat untuk para suami yang bawa isteri, pastikan isteri anda berada dekat dengan anda. takut hilang dek kerana shopping. hehehe

Bila banyak baca pasal tempat-tempat di Guangzhou China ini, rasa macam nak try pi sekali lah. Dengan pelbagai tempat menarik untuk di lawati. oh ya, kalau korang nak pergi Guangzhou atau tak mau pi pun, korang kena baca 9 tips Bercuti di Guangzhou . Banyak juga nasihat dia bagi terutamanya bila kita dah sampai sana. rupanya masyarakat di sana ramai yang tak boleh berbahasa inggeris. jadi nak buat macam mana ? korang baca lah entri tu. malas pulak nak tulis. haha

semoga entri kali ini bermanfaat untuk semua.

sekian .


JDT PESTA GOL DI LARKIN !

JDT PESTA GOL DI LARKIN !


JDT MENANG 8-1 I 9 jaringan Gol yang di terhasil di Stadium Larkin sebentar tadi meletakkan JDT di tempatnya tersendiri. Ternyata kejayaan ini harus di banggakan oleh rakyat Malaysia . Kemenangan terhadap apsukan Ayeyawady United menunjukkan JDT sebagai juara bertahan piala AFC tidak berada di dalam confort zone mereka.

JDT MENANG 8-1

Tahniah JDT atas kemenangan besar ini namun harus di ingat perjalanan masih jauh tetapi bagi aku Tak perlu risau sangat dengan JDT kerana mereka mempunyai pemain yang hebat dan sudah serasi antara satu sama lain. anyway good luck dan all the best !

JDT MENANG 8-1


Aku harap persatuan bola sepak negeri lain contohi semangat JDT dalam membangunkan bola sepak . Bola sepak ini perlu di jaga dan di bangunkan oleh orang yang minat dengan bola sepak. bukannya orang yang hanya minat untuk mentadbir persatuan semata-mata.

sekian.

suka tengok JDT Main short pass. hehe :)


VIDEO PENDAPAT ADIK NEELOFA MENGENAI PENDIDIKAN !

VIDEO PENDAPAT ADIK NEELOFA MENGENAI PENDIDIKAN !


VIDEO ADIK NEELOFA I Pertamanya, sebelum aku mulakan entri ini, aku harap kita kosongkan minda dan emosi kita dan berlapang dada terhadap perbezaan pendapat jika ada. Aku tahu, ramai yang mengecam adik neelofa kerana pendapatnya mengenai sekolah dan sistem di sekolah termasuk perbezaan cikgu-cikgu malaysia dan international School . Cumanya aku minta korang letak tepi dulu emosi marah korang tu. dan teruskan membaca dengan hati yang terbuka ! .
Bagi aku, kita tidak perlu mengecam atau mengutuk Adik neelofa yang bernama Ameera ini . Sebab nya adalah video yang di lakukan ini merupakan pendapat peribadi beliau. jadi dalam menyuarakan pendapat, kita tidak boleh nak kata dia salah 100 % dan kita betul 100 % . Mungkin perkara yang dialami oleh Ameera tidak di alami oleh kita. begitu juga apa yang di alami oleh kita tidak di alami oleh ameera .

VIDEO ADIK NEELOFA
Okay, ramai dah yang kecam aku ni. hahaha cuma kita cuba fikir positif . komen dan pendapat dia ada juga betul dan mungkin ada salah pada pandangan aku .Kalau dari segi education dalam malaysia ini,tidak di nafikan kita duduk dalam sistem yang mana kepandaian di ukur dengan keputusan peperiksaan. Kita pernah ambil exam , kita tahu bagaimana susahnya nak jawab exam. dan jika satu hari kita ambil exam, dan kita sakit ketika itu.apa yang kita belajar tidak mampu diterjemahkan ke dalam kertas soalan. jadi apa yang akan berlaku pada masa hadapan kita ? ada ke orang interview tanya, awak sihat ke time exam ? atau ada ke orang yang interview kita akan menerima alasan yang kita sakit time exam . tak ada !

