Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com

Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com



BLOGLIST LYSSASECRET.COM | Untuk pengetahuan korang, aku start belajar letak widget-widget di blog aku ni dulu dari blog lyssa ni la. banyak benda aku try . macam2 benda aku letak. cursor kaler2 atau blink2. letak lagu dan banyak lagi. boleh dikatakan lyssa ni antara cikgu aku la walaupun tk berguru secara direct tapi melalui penulisan dia ja.Terima Kasih cikgu.. ehhh/.. hahaha

so, korang tunggu apa lagi, p terjah blog lyssa !

http://www.lyssasecret.com/2011/12/tips-nak-follower-beriban.html.
http://www.lyssasecret.com/2015/08/tutorial-cara-letak-widget-instagram-di.html http://www.lyssasecret.com/2012/06/tutorial-letak-mp3-player-di-blog.html

sekian.

[Gambar] Hari Kemerdekaan 2015 #sehatisejiwa

[Gambar] Hari Kemerdekaan 2015 #sehatisejiwa


Assalamualaikum,

GAMBAR HARI KEMERDEKAAN 2015 | aku nak share gambar-gambar merdeka tahun ini ^_^








**gambar : Harian Metro






gambar : Berita Harian .

Selamat Menyambut Merdeka !



HASHTAG SEHATI SEJIWA !

HASHTAG SEHATI SEJIWA !


#Sehatisejiwa | " Tanggal 31 , Bulan 8 , Lima puluh tujuh ,Hari Mulia ,Negara ku Merdeka ! " itulah lirik lagu Almarhum SUDIRMAN yang masih mekar dalam jiwa anak-anak muda kini.Apa pun makna atau tafsiran Kemerdekaan . Kita tetap paham, Malaysia sudah merdeka .Dulu Kesusahan yang ditanggung oleh datuk dan nenek kita membuatkan kita rasa kuat untuk terus mempertahankan Malaysia Yang Merdeka .

Kita tak nak tengok ada insan-insan yang cuba menghancurkan negara , sama ada dari luar atau pun dari dalam. kita tak nak anak-anak kita, cucu-cucu kita susah di masa hadapan. kita tak nak tengok mereka mengangkat senjata di masa hadapan untuk mempertahankan negara.

Tema Sambutan Kemerdekaan 2015 - Sehati Sejiwa


#Sehatisejiwa


Yang kita nak tengok, mereka tersenyum gembira dengan nikmat yang ada, kita nak tengok masyarakat majmuk di negara kita hidup aman tanpa bersengketa. kita nak tengok malaysia maju dan jauh dari pada rasuah dan korapsi.

Ingat rakyat malaysia ! Kita ada hutang dengan pejuang kemerdekaan dahulu andai kita gagal mempertahankan kemerdekaan.Merdeka adalah istillah abstrak yang mana setiap dari kita ni boleh nak tafsir dan berpegang atas apa yang kita fikir. Tapi kita tidak boleh menyanggah tafsiran orang lain untuk hidup mereka.

Salam Merdeka, senyum selalu ingat ! kita SEHATI SEJIWA .


sekian.

MERDEKA !

Entri 31 ogos 2015, di update semula pada 30 ogos 2016

Tips-Tips Mengelakkan Sakit Ketika Jerebu

Tips-Tips Mengelakkan Sakit Ketika Jerebu

Hai,

JEREBU Malaysia |  Sejak bebrapa hari ini, cuaca di sekitar pulau pinang kelihatan kabur dan macam di sebelungi misteri.. hahaha di selebungi asap je. Rupanya jerebu. aku tengok pun pada awal macam berkabus.tapi bila tgk jam , dah pukul 12 tgh hari, apa benda kabus keluaq tgh2 panas ni kan.

Jadi aku nak kongsi kan satu tips tuk yang selalu keluar rumah utk ke tempat kerja dan sebagainya,

1. Jaga Kesihatan.
2. Minum Air banyak2
**7 gelas satu hari
3. Kurangkan aktiviti luar kalau boleh.
4. Pakai penutup muka .
5.Ambil ubat juka sudah mula rasa demam dan sebagainya.

ingat kesihatan kita penting untuk di jaga ! . jangan biar orang disekeliling kita menangis sebab kita sakit ya ! Jangan pulak takut makan ubat.ada juga style macam tu, takut makan ubat. padahal ubat tu bukan nak bunuh dia pun, nak bunuh virus2 yang ada dalam badan dia je.

