Tahniah JDT ! Juara Piala AFC 2015 !

Tahniah JDT ! Juara Piala AFC 2015 !

Embedded image permalink

JUARA AFC 2015 I Tahniah di ucapkan buat pasukan JDT atas kemenangan dalam Final Piala AFC 2015 menentang FC Istiklol . Jaringan daripada Leonardo pada minit ke 23 meletakkan JDT dihadapan sekali gus menjadi juara Piala AFC 2015 !

Tahniah JDT !

dri penyokong Pulau PiNANG !


Final AFC 2015 : JDT Menentang FC ISTIKLOL !

Final AFC 2015 : JDT Menentang FC ISTIKLOL !



Siarang Langsung Final Piala AFC 2015 I Perlawanan Akhir Piala AFC antara JDT dan FC istiklol yang akan berlangsung hari ini memberi satu sejarah baru kepada bola sepak tempatan. Malah atas sambutan peminat, Siaran Langsung Perlawanan JDT Menentang Fc Istiklol malam ini akan di tayangkan di TV 9 pada jam 7.30 malam. jadi sama-sama kita menyokong pasukan johor !

Aku orang penang, Haria penang haria menyokong Johor hari ni ! Siaran Langsung Perlawanan JDT VS FC ISTIKLOL hanya di tv9 !

Selamat berjaya JDT !

Juara Super Spontan All Star 2015 !

Juara Super Spontan All Star 2015 !


SUPER SPONTAN ALL STAR I Selama hamper 10 minggu peserta-peserta Superspontan all star bersaing  untuk bergelar juara. hari ini , keputusan yang di nantikan sudah tiba. Pemenang bagi super spontan All Star 2015 adalah :

Tempat pertama : Zizan

Tempat kedua : JOhan

Tempat ke tiga : Acey

Tempat ke empat : Pak yus

Tempat ke lima : Rahim

Tempat ke-6 : Tauke





Senarai Pemenang Superspontan All Star 2015 !
Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015


PANGGILAN UNTUK GAMERSDI LUAR SANA !!!

PANGGILAN UNTUK GAMERSDI LUAR SANA !!!


Dota

DOTA 2 & GAMERS ! I Panggilan untuk gamers di luar sana ! Anda berpeluang memenangi hadiah bernilai rm180,000 ! Dengan hanya menyertai pertandingan ini !Ini peluang keemasan anda untuk buktikan yang gamers juga mampu berjaya !


Aku tak terer nak main dota, so , korang try la yer. mana tau rezeki korang ke kan. Selamat bertanding ! ^_^

sekian.
Kedekut atau jimat ?

Kedekut atau jimat ?


Hai,

Cara Jimat Duit I Dilema kita yang berduit dan tak berduit adalah bila kita nak berbelanja dengan baki duit yang kita ada . Sama ada nak simpan atau nak gunakan sahaja. Di tambah pulak dengan persepsi masyarakat yang suka melabel orang itu ini sememangnya menggangu gugat kehendak kita sebagai tuan kepada duit tersebut.


Masyarakat selalu menghukum kita dengan pelbagai cara dan method . Dan yang selalu terjadi adalah dengan cara menghukum atau melabelkan seseorang itu dengan perkara yang tidak sepatutnya. " Kau ni kedekut sangat la " atau " kau ni membazir je keje " & " kau ni tak reti simpan duit ka ? ". Persoalan dan tomahan demi tomahan ini kadang-kadang menyebabkan kita rasa " lantak laa, duit aku " sehinggakan kita sudah lali dengan cacian masyarakat.


Hakikatnya, kita sebagai masyarakat jangan sibuk dengan urusan orang. Barangkali ,dia berbelanja lebih kerana ada duit lebih.tak salah kan. Kita tak tahu kondisi seseorang, kenapa pula kita perlu menghukum apa yang di lakukan.

Mulut manusia ni,kalau boleh tutup dah lama aku tutup mulut orang. hahaha tapi kita tak mampu . Tapi mulut manusia ni boleh ditutup jika, hati mereka bersih dari sebarang syak dan wasangka buruk kepada orang lain. Bagi kita pula, jangan asyik nak ikut cakap orang. Orang kata tak yah jimat, kita pun tk mau jimat. Sebaliknya kita tengok lah kondisi kita setiap hari dan setiap bulan. renungkan lah . kalau masih mampu . berjimat lah.


Jangan berjimat sampai orang cakap kedekut. ada ja orang yang macam ni.tapi pedulikan je, selagi kita tak menyusahkan orang, maka teruskan berjimat. Jangan kerana kita berjimat, kita paksa kawan- kawan kita belanja kita makan tiap-tiap hari. itu namanya menganiaya orang lain . Lagi orang benci dengan kita ada lah. tak mau buat macam tu.