VIDEO PENDAPAT ADIK NEELOFA YANG VIRAL ! - http://lynk.my/hQSt

Kalau point guru-guru pulak, bagi aku cikgu-cikgu di Malaysia dah cukup kreatif dan banyak idea-idea mereka yang segar dalam menarik minat pelajar ke sekolah . Sebenarnya budak-budak pergi sekolah amatlah ramai.yang malas dan buat alasan banyak tak mau pergi sekolah bagai tu sikit ja. dan kita nak jump into conclusion terus mengatakan cikgu salah dan cikgu tidak kreatif nak tarik minat budak-budak ke sekolah . tak patut wehh. 
apa-apa pun ini hanya pendapat aku dan aku tak salahkan pendapat ameera .  sebab masing-masing punya pendapat. inilah yang bestnya bila kita kongsi pendapat. dapat tahu banyak benda. anyway aku suka sangat style ameera ni cakap. hehe
sekian.
pendapat itu adalah untuk di raikan bukan untuk di kecam . :) apa pendapat korang pulak ?

Korang teringin nak tengok keadaan korea ketika musim bunga ! apa yang ada di sana ? >> KLIK SINI 
NAK DERMA UNTUK RAKYAT DALAM NEGARA ATAU LUAR NEGARA ? MANA SATU PATUT AKU PILIH !

NAK DERMA UNTUK RAKYAT DALAM NEGARA ATAU LUAR NEGARA ? MANA SATU PATUT AKU PILIH !


DERMA DUIT I Satu lgi isu yang aku ingin bawakan kali ini mengenai derma atau sumbangan . Ini hanya pandangan peribadi aku sahaja . segala pendapat mengenai tajuk ini boleh kongsikan di ruangan koemn ya . baik , seperti semua sedia maklum, dalam Islam kita di ajar untuk sama-sama membantu antara satu sama lain. tidak kira orang yang di bantu itu orang islam mahupun belum islam .

Dewasa ini juga, kita tengok ramai agensi-agensi yang melakukan atau meminta bantuan untuk sahabat-sahabat kita di negara luar contohnya di Kemboja , Vietnam dan lain-lain . Tetapi pada masa yang sama ,rakyat di Malaysia sendiri perlukan bantuan-bantuan tersebut.

DERMA UNTUK RAKYAT

Persoalan sekali lagi timbul, Aku nak derma dekat mana ? yang membantu saudara aku di luar negara atau pun di dalam negara. keputusan di tangan anda, pilihan juga di tangan anda. bagi aku, kita sepatutnya mendahulukan sahabat-sahabat kita dalam Negara yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana , mereka lebih dekat dengan kita .

Yang kedua , kita sebagai ummat Islam perlu membantu menaikkan ekonomi ummat Islam di negara kita agar kita mampu untuk membantu sahabat-sahabat kita di negara luar. Baik, mungkin ada yang membantah pendapat aku ini dengan mengatakan , di Malaysia kita ada bantuan-bantuan dari kerajaan dan badan-badan kewangan kita seperti Pusat Urus Zakat dan sebagainya. Jadi tak perlu kita tolong mereka ni.

Cuba kita perhatikan, walaupun mereka dapat bantuan dari kerajaan dan sebagainya, mereka yang susah masih susah dan tidak ada perubahan dalam hidup mereka. maka tanggungjawab kita untuk membantu mereka.Mungkin ada yang bertanya, mungkin pahala lebih banyak jika kita bantu orang yang betul-betul susah dari kita tolong orang yang susah. Urusan pahala kita serahkan kepada tuhan, kadang-kadang kita derma atau beri sumbangan tetapi riak, tak guna jugak kan.

DERMA UNTUK RAKYAT

Sebagai konklusi umum, bagi aku, sebagai rakyat malaysia, kita kena tolong sahabat-sahabat kita di dalam negara dahulu baru kita bantu sahabat-sahabat kita di luar negara . isu ini berbeza dengan derma ke atas sahabat-sahabat kita di palestin. kita kena tolong mereka untuk membebaskan tanah suci ummat Islam. jadi dana untuk mereka perlu di salurkan dengan sbaiknya.