Rujuk DOKTOR bila terasa simptom2 macam nak demam dan sebagainya. makin awal korang rujuk doktor, maka makin kurang lah posibility untuk korang dapat penyakit yang melarat.sebab virus ni kadang-kadang dia duduk lama dalam badan kita, dan antibody kita lak tak dapat jumpa dia. so, badan tak leh nak detect virus. bila dah lama,dia dah belajar macam mana nak lwan antibody,nanti susah nak ubat,dan melarat pulak.

virus MERS

Badan kita panas sebab nak lawan virus-virus tu.Badan kita panggil antibody untuk seram.tetapi badan kita juga buat kerja dengan memberi ruang yg kurang selesa pada virus tu. sebelum antibody membunuh diorang.

oppss.. cakap pasal virus lak. hehe harap korang faham la yer. jangan lupa jaga kesihatan !

sekian .
Tutorial : Cara Hilangkan " Insuffient Space " di Handphone

Tutorial : Cara Hilangkan " Insuffient Space " di Handphone

Hai,

Cara Hilangkan " Insufficient Space " di Handphone | Pernah tak, korang menghadapi masalah untuk install atau update software yang ada dalam handphone korang ? Antara masalah yang paling memeningkan kepala bila, kita ingat memory dalam phone kita masih banyak tapi bila nak install atau update di tulis " insufficient space " pulak. Benda yang sama berlaku kat aku. Sejak handphone aku masuk thun ke-3 , memang susah sikit aku nak install apps baru. nak un install mudah je.hehe

Jom, aku ajar cara yang aku dah buat dan terbukti berjaya dan aku dah boleh update dan install apps baru kat phone aku. (SAMSUNG GT7000, Note 1 )

cara-caranya ialah :

1. Korang delete mesej2 yang dalam phone korang yang korang tak nak simpan.
2.Delete Call log .

korang klik icon call korang, kudian tgk bahagian atas. akan ada call log. Mark semua call tu dan delete. **KLAU ADA NUMBER YANG KORANG NAK SAVE.SAVE DULU YA !

3. Pindahkan File Apps korang ke SD Card . Mcam mana.

Klik Setting> Application> pilih app korang dan klik > klik move to SD card
**buat untuk setiap apps yang korang nak pindahkan ke SD Card.

dan Seterusnya cara yang aku guna semalam dan BERKESAN !

1. Buka Phone korang dan kemudian pergi ke setting
2. Kemudian klik di bahagian application .
3. cari Google Play Store . dan klik item tu.
4. kemudian klik " uninstall updates ".
5. lepas dah selesai. korang cuba install apps baru atau updates apps korang.

ada lagi cara lain .

iaitu dengan cara root handphone korang. tapi aku tak pandai bab ni, korang try cari dekat google ya. aku tak berani nak root2. nanti rosak phone sedih lagi.haha.

aku perlukan komen korang untuk entri ni sebab first time aku buat entri pasal phone. jadinya sebarang komen boleh komen kat bawah ya. sama ada jadi atau tidak tulis je kat bawah ni ^^

harap korang faham ya. kalau tak paham komen kat bawah dan tinggalkan jejak korang. nanti aku cuba explain lagi . ^_^

sekian.

800 Entri Blog !

800 Entri Blog !



Hai,

800 Entri | Alhamdulillah, dah masuk entri ke 8++ . Aku scroll Time Line blog dari aku mula-mula buat blog dulu sampai sekarang. macam-macam aku telah tulis dan kongsikan.Macam-macam jugak lah pandangan respond yang tercata di ruangan komen dan jugak yang tersimpan di dalam hati.

Aku harap tak da yang simpan dalam hati, sebab kadang-kadang entri aku terlalu tegas dan pedas.sebab aku tak nak orang fikir benda yang aku nak sampai kan tu dua atau tiga kali.sekali baca orang dah paham dan menerima di dalam hati.

Semoga Blog kataubaid ni tak terkubur. hahaha dan berharap ia terus mekar seperti bunga tulip kat bawah ni.

nak tengok gambar lawa-lawa follow insta @bdakmesir
Terima Kasih buat yang menyokong dalam kalangan keluarga dan family KBBA dan juga nlogger2 lain. korang memang terbaik dan tak pernah kedekut ilmu. bila bertanya je,mudah ja jawab dan bnyak membantu.

terima kasih.

** sapa nak join KBBA boleh pm bro ben ashaari ya !

Perempuan Di Sebalik Seorang Lelaki !

Perempuan Di Sebalik Seorang Lelaki !

Hai,

Perempuan Di sebalik Seorang Lelaki  | " Di belakang seorang lelaki yang hebat terdapat seorang perempuan yang hebat yang sentiasa mendokong lelaki tersebut ". Ungkapan ini memang tak terlepas dari bibir-bibir pemimpin dunia. Tujuannya apa, mereka menghargai peranan seorang wanita dalam memberi semngat kepada seorang insan yang bernama lelaki.

