Kedekut atau jimat ?


Hai,

Cara Jimat Duit I Dilema kita yang berduit dan tak berduit adalah bila kita nak berbelanja dengan baki duit yang kita ada . Sama ada nak simpan atau nak gunakan sahaja. Di tambah pulak dengan persepsi masyarakat yang suka melabel orang itu ini sememangnya menggangu gugat kehendak kita sebagai tuan kepada duit tersebut.


Masyarakat selalu menghukum kita dengan pelbagai cara dan method . Dan yang selalu terjadi adalah dengan cara menghukum atau melabelkan seseorang itu dengan perkara yang tidak sepatutnya. " Kau ni kedekut sangat la " atau " kau ni membazir je keje " & " kau ni tak reti simpan duit ka ? ". Persoalan dan tomahan demi tomahan ini kadang-kadang menyebabkan kita rasa " lantak laa, duit aku " sehinggakan kita sudah lali dengan cacian masyarakat.


Hakikatnya, kita sebagai masyarakat jangan sibuk dengan urusan orang. Barangkali ,dia berbelanja lebih kerana ada duit lebih.tak salah kan. Kita tak tahu kondisi seseorang, kenapa pula kita perlu menghukum apa yang di lakukan.

Mulut manusia ni,kalau boleh tutup dah lama aku tutup mulut orang. hahaha tapi kita tak mampu . Tapi mulut manusia ni boleh ditutup jika, hati mereka bersih dari sebarang syak dan wasangka buruk kepada orang lain. Bagi kita pula, jangan asyik nak ikut cakap orang. Orang kata tak yah jimat, kita pun tk mau jimat. Sebaliknya kita tengok lah kondisi kita setiap hari dan setiap bulan. renungkan lah . kalau masih mampu . berjimat lah.


Jangan berjimat sampai orang cakap kedekut. ada ja orang yang macam ni.tapi pedulikan je, selagi kita tak menyusahkan orang, maka teruskan berjimat. Jangan kerana kita berjimat, kita paksa kawan- kawan kita belanja kita makan tiap-tiap hari. itu namanya menganiaya orang lain . Lagi orang benci dengan kita ada lah. tak mau buat macam tu.

Kelebihan orang yang berjimat ini amat banyak, terutamanya untuk masa depan dia. Memang susah nak simpan duit, sebab kita rasa macam kita mampu beli itu ini dan kemudiannya menyebabkan kita jadi " miskin " di hujung bulan. betul tak ? aku pun pernah juga jadi macam tu. last-last ,menangis tak berlagu  la jawabnya. masa tu baru menyesal  sungguh-sungguh. hahaha

apa-apa pun, Kedekut atau jimat ini di nilai berdasarkan apa yang kita lakukan.sebaliknya kedua item ini berkait antara satu sama lain. kita terlebih berjimat, akan di gelar kedekut. tapi bila kita terlebih belanja, orang kata kita tak reti berjimat. itulah kaitan atau permainan bagi orang yang berduit atau pun tidak berduit.Hasilnya hanya kita juga yang tahu.

E0bc

Disini , aku nak kongsikan sedikit cara rakyat Malaysia yang lain berjimat. Aku yakin, korang dah buat perkara-perkara untuk jimat ni, macam dalam gambar kat atas ni. hehe. tapi ada beberapa yang korang belum cuba.jadinya boleh la korang rujuk link ini. nanti komen dekat entri ni kalau korang dah baca ya .

sekian.

Previous Post Next Post