HIKMAH RAHSIAKAN PERTUNANGAN !


" rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan "
Selalu kita dengar orang ramai berkata seperti yang aku tulis dekat atas. Sebenarnya Islam sendiri menyuruh untuk rahsiakan pertunangan dan hebahkan perkahwinan. Rasulullah ada menyebut dalam sebuah hadis. ia bermaksud :

 " rahsiakan pertunangan,iklankan (maklumkan ) perkahwinan " : hadis riwayat Ahmad bin Abdullah bin Zubair .

maka ia menjadikan pertunangan sebagai sesuatu rahsia antara keluarga bakal pengantin sahaja. Aku pernah terfikir sebab apa Islam suruh rahsiakan pertunangan. rupa-rupanya ada beberapa sebab yang patut kita ambil tahu.

bertunang

Antaranya adalah :

1. Pertunangan hanya satu perjanjian untuk berkahwin . Ia belum di muktamadkan dengan ijab dan qobul.
2. Sepanjang tempoh pertunangan pelbagai perkara boleh berlaku. ia akan menjaga maruah keluarga jika sesuatu yang buruk berlaku.
3. Andai berlaku putus tunang ketika dalam tempoh pertunangan. maka ia dapat mengelakkan fitnah kepada orang yang bertunang tersebut dan juga keluarganya.
4. Mengelakkan niat buruk orang lain terhadap pasangan yang bakal berkahwin .

Islam sebuah agama yang menjaga penganutnya. jangan anggap ini sebagai sesuatu yang menyusahkan sebaliknya ia adalah hikmah yang kita patut banggakan.Semoga Allah pelihara hati-hati kita dan hati hati pasangan yang bertunang agar tempoh pertunangan mereka di permudahkan sehingga ke jinjang pelamin.

Aku tak mahu bincangkan trend masyarakat kita sekarang ini yang suka hebahkan pertunangan. aku rasa ada video ustaz don menegur perbuatan itu. aku pun bukan ustaz. aku serahkan ia kepada para ustaz dan ustazah untuk menegurnya ya.apa yang aku sampaikan ini sudah cukup untuk menerangkan hikmah sebalik merahsiakan pertunangan.

maaf atas salah silap  ya.

sekian .
Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

PeRdU cINta PeRdU cINta January 24, 2016 at 12:11 PM
Betul..terima kasih perkongsian...apa pun besederhana baik bertunang atau pernikahan...

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)