Tapi , bagaimana pula dengan orang yg kurang berjaya. pastinya lebih kuat sokong yang di berikan oleh kaum wanita buat lelaki tersebut terutamanya untuk suami tercinta . Betul tak akak-akak dan mak-mak di luar sana ? . Kadang-kadang , lelaki ni memang suka gaduh dengan perempuan begitu juga sebaliknya. tapi hakikatnya diorang sendiri tersiksa bila bergaduh. tersiksa dari sudut jiwa dan raga.

Walaupun mulut kata benci,tapi hati tetap merindui.Jangan mudah menghukum andai tidak di hargai oleh lelaki.Sebab lumrah lelaki,di TIDAK menunjukkan yang dia tengah menghargai korang wahai perempuan. cukup lah ,korang tengok dia bertanyakan korang dan keadaan korang. itu tanda korang istimewa dalam diri mereka.

Saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. melahirkan sesuatu aura positif dalam hidup.Kita nak bahagia dengan suami atau isteri kita sampai ke syurga. INGAT ! target kita bukan sampai anak cucu je, target kita hingga ke SYURGA.

Wahai Lelaki, hargai lah insan yang bernama perempuan yang ada di sekeliling kamu. Hidup kita jadi mudah sebab Allah kurniakan mereka untuk membantu kita.Jangan abaikan depa, perasaan depa.Memang kadang-kadang hal yang di timbulkan nampak remeh bagi lelaki, tapi bgi mereka ia cukup besar .Bantu dan berilah jawapan untuk setiap persoalan mereka.Insyaallah ,kita sama-sama akan bahagia.

Senyum selalu ^_^

Menu unik di Sebuah Restoran di MALAYSIA !

Menu unik di Sebuah Restoran di MALAYSIA !

Hai,

MENU PELIK | Baru-baru ni aku scroll twitter aku dan nampk gambar dekat bawah ni. Pada mulanya, aku tak pasti apa yg cuba di sampaikan sehinggalah aku baca satu persatu.baru lah aku faham dan gelak berdekah-dekah.

agak-agaknya kedai ni kena sita tak kalau buat menu macam ni. huhu
sorry sebab aku tak ingat pemilik twitter tu sapa. so, aku ambil gambar ni pun dari siakapkeli. 

thankz sbb hiburkan rakyat malaysia. hehe

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Viral Cikgu Biadap !

Viral Cikgu Biadap !


Cikgu Biadap | Assalamualaikum , Mula-mula sekali aku nak bagitau, pendapat aku ini hanya berdasarkan gambar di bawah ni sahaja.Sebab aku tak baca pun FULL STORY. jadi skop pendapat aku kali berdasar gambar yang menerangkan seorang guru dan murid * sbb dia tulis My New BM teacher evryone yang bermaksud Guru BM aku yang baru korang ! Dulu zaman sekolah, kalau cikgu merajuk dengan kita. mesti semua akan mula cuak dan takut. Sebab takut keberkatan cikgu tak sampai kat kita dan kita akan susah jawab exam.Tak di nafikan, kebrkatan seorang cikgu juga amat penting selain dari keberkatan ibu bapa kita. sebab tanpa cikgu, mungkin kita tak tau apa itu sains, kajian tempatan, georgrafi dan sebagainya.


Viral Cikgu Biadap !



Cuma isu yang di ketengahkan kali ini, aku dapat simpul kan mungkin cikgu dalam gambar ini stress dengan anak muridnya.Mungkin juga kerana anak muridnya terlalu nakal di dalam kelas.Susah nak kawal.Kdang2 guru yang bertindak macam ni sekadar nak menguji anak murid dia. dan hasilnya ada juga anak murid yang tidak takut langsung dengan guru.

Bukan kita mintak anak murid takut dengan guru,tapi HORMAT sahaja sudah cukup. Kalau kami dulu, mesti dalam otak ni tengah ligat *laju* mencari idea macam mana nak pujuk cikgu tu.walaupun cikgu tu baru mengajar.Cuma aku yakin, masa sudang berganjak laju.zaman bertukar zaman.anak murid bertukar anak murid. kenakalan bertukar kenakalan.Mungkin cabaran cikgu masa kini seperti ini. mudah terdedah dengan media sosial hingga manusia lain menghukum tanpa usul periksa.

Bagi kita anak murid, ingat lah keberkatan cikgu tu amat penting.sebab ilmu yang dia ajar kat kita tula kita nak guna sampai kita mati.kalau korang tak percaya, korang masuk universiti,ada subjek tertentu yang korang akan ingat balik " ohh,cikgu ajar aku benda ni time kat sekolah dulu " kalau kita asyik kutuk cikgu ,agak2 nanti kita malu tak dengan diri sendir sebab tak hormat cikgu ? tanya lah diri kita sendiri.