Kelebihan orang yang berjimat ini amat banyak, terutamanya untuk masa depan dia. Memang susah nak simpan duit, sebab kita rasa macam kita mampu beli itu ini dan kemudiannya menyebabkan kita jadi " miskin " di hujung bulan. betul tak ? aku pun pernah juga jadi macam tu. last-last ,menangis tak berlagu  la jawabnya. masa tu baru menyesal  sungguh-sungguh. hahaha

apa-apa pun, Kedekut atau jimat ini di nilai berdasarkan apa yang kita lakukan.sebaliknya kedua item ini berkait antara satu sama lain. kita terlebih berjimat, akan di gelar kedekut. tapi bila kita terlebih belanja, orang kata kita tak reti berjimat. itulah kaitan atau permainan bagi orang yang berduit atau pun tidak berduit.Hasilnya hanya kita juga yang tahu.

E0bc

Disini , aku nak kongsikan sedikit cara rakyat Malaysia yang lain berjimat. Aku yakin, korang dah buat perkara-perkara untuk jimat ni, macam dalam gambar kat atas ni. hehe. tapi ada beberapa yang korang belum cuba.jadinya boleh la korang rujuk link ini. nanti komen dekat entri ni kalau korang dah baca ya .

sekian.

[ Cerita Hantu ] Dia di tepi tingkap itu !

[ Cerita Hantu ] Dia di tepi tingkap itu !


Cerita Hantu I Kisah ni berlaku masa aku form 1 dulu, masa tu ada kem untuk pasukan unit beruniform dekat sekolah. 3 hari 2 malam juga la kem tu. kejadian itu berlaku bila hari kedua tak silap aku. bila abang-abang senior bermain dengan camera . orang cakap nak test camera sebelum ambil shoot gambar kan. masa tu, diorang ter ambil gambar sebuah bilik dekat dewan kami yang kami tengah guna.


Memang tidak ada sapa-sapa di situ, kami pun tau sebab kami ada kat situ time tu . tapi bila dia snap gambar tu. tiba-tiba ada makhluk berada di tingkap bilik tu. kami pun tenang buat macam tak tahu je. memang nampk dalam gambar tu ada " benda ". tapi dekat tingkat tu tak ada apa2. dalam gambar baru ada. Keesokkan malamnya pula, kami ada game burung hantu. korang tahu je la, jalan tengah malam seorang diri di dalam kawasan sekolah. dah la sekolah lama. gila weh.

Aku pun tak sure, masa aku jalan tu aku jumpa hantu jadian yang abang2 senior aku berlakon atau aku jumpa hantu betul. hahaha yang aku tahu jalan terus tanpa tengok belakang. ada lah kain putih bagai tu.sebab tu aku tk berhenti, baik aku jalan terus, kang ada juga yang tegur nanti. hahaha


itulah kisah hantu yang menarik bagi aku sepanjang aku hidup ni. tak pernah tgk hantu, tiba-tiba nah dia tunjukkan muka dia. baru tahu , makhluk Allah ni macam-macam rupa. jadi kita tak perlu la takut gila-gila, sebab depa bukan tuhan. depa juga makhluk sama level dengan kita.

Bagi yang minat cerita Hantu, korang boleh tengok cerita hantu yang latest  di sini. Pengalaman sepasang suami isteri yang baru pindah rumah dan terakam aksi paranormal dalam rumah baru mereka tu. seram weh. jom tgok !

Akibat Menggunakan Handphone !

Akibat Menggunakan Handphone !


Hai,

Handphone Cepat Habis Bateri I Selalunya pengguna handphone ni dia akan mempunyai masalah-masalah tertentu yang akan menyebabkan dia stress dan Marah.Tapi itu lah lumrah atau akibat Menggunakan Handphone masa sekarang ni. Nampak macam serius je ubai ni. hahaha tak da la. saja nak bagi suspen sikit.


Banyak kali dah aku baca di laman sosial , banyak pengguna mengadu mengenai handphone yang ada di tangan mereka tu. " Cepat hang " , ' Whatsapp hang ", dan bermacam-macam lagi dan akhirnya terpaksa la mereka mencari alternatif baru bagi mengurangkan masalah tu. ada yang hantar kedai dan bermacam-macam lagi cara. jangan hantar jumpa bomoh sudah. hahaha ingat handphone korang berhantu ka. haha

Lagi satu, smarphone kita ni atau handphone kita ni kadang-kadang memahami pemilik dia. contohnya bila time kita gaji je, mesti handphone ada buat hal, tak banyak pun , mesti sikit. nak charge tak boleh ,top up tk msuk dan sebagainya. nampak sgt handphone kita ni memahami kita. hehehe, memahami untuk menjahanamkan duit kita ada lah hehe.

Antara kelebihan yang kita nak bila kita beli handphone  baru adalah, kita sudah pasti nak bateri phone kita tahan lama. Sebab masalah sekarang bila handphone cepat habis bateri menyebabkan hidup kita jadi tak produktif atau dalam bahasa mudahnya adalah tak tau nak buat apa . sebab tu, orang ramai meletakkan syarat itu sebagai yang pertama bagi mengelakkan mereka terpaksa membeli powerbank sbagai gajet tambahan untuk kekal cergas dengan phone masing-masing.