Persoalan mengenai nak bantu sapa ini sebenarnya adalah bergantung kepada diri masing-masing. kalau kita rasa perlu bantu, kita bantu. aku tak cakap kalau korang buat selain dari pendapat aku itu salah. dan pendapat aku sahaja betul. aku tak pernah cakap macam itu. aku hanya bagi tahu pendapat aku berdasarkan ilmu yang sedikit aku belajar dari ustaz-ustaz dan guru-guru aku.

semoga bermanfaat, hidup ini untuk memberi .

sekian. :)




OST DRAMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU !

OST DRAMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU !


Drama Tundukkan Playboy itu I  Memasuki minggu kedua tayangan Drama Tundukkan Playboy itu. rata-rata mengatakan drama ini menarik kerana heronya yang hensem . betul ke ? yang pasti, lagu tema drama tundukkan playboy itu juga menarik perhatian. Lagu baru nyanyian dua artis terkenal Siti Nordiana dan Alif Aziz .

OST DRAMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU

OST DRAMA TUNDUKKAN PLAYBOY ITU
gambar sumber myinfotaip.com


Tajuk Lagu : Tak Ada Sepertimu
Penyanyi : Siti Nordiana & Alif Aziz

sedap suara Nana . hehehe


sekian .
KELEBIHAN DALAM MEMILIH PILIHAN YANG BIJAK !

KELEBIHAN DALAM MEMILIH PILIHAN YANG BIJAK !

PILIHAN BIJAK I Kalau di beri pilihan antara memiliki sebuah Iphone 6s dengan Honor 5x . yang mana akan menjadi pilihan anda ? jika di beri pilihan antara hidup kaya dan hidup miskin, yang mana akan jadi pilihan anda ? Secara amnya, dalam hidup kita ini mempunyai pelbagai pilihan dan kita lah yang pilih pilihan tersebut mengikut cara kita sendiri .

Pelbagai kelebihan yang kita akan dapat kalau kita buat pilihan yang bijak.Antaranya memudahkan kita menyambung kehidupan yang lebih baik .Jika kita salah memilih, berkemungkinan besar, kita akan mengalami masalah dalam hidup kita. Namun masalah yang hadir itu tidak bersifat kekal sebaliknya ia mampu di ubah .

Bangun setelah kalah, itulah prinsip hidup yang kita kena tanam dalam diri. Selagi kita mampu memilih, pilihlah yang terbaik. Antara cara mudah untuk memastikan pilihan kita merupakan pilihan terbaik adalah dengan solat sunnat Istikharah. Memohon kepada Allah agar, pilihan yang kita buat itu adalah yang terbaik .

KELEBIHAN DALAM MEMILIH PILIHAN YANG BIJAK !

Solat sunnat Istikharah bukan hanya untuk memilih jodoh sahaja, pelbagai lagi sebab yang membolehkan kita untuk solat istikharah . Salah satu kejayaan orang yang berjaya adalah mengikat diri mereka dengan Tuhan . dari situ kita akan di bimbing dalam perjalanan hidup .

Macam soalan aku di atas ini , antara Iphone dan Honor 5x yang mana pilihan korang ? sudah pasti penggemar iphone akan memilih iphone, manakala penggemar Honor 5x akan memilih Honor 5x . pilihlah selagi ia tidak memudaratkan kita. kalau mampu beli iphone, beli iphone. kalau tidak mampu beli honor 5x. dengar cerita harganya murah RM 899 Jerr.. haha sempat lagi aku promote.

Cuma nak bagitau , Pilihan yang bijak amat penting dalam kehidupan kita. aku baru nampak, kalau salah pilih, mungkin perancangan kita juga akan terbantut dan terhalang. Takut juga akan menyebabkan kita putus asa dari terus berusaha. sebab itu, aku ulang banyak kali, jangan salah memilih, agar hidup di berkati.

nak bagi contoh lagi ni, Antara hisap rokok dan hidup sihat. korang pilih mana ? sudah pasti semua orang nak hidup sihat dan nak hidup lama. maka pilih la untuk hidup sihat. kalau salah pilih, paru-paru rosak, jantung lemah dan macam-macam lagi penyakit lagi. nampak tak kelebihan memilih secara bijak .

semoga bermanfaat untuk kita semua.

sekian.