Maaf entri ini bukan nak back up cikgu tapi aku nak tekan kan kepentingan guru itu lebih tinggi tarafnya dari kita yang anak murid ni.kita tak da ilmu,maka tuntut ilmu dengar guru.tapi ingatlah bawa la adab dan akhlak yang baik ketika menuntu ilmu.

kesimpulannya, sejahat atau segarang mana cikgu kita, dia cikgu yang perlu kita hormati. masyarakat di luar perlu berhenti dari menyangka yang kerja cikgu ni rileks dan goyang kaki. bukan mudah mendidik anak-anak anda yang nakal di sekolah tetapi baik di rumah.aku juga pernah jadi anak murid.maka kita tahu macam mana seorang cikgu berusaha nak pandaikan kita sehingga kita berada di mana kita berada sekarang.

Terima Kasih cikgu, Mohon maaf salah dan silap ^_^

sekian.
Undian UEFA Champion League

Undian UEFA Champion League


Hai,

UEFA CHAMPION LEAGUE | Semalam telah berlangsung sesi pengundian untuk UEFA CHAMPION LEAGUE atau UCL. 8 kumpulan telah di tetapkan dan setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan yang bertanding.

berikut hasil daripada undian semalam.Yang mana satu pasukan anda ? ^_^

Bowling di Premium Lanes, Penang !

Bowling di Premium Lanes, Penang !


Hai,

BOWLING | Hampir setahun tak sentuh bola bowling.hari ni dapat gak sentuh bola bowling tu, haha.
Hari ini ,lepas melawat sekolah, aku dengan kawan aku pun p layan KFC dulu dan kemudian baru pergi ke Premium Lanes yang terletak di BAYAN BARU , PULAU PINANG .

Kebetulan hari ini ada offer RM 13.50 untuk 3 game . Tak termasuk kasut khas yang di sediakan. Untuk Kasut harga dia Rm 2 .Mula-mula macam tak mau ambil 3 game, sebab sebelum ni pernah main 2 game pun dah tak larat. tambah-tambah main 2 orang je . Tapi tgk balik harga TANPA PROMOSI . satu game harga dia RM5.50 kalau 3 game maksudnya lebih mahal berbanding harga promosi.

Jadi, kami pun buat keputusan untuk ambil yang promosi.boleh jimat dan main banyak. Masa main first game boleh di katakan rileks-rilek je. Game kedua pun rileks lagi dan bila sampai game ke tiga, lagi la rileks. hahaha sebab tangan dah mula start sakit dah. Aku rasa aku silap baling kot. sebab tu cepat sangat sakit. hehe

tapi main bowling ni sebanarnya dari sekolah lagi. lepas habis exam, mesti lepak dengan kawan-kawan kat tempat bowling ni. sebab selesa sikit berbanding tempat lain. yang penting  sebab ada SURAU . itu je. hehehe

kalau korang nak main, boleh la mai main dekat sini. Tempat dia di tingkat 5 bangunan Sunshine ,Bayan Baru. selamat mencuba ^^

Bowling Penang.


Undian TM PIALA MALAYSIA  2015 !

Undian TM PIALA MALAYSIA 2015 !



Assalamualaikum,

PIALA MALAYSIA 2015 | Hari ini telah berlangsung sesi pengundian bagi menetukan kumpulan untuk pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam TM PIALA MALAYSIA 2015 .Sebanyak 16- pasukan bertanding dalam Piala Malaysia kali ini dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan.

Berikut adalah hasil undian hari ini :

Kumpulan A :

Terengganu
LionsXII
Kedah
JDTII

Kumpulan B
JDT
Perak
Sarawak
ATM

Kumpulan C
Selangor
Felda United
Kelantan
T-Team

Kumpulan D

Pahang
Pulau Pinang
PKNS
PDRM 

selamat maju jaya buat semua pasukan.utamakan semangat berpasukan dan semangat kesukanan.elakkan dari bermusuhan sama ada di dalam padang atau di luar padang.Semoga berjaya !

Fans Penang | Haria Penang Haria !
Statistic Blog Kataubaid 2015 !

Statistic Blog Kataubaid 2015 !


Hai ,

14juta Viewers | 14juta pageviewers ? itu bukan blog aku. sudah pasti blog HH atau HasrulHassan.com .Di sebabkan entri beliau, aku pun godek-godek la blog aku ni.saja nak tengok ke mana sudah blog aku ini pergi. menjunam kedasar atau sedang mendaki gunug yang tinggi .

setakat ini baru 90 k viewers untuk blog kataubaid.sikit je nak compare to bro HH. sebab aku bukan retis. haha. seronok pulak bila tgk statistic ni, macam-macam benda baru yang aku belajar dan baru tahu.nak kata aku ni noob la sikit. hehe