Handphone Samsung Note aku ni pun dah nak masuk 4 tahun dah aku guna. bohongla kalau aku tak ada masalah ngan phone aku. kalau handphone ni awek aku, dah bnyak kali dah aku clash ngan dia. hahaha kesian handphone aku ni. tapi alhamdulillah, selepas repair tempat charger haritu, sampai sekarang masih elok, harapnya dapat guna lagi untuk masa akan datang.


Tapi satu je masalah dia, bateri tak leh tahan lama juga. hahaha nak buat macam mana kan.redho je la. nak beli iphone , tak minat pulak aku ni. aku lebih suka samsung, biar la besar gedabak pun tapi osem. Aku tertarik juga dengan sony yang boleh masuk dalam air tu. hahaha bajet2 setiap hari ko berendam dalam swimmingpool la ni. hahaha.

tak pa la, apa model kita guna sekali pun untuk smartphone ni. tak penting pun sebenarnya, sebab, mati nanti tak bawa masuk kubur pun. betul tak ? jangan dok down sebab tak leh pakai iphone 6s plus dan sbagainya. doa banyak-banyak, nanti kita dapat jugak kan.

sekian


Shopping di Mydin !

Shopping di Mydin !


Shopping I Hari ni, berbekalkan list barang yang sudah di berikan oleh mak aku, aku pun p la ke Mydin dekat area rumah aku ni. Hampir setahun juga la aku tak jejakkan kaki ke mydin ni.Banyak juga barang yang mak aku suruh beli rupanya, ingat sikit je. hehe aku pun gigih la cari trolley bagai, kemudian baru la aku start shopping .

Kalau Mydin tempat aku ni , dia well organised sikit. Semua barang di susun mengikut susunan dan di letakkan dalam area yang sedia ada. jadi mudahlah kita nak beli dan cari barang kan. Lepas shopping aku pun cepat2 balik.sebab bukan ada apa nak buat punn. Aku lak p mydin awal sangat. kedai-kedai lain pun baru ja nak buka. kalau tak boleh la jalan-jalan kat area shopping Mall tu.


Aku nak beli Ayaq Thaisty ja. hahaha lama tak minum. rasa mcam tekak ni rasa sejuk ja bila minum ice green tea dia. rasa dia manis hingga menjilat jari . korang boleh search entri aku sebelum -sebelum ni ya. tapi macam aku cakap la, aku p awai, jadi kedai tak buka. so , aku lak malas nak tunggu , jadi aku pun balik la.

kecewa membawa hati yang lara, bila p shopping di Mydin tak beli Ayaq Thaisty yang hipster tu. hahaha.ada yang nk belanja aku tak ?? hehehe

sekian.

memancing ikan ketika musim sejuk di Korea !

Cara Mudah Buat Duit Online !

Cara Mudah Buat Duit Online !


Hai,

Duit Online I Bila Bercakap mengenai cara buat duit online, mesti ada yang kata " ini agen ja ni " " MLM" dan yang paling teruk sampai kata " ini menipu je semua " . Tapi kali ini biar aku bgtau dekat korang. dalam dunia ni tak ada apa yang mustahil untuk berlaku. Begitu juga kemampuan kita menjana duit secara online , pasti ia tidak mustahil .

Pelbagai platform dari syarikat-syarikat dalam negara mahupun luar negara menggunakan medium media sosial untuk menjana pendapatan. Begitu juga dengan bisnesman dan bisnes woman di luar sana .

gambar sumber coretananuar.com

Gambar atas ni adalah hasil yang telah berjaya di tuai oleh pengguna yang mencuba untuk menjana pendapatan online . Antara Medium yang boleh korang cuba ada dengan menggunakan Affialiate. Contohnya saudara najibsaddok telah berjaya menjana pendapatan 4 angka dengan cara online.Hebatkan mereka-mereka ini . 

Sebenarnya, mereka lah sumber inspirasi kita untuk berjaya dalam dunia internet ini. Kejayaan mereka menggambarkan kepada kita bahawa tiada yang mustahil seperti yang aku nyatakan di atas tu .Antara cara yang membantu kita untuk menjana duit secara online adalah dengan khidmat Affiliate .

Aku boleh cadangkan beberapa syarikat affiliate yang boleh kita cuba sertai dan yang penting aku dah mula cuba menyertai mereka. Mula-mula memang rasa takut, yela bila bermain dengan duit ni.semua benda jadi sensitif betul tak ? tapi yang bestnya dua syarikat affiliate ini tidak memerlukan untuk kita keluarkan duit. Hal ini kerana, Pendaftaran terhadap Affiliate ini adalah PERCUMA !