GAMBAR BANJIR DI SARAWAK !

GAMBAR BANJIR DI SARAWAK !


SARAWAK BANJIR I Berita Sedih mengenai sahabat kita di sarawak yang ditenggelami air dan banjir sejak beberapa hari lalu . Kita sebagai rakyat Malaysia selalu mendoakan mereka. Semoga ujian ini menguatkan lagi hati-hati mereka . Berikut Gambar banjir di Sarawak !

Gambar Banjir di Sarawak ( gambar sumber page : Kamek Miak Sarawak )

GAMBAR BANJIR DI SARAWAK !


GAMBAR BANJIR DI SARAWAK !

GAMBAR BANJIR DI SARAWAK !

GAMBAR BANJIR DI SARAWAK !

GAMBAR BANJIR DI SARAWAK !

Semoga , rakyat sarawak terus kuat dan bersemangat. terdapat laporan mengenai kawasan di utara sarawak mengalami jerebu pula semalam. bertambah ujian menjadikan kita orang yang kuat. doakan sarawak #pray4sarawak .

sekian .
ORANG BERJAYA SELALU ABAIKAN TEGURAN !

ORANG BERJAYA SELALU ABAIKAN TEGURAN !


TIPS BERJAYA I Menjadi orang yang berjaya merupakan impian setiap manusia. Dari bangku sekolah lagi kita didik untuk tanam dalam fikiran untuk menjadi orang yang berjaya. Dan tidak ada seorang pun yang mahu menjadi orang yang gagal dalam hidupnya .

Dalam laluan untuk berjaya, kita tidak boleh menafikan teguran dan nasihat orang terhadap kita. Namun ada kala nasihat yang di berikan tidak ada kena mengena dengan kita pun. tetapi ia tetap sampai ke telinga kita .
orang pandai yang berjaya

Orang ramai hanya memberi nasihat atas apa yang mereka nampak pada kita. Bukannya berdasarkan apa yang kita sudah buat dan lalui . Jarang sekali orang beri nasihat mengenai perjalanan hidup kita. tetapi yang memberi nasihat kepada hasil yang kita lakukan amatlah ramai .

Contohnya , kita belajar rajin-rajin untuk berjaya . Orang akan tegur bila kita berjaya . Orang akan nampak kita dan mula mencari kesalahan kita walaupun kecil . tetapi semasa kita berusaha untuk berjaya, siapa sahaja yang bersama kita dalam perjalanan tersebut.

Ya, ada yang bersama kita. sudah pasti keluarga terdekat kita. Orang yang membenci kita akan tetap membenci kita. mana mungkin dia akan menolong kita. bila kita berjaya, dia punya idea lain untuk menjatuhkan kita. bila kita sudah jatuh, ia juga ada idea lain untuk melenyapkan kita.
orang pandai yang berjaya

Itula lumrah manusia, kita nak halang pun tak boleh. bila kita cakap nak halang sekian-sekian . orang akan cakap, lebih baik ko duduk dalam hutan kalau tak mau terima kritikan dan sebagainya. Tetapi percaya lah kepada diri kita dan apa yang kita telah usahakan.

sebab itu aku cakap, orang yang berjaya selalu abaikan teguran orang terhadap dia. Dia menjadi seorang yang selektif atau memilih komen dan teguran. tak salah berbuat demikian. kita je yang tahu macam mana nak kuatkan semangat kita dan nak menjatuhkan semangat kita.

agak-agak ada tak orang yang nak menjatuh kan kita ? korang ada tak ? jom kongsikan.tak yah mention nama pun tkpa. just nak tau apa yang dia buat. aku mohon maaf atas entri ini jika tidak bermanfaat.

sekian. :)


SENARAI PELAKON DRAMA UDA DAN DARA !