Hampir 44k viewers dari malaysia , 16k dari United States .cop, aku terkejut bila tgk statistic ni. haha sebab hampir semua entri aku ber bahasa melayu. mungkin juga dia random search kot. tapi banyak jugak la. kalau dari mesir lak 4k je dan baki dari beberapa tempat lain .

alhamdulillah, aku sebenarnya tak pandang pada angka itu semua. sebab aku tau blog aku ni tak kemana sangat pun. tapi aku still usaha dengan semangat sahabat Kelab Blogger Ben Ashaari yang selalu update blog depa. kadang-kadang membuatkan aku rasa " banyaknya idea depa ". hehe . tapi aku still cuba setakat mana mampu.

aku tau, kejayaan depa sekarang, adalah hasil penat lelah depa dulu-dulu.bukan boleh tiba-tiba jadi hebat macam sekarang.jadi, kita yang baru mula ni, kena usaha la. nanti baru Allah kurniakan rezeki untuk kita. betul tak ?


Jangan Harap Kepada Balasan !

Jangan Harap Kepada Balasan !


Hai,

Inspirasi | Setiap hari , kira akan sentiasa mempunyai harapan yang menggunung mengenai masa depan kita. Kadang-kadang kita akan berharap pada Manusia sebagai asbab untuk berjaya.situasi tersebut adalah untuk orang bawah melihat orang atas.

Dalam kita sibuk mengejar cita-cita, kita jangan lupa pada orang yang membantu kita. sebab tanpa mereka, kita mungkin tak tahu apa-apa betul tak ? tapi bagi kita yang membantu orang lain, jangan sesekali mengharapkan balasan dari orang. sebab apa ? sebab kita akan kecewa bila kita tidak di hargai dan di lupakan.

betul aku cakap ni, syaitan ni kuat sangat dia mengganggu kita. sebab kita ni kan musuh kepada syaitan. jadi semua benda negative yang ada dalam diri kita ni menyebabkan kita senang di dampingi oleh mereka dan seterusnya kita akan rasa sedih apabila tidak di hargai.

Islam pula ajar kita untuk ikhlas dalam setiap benda yang kita buat. sebab nak potong siap-siap apa yang dibawa oleh syaitan.supaya penganut dia tak terjebak dengan syaitan.Bila kita tolong orang, ikhlas kan hati dan sentiap ingat yang kita pun bermula dari kosong. bila dah pandai sikit ni, kita tolong orang pula.

win win situation

hargai dan menghargai orang. itu yang penting.

penatla tunggu orang buat baik dekat kita. 
jangan tunggu orang buat baik kat kita , kita yang kena buat baik dekat orang.Apa yang kita bagi, kita akan dapat balik. kalau kita bagi jahat, maka balasannya juga jahat. Kalau kita bagi baik, maka balasannya juga baik.walaupun kita tak mampu nak buat baik dengan semua orang, tapi kita usahalah untuk buat baik. tak rugi pun .

semogaentri kali ini bermanfaat untuk korang dan aku juga ^_^

sekian.
Lelaki ini teringin nak rasa pengalaman BERSALIN, Jom tengok apa yang terjadi !

Lelaki ini teringin nak rasa pengalaman BERSALIN, Jom tengok apa yang terjadi !


Hai ,

Lelaki Bersalin | Penyampai radio Mix FM,Prem Shanker ingin merasa detik-detik ketika bersalin , maka dia sahut cabaran tersebut . Keadaan bertambah gementar apabila dia sampai di hospital untuk menjalankan simulasi bersalin tersebut.

Prem Shanker



Keadaan Prem ketika mengenakan simulasi tersebut keliahatan seperti terlalu sakit.kalau tgk gayanya pegang tangan aisha sinclair . nampak macam berat dan kuat kan.ini lah kelebihan bagi seorang perempuan yang lelaki tak ada. iaitu kelebihan bersalin.

Di akhir segmen itu, Prem mengakui bukan senang hendak jadi wanita.

dibawah ni ada video yang aku ambil dari youtube Mix FM. boleh tgk.



belajarlah menghargai setiap insan di dunia ini.kalau tidak, kita tak akan pernah berpuas hati dengan apa yang orang lain dapat.

Prem Shanker

" Ia baby perempuan " aisha sinclair berseloroh . 
hehe lawak pula tgk.

kesimpulannya, kita tak boleh melawan ketentuan TUHAN kepada kita.Perempuan dan Lelaki saling memerlukan antara satu sama lain.
Selamat Hari Wanita !

Selamat Hari Wanita !


Hai,

Hari Wanita | Tanggal 25 Ogos merupakan tarikh keramat bagi insan-insan yang bergelar seorang wanita. selain daripada hari ibu, tujuan hari wanita juga merupakan untuk meraikan wanita-wanita di luar sana tak kira di mana pun anda berada.

di kesempatan ni, ubai nak ucapkan selamat hari Wanita buat semua wanita di dunia ini, terutama kepada emak tersayang dan adik ubai. Sememangnya peranan perempuan dalam hidup lelaki amat lah besar. sehinggakan ada lelaki sunyi dan kesepian bila tiada insan yang bernama wanita di sisi.