Syarikat Affiliate yang di cadangkan adalah :


Kedua-dua affiliate ini aku telah gunakan dan ternyata ia percuma !. Jadi apa perlu kita tunggu lama-lama, termenung hanya memikirkan masa depan yang cerah tanpa sedikit usaha ? bagaiamana ia boleh terhasil. Ramai pengguna affiliate telah berjaya menjana pendapatan dari rumah sahaja. ada yang mampu untuk berkerja sebagai pengguna affiliate dan menjadi suri rumah. dan pulangannya cukup-cukup lumayan.

affiliate

Untuk mendaftar Affilliate, korang boleh daftar di sini . Ingat , ia PERCUMA !! Semoga usaha kita yang sedikit ini di berkati dan di lipat gandakan hasilnya. Usaha pasti membuahkan hasil.Aku harap cara mudah buat duit online ni dapat membantu sesiapa sahaja yang membaca entri ini untuk mendapat hidup yang lebih baik .InsyaAllah .

sekian.
Tonton Movie Pixels Online !

Tonton Movie Pixels Online !


Movie Pixels I ini di keluarkan atau mula tayang pada pertengahan julai ini mengisahkan Permainan video yang telah menyebabkan salah faham antara Makhluk asing dan makhluk bumi . Bagaimana pengakhirannya ? Jom tengok !


pixels

Penangan Duduk Luar Negara !

Penangan Duduk Luar Negara !


Hai,

Pengalaman Di Luar Negara I Macam korang tahu, aku pernah belajar di luar negara. Jadi macam-macam kisah yang telah aku lalui sepanjang aku di luar negara. Yang Pasti , perkara yang berlaku ini menjadikan kami yang budak-budak luar negara ini lebih menyayangi Malaysia dan isi-sisi nya. hehe

Kalau korang nak tahu, bertapa seksanya hidup di luar negara ni. Dah la, susah nak berkomunikasi, susah nak makan dan mudah di diskriminasi oleh rakyat tempatan. aku cakap ni dalam skop negara yang aku diami iaitu Mesir. Berapa kali dah kena tipu dengan pak arab, sampai kan aku dah bosan nak berurusan dengan orang arab. nasib baik ada kawan-kawan budak malaysia yang sentiasa membantu aku di sana.

Antara moment yang paling best adalah bila dapat jumpa sign board macam dalam gambar dekat bawah ni. Bila nampak perkataan " kuala lumpur " perghh .feeling dia tu macam dah bertahun tak balik malaysia. hahaha. walaupun setiap tahun balik malaysia. tapi perasaan rindu tu tak boleh lari.

51ed

Dan perkara yang aku paling banyak belajar adalah cara berkomunikasi dengan masyarakat malaysia di luar negara.Kadang-kadang tu tak pernah berjumpa langsung, tapi masih boleh bersembang dan saling tolong menolong antara satu sama lain. memang tak di nafikan ukhwah kami memang kuat.

5d9c

seronok pula, cerita pengalaman di luar negara ni . aku nak tunjuk dekat korang bertapa budak-budak luar negara ni lebih menghargai Malaysia. KLIK SINI .Jangan salah anggap bila kami macam mahukan malaysia yang lebih baik. bukan bermakna kami tidak bersyukur tapi kami melihat negara lain mampu melakukannya, kenapa kita tidak betul tak ?

aku harap perkongsian aku mengenai pengalaman di luar negara ni mampu memberi gambar sedikit kepada pembaca entri ni ya. terima kasih kerana sudi membaca.

sekian.




Cara Buat Kad ATM Maybank !

Cara Buat Kad ATM Maybank !

Cara Buat Kad ATM Maybank I Maybank merupakan antara syarikat pengurus wang yang terbesar di Malaysia. Rakyat Malaysia juga gemar berusan dengan Maybank . Baru-baru ini aku pergi ke Maybank untuk buat kad Atm. Sebab utama aku buat kad baru ini adalah kad lama aku hilang. jadi aku kena buat baru lah sebab nak guna kad maybank. Alhamdulillah , urusan aku selesai dalam masa tak sampai sejam pun.. Jom aku kongsikan cara-cara buat kad Atm Maybank.

baca juga : Kad Atm Maybank kena tukar baru ke ?


CARA BUAT KAD ATM MAYBANK !

1. Pergi Bank Maybank terdekat .
2.  Pergi kaunter untuk ambil number giliran.** bgtau tujuan korang dulu ya. **bawa i/c sekali ya
3. tunggu sampai number giliran di panggil. lepas tu korang akan di layan .
4.korang akan dapat kad atm di situ juga. tak lama pun tunggu.
CARA BUAT KAD ATM MAYBANK !



lagi satu, pastikan korang ada account maybank ya sebelum pergi buat kad atm tu. kalau tak ada account macam mana nak ada kad atm kan . Macam mana pula cara nak buka account Maybank . korang berusan dengan pihak maybank di bank tersebut. insyaallah selesai .

itu je kaedahnya. mudahkan. dulu kalau nak buat kad pun lama, tapi sekarang dah mudah dah cara buat kad Atm Maybank ni kan. Kalau kad kena telan atau hilang boleh buat kad baru di kaunter Maybank terdekat ya .

sekian.