SENARAI PELAKON DRAMA UDA DAN DARA !

SENARAI PELAKON DRAMA UDA DAN DARA !

DRAMA UDA DAN DARA I  Drama yang akan di tayangkan di Astro Prima pada 24 Feb ini merupakan drama yang menggantikan drama memory cinta suraya . Drama Uda dan Dara ini di bintangi oleh pelakon hebat seperti Siti Saleha dan Zul Ariffin .

TAJUK DRAMA : UDA DAN DARA
BILANGAN EPISOD : -
TARIKH MULA SIARAN : 24 FEB 2016
SENARAI PELAKON : Zul Ariffin , Siti Saleha , Dynas Mokhtar , Dilla Ahmad , Arash Mohammad  , Ezzaty Abdullah dan ramai lagi !
SALURAN TV : Astro Prima dan Maya HD .

SINOPSIS DRAMA UDA DAN DARAhttp://lynk.my/QF65

VIDEO PROMO DRAMA UDA DAN DARAhttp://lynk.my/Q7vJ

sekian .

KELEBIHAN SEORANG WANITA YANG KAUM WANITA KENA TAHU !

KELEBIHAN SEORANG WANITA YANG KAUM WANITA KENA TAHU !


KELEBIHAN WANITA I Kaum wanita adalah satu ciptaan tuhan yang unik . Di ciptakan dari tulang rusuk lelaki menjadi kaum wanita tidak boleh berpisah dengan kaum lelaki. cumanya hukum agama yang membataskan ketrikatan itu kepada yang Mahram sahaja ( Mahram = orang yang haram dikahwini ) .

Gambar pelakon drama cinta si wedding planner mira filzah

Kaum wanita juga terkenal dengan sifat keibuan . Sifat keibuan ini memang tidak boleh di sangkal oleh sesiapa sahaja. malah kaum lelaki pun mengakui mereka kalah dalam bab ini . Kemulian seorang perempuan juga di muliakan dengan di beri penghormatan kepada kaum wanita yang bergelar ibu .


Di mana ketaatan seorang anak perlu di utamakan terhadap ibu mereka terlebih dahulu. Susah senang ketika mengandungkan kemudian melahir kan dan kemudiannya membesarkan kita menjadikan insan yang bergelar ibu memang tidak mampu di pisahkan dengan anak nya.

Kelebihan wanita lagi, kaum wanita juga tinggi penyabarnya berbanding kaum lelaki . Kaum lelaki ini, mereka cepat dalam buat sesuatu benda. tetapi kadang-kadang terlepas juga satu dua. Bila ada kaum wanita di sisi, barulah selesai urusannya. Kaum wanita juga sering bersabar dengan perangai lelaki . macam-macam karenah lelaki , dengan malasnya tetapi mereka masih sabar menanti .

KATA-KATA IBUKalau nak cerita kelebihan wanita. pastinya sampai bila-bila pun tidak akan habis. kita ambil contoh ketika seorang wanita melahirkan anak, di situ sahaja pelbagai pengorbanan mereka kepada kita semua yang tiada tolok bandingnya.

untuk kaum lelaki, hargailah kaum wanita dengan sebaiknya. mereka manja dan baik dengan kita. kita kasih dan sayangilah mereka. semoga ikatan yang baik antara suami dan isteri mampu melahirkan pejuang-pejuang islam yang hebat. buat yang belum kawin. hangpa berangan jerr laa.. hahaha

minta maaf atas salah silap

sekian.


PEMINAT BOLA SEPAK IRI HATI DENGAN PASUKAN PULAU PINANG !

PEMINAT BOLA SEPAK IRI HATI DENGAN PASUKAN PULAU PINANG !


PULAU PINANG FA I Selepas jaringan menarik yang di jaringkan oleh Penyerang Pulau Pinang , Faiz Subri ketika menentang pahang baru-baru ini . Nama negeri PulauPinang terus menjadi sebutan seluruh pelusuk negara . Ramai yang menyokong di sebalik kejayaan pulau pinang MENEWASKAN Pahang Fc pada malam itu.