Kesempatan ini juga ubai nak minta kita sebagai lelaki, hormat lah mereka dengan pandangan kasih dan sayang. Ubai tau ja, kadang-kadang lelaki ni ego sikit,berbanding perempuan,tapi kasih sayang yang wanita curahkan tak sama dengan kasih sayang lelaki.

sayangilah wanita yang HALAL dari segi perhubungan dengan kamu. hormati lah mereka yang belum HALAL buat kamu.

Selamat Hari Wanita !



Stacy Peluk Islam !

Stacy Peluk Islam !


Stacy Peluk ISLAM | Hai, Alhamdulillah,  bertambah lagi keluarga Islam kita dengan kehadiran Ummu Shaikah Stacy Binti Anam atau STACY AF . 

berita ini di SAHKAN sendiri oleh Stacy melalui sidang media sebentar tadi . Boleh tengok video pengakuan tersebut di fb ERAfm https://www.facebook.com/erafm?fref=nf  


  semoga penghijrahan ini menguatkan lagi Islam dan penganutnya. korang Bangga tak ?

sebelum korang kutuk stacy aku nak bgtau satu benda ni.

DOSA dia sikit ja, berbanding kita sekarang ni. so, keep your mouth shut !

sekian. huhu.

ayat tadi tu untuk haters ja..  

Lirk Lagu Dasyat - Mojo

Lirk Lagu Dasyat - Mojo



Lirik Lagu Dahsyat - MOJO

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa

Hidup tanpa hadirnya kamu
Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu

Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Kita dua hati

Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi

Menyiksaku dengan rindu
Ohhh Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati

Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…

Tetap cinta selama-lamanya
 Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu

Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh Tiada yang bisa

Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Aku TAK berkenanlaahh..

Aku TAK berkenanlaahh..


Hai,

korang faham ke perkataan berkenan tu ? dia lebih kurang macam minat la. org penang selalu guna perkataan tu. hehe

Aku tak berkenan lah dengan orang yang suka bawak mulut ni **bahasa kiasan.
nanti korang cakap , semua orang kena bawa mulut, mana leh tinggal. hahaha

sebab aku serik, bila orang member  sendiri tak percaya apa yang kita cakap. erm. dengan alasan, kita tk leh percaya ckp orag yang smpai kan kt kita dengan ayat " dia kata.. "

masa aku dgar tu, berdesing telinga aku. perghh. padahal aku bgtau benda yang betul. boleh lak dia cakap macam tu.kalau dia tk pa lak kan.

back to the topic. hehe

orang yang suka bawa mulut ni, kadang2 risiko nya umpama menyebarkan fitnah lak kalau tk betul. kalau boleh , kita kena lah elak-elak dari bawa mulut dengan benda2 yg tak elok.

silap haribulan, orang benci dengan kita.

kalau orang bawa mulut pasal aku, lagi la aku hot. tak yah menyibuk pasal orang laa..

adoi.. entri ni dah jadi macam entri luah perasaan dah kan. better aku stop. kang aura negative menyerap kat korang, and korang bertambah stress ngan aku lak.. hehe.

chow.

sekian .
senyum :)
Orang Melayu akan BANGSAT jika...

Orang Melayu akan BANGSAT jika...

Assalamualaikum,

Hari ni, cuaca agak mendung dan hujan .

Orang melayu akan bangsat jika Umno Hilang Kuasa - DS NAJIB.

entri yang di post di Astro Awani yang mengejutkan aku. pada mulanya aku ingat ,provokasi media, tapi betul2 kenyataan dari DS Najib.

Mungkin pada hemat aku, statement yang keluar ini bukan dari PERDANA MENTERI , aku anggap ia merupakan ucapan Presiden UMNO semata. sebab mana mungkin pemimpin negara dgn begitu mudah mengatakan sedemikian pada rakyat jelata.

Dulu masa kecil , Perkataan BANGSAT  merupakan perkataan paling negativ dan tidak sesuai untuk tontonan umum. tapi kini ia sudah biasa.

pendapat aku, rasanye lebih elok menggunakan perkataan lain memandangkan bukan semua MELAYU sokong UMNO . jadinya akan menyebabkan lebih perpecahan dalam masyarakat. Rakyat boleh menjadikan perkataan tersebut sebgai bukti utk menuduh masyarakat lain yang tidak bersama mereka.