[OFFICIAL TRAILER] Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension

[OFFICIAL TRAILER] Paranormal Activity 5: The Ghost Dimension


Movie I Tahun 2015 dan 2016 merupakan tahun tahun hebat bagi penggemar filem tempatan mahupun luar negara. Yang pasti ,pada tahun 2016  lebih menjanjikan filem-filem hebat yang akan muncul di pawagam . Begitu Juga dengan ParanormalActivity 5 : The Ghost Dimension  yang mula di tayangkan baru-baru ini . Bagi Peminat Cerita seram atau cerita hantu , korang boleh simpan siap-siap duit untuk tonton filem ini. pasti mengujakan .


Sinopsis Paranormal Activity 5 : The Ghost Dimension :

The Ghost Dimension, follows a new family, The Fleeges - father Ryan (Chris J. Murray), mother Emily (Brit Shaw) and their young daughter Leila (Ivy George) - Who move into a house and discover a video camera and a box of tapes in the garage. When they look through the camera's lens, they begin to see the paranormal activity happening around them - including the re-emergence of young Kristi and Katie. 



Official Trailer Paranormal Activity 5 : The Ghost Dimension  : KLIK SINI 



Bagi Penggemar cerita hantu , aku yakin filem ini tak akan mengecewakan korang . Sebelum kita tahu filem itu hebat atau tidak, kena la tengok trailer dia dulu. korang boleh tengok di link yang aku bagi dekat atas tu ya ! atau Klik sini .

Sekian.


Cara Renew Lesen Memandu !

Cara Renew Lesen Memandu !


Hai,

Cara Renew Lesen Memandu . Semalam , aku baru perasan yang Lesen Memandu aku dah tamat tempoh. hampir 3 bulan juga dah tamat tempoh . Selalunya lesen kita ni ikut besday kita. so, better korang check balik lesen korang tu ya. kot-kot dah tamat tempoh. Kalau korang yang dah pernah renew lesen, mesti korang dah tahu cara renew lesen memandu kan.

Cara Renew lesen Memandu
Boleh renew lesen memandu di JPJ Batu Uban Pulau Pinang

Cara Renew Lesen Memandu.


Senang je, cara renew lesen memandu adalah korang pergi ke kaunter JPJ atau Pejabat Pos. kemudian korang cakap nak renew lesen memandu. nanti diorang buat kan untuk korang.

Berapa lama kena tunggu siap renew lesen memandu


kejap je, aku tadi tak sampai 10 minit pun aku tunggu. memang cepat.

Cara online untuk renew lesen memandu. ?


iaitu korang pergi ke myeg.com.my. ada pautan tersedia di sana. aku tak pernah buat online. so , aku tak sure macam mana perkhidmatan dia. dari review yang aku baca dekat blog-blog. diorang kata cepat juga lesen sampai ke rumah korang. ada yang sehari. tapi dia ikut hari bekerja ya .

itulah cara nak renew lesen memandu dekat malaysia ni. jangan takut2 nak ke kaunter. nanti diorang akan tolong korang. jangan risau ya. orang malaysia semua baik-baik ^_^ .

sekian.

**gambar ehsan google.com
Tutorial : Cara Tingkatkan Follower Instagram PERCUMA !

Tutorial : Cara Tingkatkan Follower Instagram PERCUMA !





TUTORIAL I Hari ini aku nak ajar cara mudah untuk tingkatkan follower instagram . Yang penting cara ni Mudah dan PERCUMA !.Sebelum akuajar cara-cara nak buat macam mana, meh kita tengok dulu gambar tempat-tempat menarik di Malaysia  yang korang mungkin tak sampai lagi .

dah tengok ke ? best kan ? ^_^ aku teringain nak p sabah. yang ada tempat macam dekat new zealand tu. wow :) 


Teknik ni bagi aku mudah sahaja, cuma kita kena buang ego dalam diri kita je. sebab kadang-kadang kita bajet macam kita artis kan.semua orang kena follow kita je. kita tak boleh follow orang lain. kalau korang buang benda tu, sure akan mudah je korang tambah follower dekat insta.

Tipsnya adalah, korang kena follow la instagram orang lain. cara dia macam mana ? Korang buka acc artis Malaysia kalau korang nak follower Malaysia. lepas tu korang klik dekat bahagian follwer artis tu. kemudian korang follow la follower artis tu. klik je random .nanti follower korang akan meningkat.
                                     
                                         

peringakt awal ni, korang follow dulu 100 orang. bagi masa dalam sehari atau dua untuk tengok follwer instagram anda bertambah . seronok kan ? aku harap tutorial cara tambah follower instagram ni membantu korang ya. selamat mencuba !

sekian.

                                       
Instagram follower
LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY

LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY



manchester united

LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY

✔ http://firstrowas.eu/…/watch-manchester-united-vs-mancheste…
✔ http://www.ronaldo7.net
 ✔ http://www.bptvstream.com/
 ✔ http://www.eplsite.com/

Untuk link LIVE STREAMING MANCHESTER UNITED VS MANCHESTER CITY ini , korang hanya perlu copy dan paste kan dekat bahgian atas tempat url korang tu je k. simple. selamat menonton .
[ Gambar ] Tempat-Tempat Menarik Di Malaysia !