Namun semalam kelihatan ramai haters-hater yng bersembunyi ketika jaringan gol faiz subri viral tempoh hari keluar dari gua mereka untuk menghentam kekalahan Pulau Pinang kepada Kuatan FA. " itulahh riak sangat " , " gol terbaik bla bla bla " . banyak komen aku baca, kebanyakkan menghentam pulau pinang .

PASUKAN PULAU PINANG

Bagi aku, tak kisah pun kalah dan menang , team penang baru masuk liga super kot. biasa lah up and down .tapi kami tetap di belakang pemain-pemain kami dan team kami . menang sama-sama , kalah sama-sama . nak kutuk pulau pinang sebab tak boleh kekalkan record kemenangan menentang pahang baru ini , silakan . biar orang yang di stadium sahaja yang tahu apa yang berlaku.

Mungkin faiz subri atau team pulau pinang bukan team dan player mereka. maka mereka boleh la kutuk dan keji , aku rasa kalau lah yang score tu team dan player depa, mesti depa pun akan senyap sahaja. tak pa, aku faham dan itulah bola sepak .

PASUKAN PULAU PINANG

Sepatutnya, rakyat malaysia bangga dan menyokong dengan faiz subri sebab dia score gol yang menakjubkan . Ni tak berlaku sebaliknya , dah lah kutuk kondem lagi. ermm. patut lah skop atau lanskap liga malaysia ni bersifat puak- puak . walaupun satu player menyumbangkan untuk negara. ia tetap di kira kenegerian . aku kata ni bukan semua ada sikit dok buat perangai macam tu. dan ramai yang menyokong player tak kira mana-mana pasukan.

Good Luck untuk semua team yang bertanding dalam liga super dan piala fa. semoga berjaya dengan jayany dalam saingan korang . Haria Penang Haria . jang terlau dengki dan jeles dengan orang. normal lah bila menang kita nak bersorak riang. bila kalah kita nak berdiam diri. itu bola sepak.

sekian.
TARIAN RAVER YANG MENJADI KEGILAAN REMAJA MALAYSIA ! IA DATANG DARI MANA ?

TARIAN RAVER YANG MENJADI KEGILAAN REMAJA MALAYSIA ! IA DATANG DARI MANA ?


ASAL USUL TARIAN RAVER I Baru-baru ini kecoh di page-page facebook mengenai Raver, satu tarian yang sudah lama bertapak dalam negara kita. Ada yang menyamakan Raver ini seperti Hipster. Sebenarnya tidak . Ya, Mungkin wujud persamaan dari segi tarian, tetapi Hipster lebih kepada lifestyle yang berbentuk old school atau dalam bahasa mudah Hipster ni kira gaya orang lama . barang-barang lama yang di " hidup " kan semula.

Manakala Raver pula merupakan koleksi tarian-tarian antaranya Techno, Jumstyle dan lain-lain . Raver berasal dari perkataan rave yang mana ia menggambarkan satu party yang besar di ketuai oleh seorang DJ . DJ ini di tugaskan untuk memutarkan lagu-lagu . Budaya Rave ini sudah wujud sejak 1950 lagi,apabila istillah itu di gunakan untuk sebuah parti yang di adakan di london .

RAVER DANCE MALAYSIA

Persoalan timbul, Kenapakah budaya ini perlu di sekat ! Ia tidak lain kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan . Kalau kita tengok di facebook semalam ada video anak-anak melayu berkumpul dan menari di kawasan terbuka . Nama tarian yang mereka lakukan adalah Boek Dance. tidak terfikirkah kita, kenapa mereka sanggup buat macam tu di hadapan orang ramai ? nak tunjuk hebat atau pun sebagainya ?

Atau hanya sekadar nak lawan menari tarian raver antara mereka ? Kebimbangan lebih jika percampuran lelaki dan perempuan membawa kepada perbuatan zina dan sebagainya. Kalau korang perasan , anak-anak muda atau boleh aku katakan budak-budak sekolah yang terlibat dalam tarian ini . bagaimana mereka tahu tarian ini ? mungkin mereka dapat maklumat dari internet.