Mungkin satu lapis kepercayaan rakyat kepada beliau akan hilang bersama, lapisan lain sejak beberapa isu yang berlegar dalam negara baru- baru ini.

untuk rujukan : http://www.astroawani.com/berita-politik/orang-melayu-akan-bangsat-jika-umno-hilang-kuasa-najib-70928#.VdlmhaIOiFA.twitter

walaupun nak cakap utk mempertahankan UMNO, ingt lah, semangat tinggi mana pun, orang tak pandang .

sekadar luahan hati.

sekian.

AKU BUKAN BANGSAT
Proton Saga Plus Lebih  Menarik !

Proton Saga Plus Lebih Menarik !



Hai,

Proton Saga Plus yang baru di lancarkan baru-baru ini menampak kelainan pada modul kenderaan tersebut.

Penambahan itu memberi sedikit perbezaan selepas dilengkapi rim aloi bersaiz 14 inci, kit badan penuh, spoiler, hiasan belakang yang sama warna kerangka dan tanda gred ‘Plus’ - Harian Metro


Proton Saga Plus dijual daripada harga serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit, dan boleh dilihat di semua bilik pameran PROTON sejak 15 Ogos lalu.  - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/72508#foto 

menarik kan kereta proton saga ni ! kereta kebanggan rakyat malaysia satu ketika dahulu dengan jenama sendiri . terimbau lak zaman dulu-dulu . hehe

sekian. sumber Harian Metro
Tutorial : Cara Untuk Melihat Viewers Blog !

Tutorial : Cara Untuk Melihat Viewers Blog !

Hai,

Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana kita nak tau viewer blog kita ni naik ke turun .

alang-alang menjawab soalan pembaca blog aku ni, nama dia aisya. hehe


maka , aku buat satu entri Tutorial ini ,nanti senang korang nak rujuk kan.
Sebenarnya, dah lama aku tak upkan entri Tutorial ni. hehe

 Aku bagi 3 cara dekat korang .


utk site ni, mudah sahaja, korang hanya perlu tengok di setiap entri korang di bahagian kanan .

klik klau nak tgk lebih jelas.
FREE je


yang kedua ni, senang jugak. korang just log in dan masukkan blog korang , kemudian korang boleh tgk viewer blog korang dari sit. keistimewaan nuffnang adalah, korang boleh jana duit dari situ, tapi kena ada viewers yang power2 la. maksud aku, yang bnyak.


FREE je


dan yang paling aku suka guna adalah yang ke-3 ni. 
macam biasa, log in dan kemudian korang letak code dia dkt blog. nanti dia detect dankorang boleh tgk dari situ.

FREE je


tapi korang kena ingat, ketiga-tiga cara ni ada pro and cons dia. cuma aku tk cerita la kat sini. cuma aku suggest buat yang histat tu. kurang sikit dari kena TIPU. hahaha

Lagi satu , korang boleh tgk berapa org yang tgh online kat blog korang :3

semoga bermanfaat untuk korang.

terima kasih 



KELAB BLOGGER BEN ASHAARI dalam BERNAMA !

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI dalam BERNAMA !


Hai !

wow, Kelab Blogger Benashaari masuk web bernama la !

sebab apa ?

sebab BLOGGER'S DAY OUT bersama ZOO Negara !

sumber fb : Ben Ashaari

hari ni aku scroll insta pun penuh dgn gambar zoo sahaja. hehe ruginya tak dpat join.
sebab dok jauh. anyway gembira tgk Geng KBBA kat sana happy .

dengaq kata jumpa panda ? betul ke ?

huhuhu
Team Blogger Malaysia !

Team Blogger Malaysia !


Hai,

aku nak jemput semua blogger yang baca entri ni untuk join group fb : Team Blogger Malaysia.

tujuan group ni, untuk beri peluang kepada blogger untuk kongsikan link blog masing-masing dan juga kongsi ilmu blogger ni dekat group tu.

group ni masih baru, jadinya korang yang akan memeriahkan group tu.

jom kita berkawan di fb ^_^


Astro Bagi Channel FREE !

Astro Bagi Channel FREE !


Hai,

untuk pengetahuan pengguna Astro sekalian, korang boleh tgk channel2 dkat Astro korang sekarang ni !

sebab semua channel boleh di tonton walaupun kita tak langgan dia pun. maksud aku langgan channel tu la. Astro kena ada, kalau tak macm mana nak tgk.. hehe

Mulai semalam sampai 31 Ogos ini, semua channel dapat di tonton.

dah dapat peluang ni, jom layan Movie. hahaha

Astro hadiahkan 150 saluran percuma selama 10 hari sebagai tanda terima kasih

Sebagai penghargaan pihak Astro kepada pelanggannya, mulai 22 Ogos ingga 31 Ogos 2015, selama 10 hari pelanggan boleh menikmati lebih dari 150 saluran percuma di rangkaian Astro. Ia turut termasuk dengan saluran berunsurkan informasi, hiburan dan sukan serta saluran-saluran berdefinisi tinggi (HD).  - dipetik dari FB ASTRO

Hal ini susulan daripada kemenangan Astro dalam Putra Award baru-baru ini. Tahniah Astro !