[ Gambar ] Tempat-Tempat Menarik Di Malaysia !


TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA I Selalunya ,bila nak pi travel atau bercuti. kita mesti buat research atau kajian mengenai tempat2 yang kita nak pi . Kadang2 kita nak sangat travel p luar negara. tapi bajet tak cukup. bajet 2016 je yang banyak. hahaha tapi korang tahu tak ada tempat2 menarik di malaysia yang sama macam dekat luar negara ? tak percaya klik sini



1059
Langkawi


2ee9
sabah
F3fa
air itam
4fbf
sabah

Kenapa ? tak percaya ? hahaha. itulah orang cakap, bersyukur dengan negara sendiri. boleh melancong dalam negara lagi murah berbanding ke luar negara.tapi gst lak yang membebankan rakyat. ermm.. apa nak jadi ni. haaih/


sekian.
Lirik Lagu Sahabat Dalam Tubuh - Mawi & Filsuf

Lirik Lagu Sahabat Dalam Tubuh - Mawi & Filsuf


LIRIK LAGU SAHABAT DALAM TUBUH - MAWI & FILSUF 

Budak budak pergi mengaji
Pergi mengaji di waktu hujan
Sudahkah engkau mengenal diri
Kau kata dah kenal Tuhan

Sahabat siapa yang bergelar sahabat
Yang di depan kita hanyalah sebagai syarat
Sahabat siapa yang sebenar sahabat
Sukar nak dicari payah juga nak mendapat

Satu jiwa dalam tubuh yang berbeza
Ya cinta, ya nyawa
Ya rindu, ya kalbu

Siapakah kita di dalam kita
Kamu adalah aku tapi aku bukanlah kamu
Kamu menjadi aku yang sebenar-benarnya aku
Kita sentiasa bersama tapi tidak pernah bersua

Kamu selalu di sisi aku yang selalu mencari
Siapakah kita di dalam kita
Siapakah kita di dalam kita
Cubalah kita pejamkan mata

Adakah kita sudah bersedia
Siapakah kita di dalam kita
Cubalah kita pejamkan mata
Tinggalkanlah sejenak dunia

Siapakah kita di dalam kita
Cubalah kita pejamkan mata
Sambil kita bertanya
Siapalah kita di dalam kita

Orang Arab balik Arab berjubah labuh
Teman jauh jangan harap cari sabahat dalam tubuh
Orang Arab balik Arab berjubah labuh
Teman jauh jangan harap cari sabahat dalam tubuh

Siapakah kita di dalam kita
Siapakah kita di dalam kita
Kamu adalah aku, aku bukanlah kamu
Kamu menjadi aku yang sebenarnya aku

Dia yang dapat merasa apa yang kita rasa
Apabila kita sedih apabila kita duka
Apabila kita pilu apabila kita hiba
Tapi pernahkah kita bertanya kepada dia

Setiap hari pabila kita sedang mencerminkan diri ini
Apa khabar kamu apa khabar hati Apa khabar jiwa dan seluruh tubuh ini
Jikalau masih ada yang belum faham dan mengerti
Mawi marilah kita bicara dari dalam hati ke hati

Ya cinta, ya nyawa
Ya rindu, ya kalbu
Dapatkah aku terima dengan hati yang terbuka
Andai sudah sampai waktu

Kau berada di depanku
Mungkin di kiri kananku mungkin di depan belakangku
Mungkinkah aku bersyukur ataupun menunduk malu
Orang Arab balik Arab berjubah labuh

Teman jauh jangan harap cari sabahat dalam tubuh
Orang Arab balik Arab berjubah labuh
Teman jauh jangan harap cari sabahat dalam tubuh
Siapakah kita di dalam kita

LIRIK LAGU SAHABAT DALAM TUBUH -MAWI & FILSUF
Terfikir nak stop Blogging !

Terfikir nak stop Blogging !


Tips Blogger I Bila sampai satu masa, aku akan berhenti menjadi blogger . itulah ayat yang selalu belegar di dalam otak aku ni. walaupun kerjaya blogger ni , masih belum memuaskan aku secara keseluruhannya. tapi ada beberapa impian aku nak dapat dengan berblogging ni dah tercapai. walaupun tk banyak , tapi dapat. itu sudah cukup. aku rasa korang pun paham kan, impian seorang blogger tu adalah untuk apa dan blogger tu sendiri nak apa , aku rasa korang pun paham kan.

Cumanya, mungkin kekangan masa yang akan kembali menghantui aku, akan menyebabkan aku meninggalkan dunia blog ini. tapi bukanlah aku akan berhenti terus. Tap bila terfikir nak stop blogging ni, aku akan tengok geng #kelabbloggerbenashaari , diorang memang terbaik bagi aku. rajin update blog, pergi event dan yang penting diorang support kawan-kawan lain.