Kita juga bimbang parti-parti tarian ini boleh membawa kepada pesta dadah dan arak. Jangan tunggu dah berlaku , baru nak bertindak. kita pasti menyesal nanti. awasilah anak-anak kita agar tidak terlibat dengan tarian ini . tidak memberi manfaat pun kepada pelajaran adik-adik .

Aku sebenarnya risau , mereka masih muda dan terlibat dengan pergaulan bebas macam tu . malah bukan hanya lelaki yang menarikan tarian ini, kita juga lihat perempuan juga menari tarian rave ini.sesuatu yang tidak elok dan tidak kena dengan budaya masyarakat Malaysia. aku harap, pihak berwajib memantau perkara ini.
hipster
Gaya hipster

untuk adik-adik, carilah perkara yang lebih baik. jangan buang masa dengan perkara yang tak berfaedah ini. hilang seri kita sebagai seorang anak muda yang kurang dosanya . elakkan dari berkawan dengan mereka yang terlibat dengan tarian ini. ingatlah mak dan ayah di rumah yang sibuk bekerja semata-mata nak membantu kita agar kita berjaya. beginikah kita nak balas jasa mereka ?

Ibu bapa pantau lah anak-anak sebaik mungkin. bimbang mereka berkawan dengan orang yang tidak sepatutnya.  aku bila tengok video budak-budak perempuan menari raver ni, aku rasa nak nangis pun ada. Islam dah muliakan kaum wanita . kenapa sampai sanggup membuka aib diri . mungkin usia mereka terlalu muda untuk di persalahkan. jadi persoalan timbul siapa yang kita akan persalahkan kerana salah dalam mendidik mereka ?

kita fikir-fikirkan lah ya. maaf kalau aku banyak membebel dalam entri ni. seriusly aku cakap, aku sedih bila tengok anak bangsa aku seperti itu. Melayu oh Melayu, beginikah kita akan menguasai ekonomi pada masa hadapan ? bagaimana malaysia di masa hadapan ? kata alim ulama, nak tengok sebuah negara pada masa hadapan, tengoklah anak muda mereka sekarang.

fikir dan fikirkanlah.

Aku menolak tarian RAVER ini dan berharap ia lenyap dari Malaysia !

VIDEO TARIAN RAVER ANAK MELAYU ( BOek Dance)http://lynk.my/7GA9

sekian.

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN ANZALNA DAN HANIF ZAKI !

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN ANZALNA DAN HANIF ZAKI !


MAJLIS PERKAHWINAN ANZALNA I Hari ini berlangsung satu perkahwinan melibatkan artis dan juga pelakon iaitu Anzalna Nasir dan pasangannya Hanif Zaki. Kita doakan mahligai yang di bina kekal hingga ke syurga . Suraya dah kawin ! hehe

Gambar kawin Anzalna :
gambar anzalna kawin

Gambar Anzalna Kawin





Gambar suami anzalna

Baca juga : 15 sebab kenapa bela Binatang peliharaan lebih baik dari ber couple ! wajib baca ! 


Gambar kawin anzalna

Gambar Anzalna Kawin

Tahniah buat kedua-dua pengantin atas perkahwinan ini . bila berdirinya sebuah rumah tangga, tanggung jawab makin besar . tanggungjawab nak letakkan islam dalam keluarga .Semoga terdirinya rumah tangga menguatkan lagi Islam dalam diri kita semua . aamiiin


Video Akad Nikah Anzalna Nasir dengan Hanif Zakihttp://lynk.my/GlET

Video Sekitar Majlis Perkahwinan Anzalna Nasir dan Hanif Zakihttp://lynk.my/iXQf  

Sekian .
*gambar sumber facebook hot fm dan TV3 Malaysia

*maaf sebab share gambar tidak tutup aurat . kita doakan yang baik-baik sahaja untuk semua ya. admin tak pandai nak edit. :)
Kataubaid© .