**lepas ni kurangkan lah bil kita orang lak yer.. haha
Penang ada team Bola ke ?

Penang ada team Bola ke ?

Hai,

satu ketika, aku pernah di tanya

" Penang ada team bola ke ? " daripada orang2 di pantai timur. Pada aku mungkin dia tak tahu atau tak pernah tgk sejarah bola sepak malaysia kot.

oh lupa, team depa baru dok naik 3 atau 4 tahun ni. patut laa.

sekarang, penang dah masuk kembali ke Liga Super Malaysia, setelah sekian lama mencari team untuk di sokong dalam liga super, sekarang dah ada team kesayangan di liga super. huhu.

bukan nak timbul kan kontroversi , tapi itulah hakikat yang pernah aku dapat. haha

Tahniah Pulau Pinang ! dan seluruh team dan coach serta FAP. yang banyak membantu dan juga kepada fans2 di facebook yang selalu update pasai team penang. dapat gak merasa peritnya duduk di liga FAM, kemudian naik ke liga perdana selama 2 tahun, kemudian kini kembali ke liga super !. tahniah  !

Haria Penang Haria !

Pulau Pinang ke Liga Super 2016 !

Pulau Pinang ke Liga Super 2016 !


Assalamualaikum !

yeaayyy !

semalam merupakan perlawanan terakhir bagi liga perda untuk musim 2015 ini. sungguh mendebarkan bagi penyokong pulau pinang dan t-team kerana, perlawanan kelmarin merupakan penentu hala tuju pasukan pada musim hadapan.

 

dan akhirnya keputusan memihak kepada pulau pinang !. 

Pulau Pinang Menang 2-1 keatas UITM

dan t-team pula tewas 2-0 kepada kuantan Fa.

Tahniah !

misi ke liga super 2016 berjaya !

aku dari penang masuk liga FAM,kemudian liga perdana dan kini, kepuasan kembali apabila masuk ke liga super 2016. seronok tak terhingga. ada kawan2 yang menangis terharu, tapi ini lah bola sepak !

korang team mana ?

KEDAH juara liga perdana musim 2015 . TAHNIAH !

sekian. ^^

Bila Tak Tulis Entri Maka Jadilah ..

Bila Tak Tulis Entri Maka Jadilah ..


Assalamualaikum !

aku ingt hari ini nak off sat dari buat entri. hehe
tapi tgk kepada viewer yang turun mendadak, jadinya aku pun tulis la Entri ni untuk korang.

terharu tak ? hehe

Entri kena selalu update ke ?

jawapannya ya !

sebab kalau kita tak update ,macm mana org nak mai blog kita. unless kalau kau dah popular, mcam Ben ke, Uzu ke kak sue dan lain2 tk pe la.
aku ni ciput lagi. haha

semalam aku tgk Ben ada Post kat fb.

dia kata kalau nak tau traffik blog korang macam mana, korang update entri tapi tk yah share kat media sosial. baru korang tau traffik korang macam mana.

lebih kurang macam tu la ayat aben semalam.

aku try utk hari ni, memang jauh langit dari bumi. hahahaha
buat masa ni aku masih kena share entri2 aku kat media sosial,nanti dah up sikit bru la tk yah. maklum lah masih amatur. hehe .

blog korang macam mana ?

Klik untuk lebih banyak gambar ! 
p.s: jangan lupa like page kataubaid ya ^
Transformer di Pulau Pinang !

Transformer di Pulau Pinang !

Hai,

Ini Kisahnya,

Hari ni, hantar adik aku p Convo dia, kemudian, aku pun ingat nak lepak la sat kat Padang Kota.sambil2 tu boleh la tgk transformer kat padang kota tu.

last-last, pusing punya pusing, parking lak takda. tak leh parking sebarangan, nanti ken clamp naya ja lesap 2 ratus aku. hahaha

aku pusing-pusing macam tu je la, kemudian balik umah, ingat nak amik gambar kat sana, tapi tkda rezeki la. meh aku kongsikan gambar dari google ni utk korang.






harap terhibur. anyway Optimus Prime Besar gila tadi aku tgk .. hehe
Gambar : Baby Panda Yang baru Lahir (Liang Liang)

Gambar : Baby Panda Yang baru Lahir (Liang Liang)


Hai, 

semalam panda yang dihadiahkan oleh kerajaan china kepada Malaysia telah melahirkan anak nya.

ni aku sharekan gambar panda tu.

nama dia Liang- Liang ! 

comel kan !




agak2 dia jadi rakyat msia ke china ?
Kataubaid© .