Mana nak cari kawan-kawan yang sudah faham kerjaya kita. kalau kau di Uni pun, belum tentu semua paham kerjaya blogger ni. Mungkin medan kita berbeza dan akhirnya memjadi penamat bagi segala pendapat dan dorongan yang baik. Setakat ni, aku masih update blog macam biasa. doakan lah aku ya. semangat kembalilaah !!
tip-tip blogger

Satu cadangan aku untuk kawan2 blogger yang nak stop jadi blogger. Bila rasa macam tu, terus duduk dengan kawan-kawan blogger. insyaallah akan mendapat kekuatan balik. korang tak rasa nak stop dah lepas tu.

sekian.
#Bajet2016 yang menarik bagi aku adalah ?

#Bajet2016 yang menarik bagi aku adalah ?


#bajet2016Bajet2016 I Semalam sudah di bentangkan Bajet 2016 yang baru . Aku yakin korang dah baca dah intipati bajet 2016 kan. kalau belum korang boleh baca intipati bajet 2016 . Semalam, bila aku baca rumusan daripada bajet 2016 tu, aku tertarik dengan satu bajet yang dinyatakan oleh PM. Apa dia ? 


MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.

Sebab apa aku pilih point kat atas ni ? aku membaca semua list bajet 2016 yang di bentnagkan oleh DS Najib semalam.  cuma yang satu ni menarik bagi aku sebagai seorang mahasiswa .Hampir 3 tahun MARA atau Majlis Amanah Raya tidak memberi penajaan kepada mahsiswa timur tengah. Begitu juga dengan JPA. Perkara ini nampak mudah bagi sesetengah pihak, tetapi bagi pelajar macam aku ni. perkara ni amatlah penting .



Bukan semua keluarga berstatus  " kaya " . Bila MARA ambil jalan untuk tidak memberi penajaan. ia umpama memberi jalan mati bagi sesetengah pelajar di Timur Tengah . Jadi aku harap dengan bajet 2016 ini dapat meringankan beban kami semua.

Semalam, baru aku tahu , MARA juga tidak membuka penajaan kepada pelajar yang belajar di malaysia . Bertabahlah ya kawan-kawan. aku nak cakap pun, aku pun tk dapat. hahaha Cuma fikir positif sahaja la yang aku mampu setakat ni .Selagi boleh berusaha, kita berusaha. Nak mempersoalkan duit itu ke mana , buat apa dengan duit tu semua ? aku serahkan kepada ahli parlimen untuk suara kan benda tu. sebab suara aku bukan sampai pun kat depa. suara aku sampai kat korang ja. hahaha betul tak ?

Jadi, aku nak tanya pula , dalam banyak-banyak intipati Bajet 2016. yang mana korang rasa menarik ? jom kongsikan !

sekian.

p/s : nanti aku baca tau ^^

Biodata Mark Adam

Biodata Mark Adam


Biodata Mark Adam
Biodata Mark Adam

Biodata Mark Adam


Artis yang sedang menempah nama dalam industri musik tanah air iaitu Mark adam ternyata nanynyian nya juga tidak mengecewa kan. terbaru, beliau mencuba nasib dalam super spontan all star tetapi sebagai artis jemputan. aku gelak terbahak2 weh. haha

Selain dari menyanyi, aku dengar yang dia dah ada sekolah musik sendiri. satu pencapaian yang menarik dan hebat. Bukan senang nak hidup di negara orang kan. tapi satu yang respect dengan mark adalah dia rajin berusaha.

aku pun segan bila dengar kisah dia. tambah-tambah kisah dia tengok KLCC sampai nangis tu.

bagi korang yang belum kenal, jom baca biodata MARK ADAM seperti di bawah. dia yang berasal dari Filipina ini semakin menjadi ikutan oleh generasi muda sekarang ni.


  • Nama : Mark Echivarre  atau Mark Adam  atau nama islamnya Fikri Mark Adam
  • Tempat Lahir : Cebu City , Filipina
  • Tarikh Lahir : 15 Oktober 1979 .
  • Mula memasuki Malaysia :  tahun 2001 .
  • Lagu : Pencuri , Senyum


dalam banyak-banyak lagu mark adam, aku suka lagu marry me. sedap tau lagu ni. kalau sambil bawa kereta tu memang aku suka menyanyi sekali. walaupun suara tak sama dengan dia. hahaha ada aku kesah ye dak. korang pula minat lagu dia yang mana?

kita harap mark terus kekal di Malaysia dan menghiasi arena seni negara. korang tunggu apa lagi, kongsikan lah entri ni sebagai tanda sokongan korang kepada dia. kata peminat setia. cece.hehe

RUMUSAN BAJET 2016 !

RUMUSAN BAJET 2016 !


Rumusan Bajet 2016 I Hari ini berlangsung pembentangan bajet 2016 di parlimen. Pembentangan ini di bentang oleh perdana menteri yang di sayangi ramai iaitu DS Najib Tun Razak . Aku senaraikan rumusan bajet 2016 seperti di bawah.


Kerajaan memperuntukkan RM267.2 bilion dalam bajet 2016 berbanding peruntukan RM260.7 bilion yang dipinda bagi tahun ini (2015)


  • Kerajaan bersedia melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap beberapa barangan asas.
  • GST kadar sifar ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun kumpulan A, B, C & D GST kadar sifar ke atas tmbahan 95 jenama ubat over-the-counter meliputi 30 penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
  • GST kadar sifar atas barangan makanan seperti susu bayi & kanak-kanak berasaskan kacang soya & susu organik.
  • Hampir 90 Peratus Sekolah Vokasional Dinaik Taraf Kepada Kolej Di Bawah Program Transformasi Pendidikan Vokasional.
  • Bantuan persekolahan RM100 tetap diteruskan. Bagaimanapun ia dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.
  • Untuk peringkat kelas prasekolah, RM44.6j diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang bernilai RM250 untuk pelajar IPT diteruskan, kaedah penebusan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf.
  • Had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi naik RM7,000 daripada RM5,000 setahun.
  • RM360 juta untuk tambah baik PLKN bagi 20,000 pelatih.
  • MARA diperuntuk RM3.7 bilion, termasuk menaja pengajian 72,000 pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.
  • Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak.
  • RM115 juta disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah & Sarawak.
  • TEKUN sediakan RM600 juta yang meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera dan RM100 juta untuk 10,000 usahawan India.
  • RM50 juta disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India.
  • Tambahan RM200 juta kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40 RM100 juta disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India.
  • Tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina Sebanyak RM300 juta disediakan bertujuan untuk kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli.
  • RM852 juta diperuntukan kepada RISDA &FELCRA untuk program peningkatan pendapatan dan produktiviti pesawah, pekebun kecil dan penoreh getah.
  • Membina 175,000 unit rumah oleh PR1MA, dijual 20% di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion.
  • Membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi seunit rumah Bina 100,000 rumah PPA1M, menjelang 2018 dengan harga di antara RM90,000- RM300,000.
  • Membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh KPKT Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama disediakan kepada pembeli untuk rumah mampu milik bagi bayaran deposit.
  • Membina 5,000 unit rumah PR1MA & PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen & koridor LRT serta monorel RM150 juta bagi membina dan membaik pulih 11,000 rumah daif di kawasan luar bandar oleh KKLW.
  • Peruntukan hampir RM2 bilion kepada KPWKM untuk membantu golongan OKU, warga emas dan keluarga miskin RM180 juta disediakan bagi pengurusan bencana alam, RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir.
  • RM50juta bagi tingkatkan langkah keselamatan penjara; RM20 juta untuk Program Bandar Selamat di 60 kawasan hitam Penambahan 500 unit Rondaan Bermotosikal PDRM & 500 unit kereta peronda dgn peruntukan keseluruhan RM35 juta.
  • SPRM akan terus dimantapkan. Bil pegawai SPRM akan ditambah ikut keperluan Beri faedah pemindahan gaji penjawat awam bersamaan 1 kenaikan gaji tahunan ikut gred yang akan manfaatkan 1.6 juta.
  • Menambah baik sebanyak 252 skim perkhidmatan yang akan memanfaatkan 406,000 penjawat awam Menetapkan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan Menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan.
  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1,000.
  • Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800.
  • Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.
  • BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima berada dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1,000 akan menerima bantuan RM1,050.
  • Skim Khairat Kematian diterus pada BR1M 2016 dengan pemberian sebanyak RM1,000.
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah bagi mendapatkan bantuan deposit perumahan.
  • Had pelepasan cukai bagi setiap anak bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000.
  • Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak punyai pendapatan, naik daripada RM3,000 kepada RM4,000.
  • Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tinggal bersama, diberi pelepasan cukai RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa.
  • Had pelepasan cukai naik daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang melanjutkan pengajian bagi 2016 .
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung .
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dinaikkan kepada RM920 bagi semua sektor kecuali perkhidmatan domestik/pmbantu rumah .
  • Penjawat awam akan terima pemberian khas RM500 pada Januari 2016 .
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas sebanyak RM250 . 

Di harap perlaksanaan bajet 2016 ini mampu di realisasikan dengan baik agar semua rakyat menikmatinya dengan adil. Insyaallah nanti kalau free aku update ulasan aku sendiri ya. sekian.

Link Rujukan >> KLIK SINI
Wajah Perdana Menteri Canada yang Hensem !

Wajah Perdana Menteri Canada yang Hensem !


Perdana Menteri Canada I Baru-baru ini heboh di media sosial malaysia dengan gambar perdana menteri canada yang hensem. Sudah pasti perkara ni merupakan buah mulut bagi kaum hawa. Usia perdana menteri itu juga baru berusia 44 tahun. muda untuk menjadi seorang menteri. Jom tengok gambar perdana Menteri Canada ini .











ehh silap, yang last ni, gambar perdana menteri malaysia, DS Najib Tun Razak . hehe tercampur sekali pulak dengan gambar perdana menteri canada . maaf ya.

sekian .



Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Kalau dah jodoh I Di sebekan teringin nak baca novel tu, ubai join segmen kak irra atau lebih di kenali dengan mommy irra ni ^^


Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... 
Kataubaid© .