Blog Tempat Luah Perasaan ?

Blog Tempat Luah Perasaan ?


Assalamualaikum ,

haa chaackk ! * sorry buang tabiat jap. hoho

baru-baru ni aku sempat diskusi ngan kawan2 aku mengenai blog .

mostly kata blog ni tempat luah perasaan .

aku setuju untuk certain benda tp bukan semua la ya. 

sebab medium blog ni sebenarnya membuatkan anda berfikir jauh.

kadang-kadang kita ni senang je bercakap, tapi mai time menulis hampeh .

bila kita menulis, kita akan menghadkan idea kita untuk skop tertentu sahaja .

contoh, kalau nak tulis pasal makan. maka semuanya akan pasal makan je. susah nak ambik atau cedok idea lain .

tapi kalau bercakap, bukan setakat itu je. cite semalam dua hari sebelum pun boleh kita cerita lagi kan. hehe

so, sebagai kesimpulan , blog ni bukan untuk tempat luah perasaan . tapi untuk sampaikan ilmu,pengalaman tutorial dakwah dan lain-lain lagi .

kalau aku nak bagi contoh2 blog untuk setiap ciri2 yang aku tulis tu pun boleh . sbb banyak blog yg ada pengkhususan sebegitu .

terpulang kepada penulis blog itu nak tulis apa dan dia nak jadikan blog dia tu sebagai blog yg mengkhususkan ke arah bidang apa .

" when u start to write,it will always be yours " kata ubaid . *entah betul ke idok grammarnya.. haha

bila kita dah mula menulis, hak penulisan itu semua adalah terpundak kepada kita yak ni penulis :D

semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua .
selamat berblogging :3
sekian .
Graphic Designer  ??

Graphic Designer ??


Assalamualaikum .

Graphic Designer adalah pereka graphic . yang mana mereka ini membuat graphic2 baru atau dalam kata lain buat poster baru atas permintaan pelanggan atau pun minat diri sendiri .

haaa, awat aku tulis lagu tu ?

hahaha

bukan apa,kadang-kadang aku rasa cam best gak masuk ke bidang designers ni, sebab bidang yang luas dan hanya orang yg minat je boleh survive dalam ni .

kena perah otak  sehari dua hari semata-mata nak buat design yang tebaik .

banyak tools dalam psd( photoshop ) atau AI( ilustrator ) membuatkan seorang designer tu tak puas nak explore lebih ketika membuat design dia.

aku pun masih belajar,tapi ketagihannya itu membuatkan kita lupa siapa kita. hehe

habiskan masa yg bnyak untuk satu2 design.

hakikatnya kena hadkan juga masa itu,kerana aku masih belajar .

jadikan ia sebagai hobi sampingan menguatkan lagi minat yang terpendam.

kalau nk suh buat design ke , apa ke boleh la pm. huhu. *prmote lak =="

fokus dalam semua gerak kerja kita, moga lancar segala pergerakkan :)



Pi Pasar ka Pi Market ?

Pi Pasar ka Pi Market ?


Assalamualaikum . 

Pasar dan Market adalah perkara yang sama . kerana ia adalah translate kepada perkataan tersebut.

tapi lain pulak untuk orang  utagha / utara . hehe

kami tak cakap kami nak p pasar .

tapi kami cakap kami nak pi Market.

hahaha

kalau org luaq cakap kami nak pi pasar dkt area2 utara ni. tau dah yg dia bukan org situ.. hehe

sebut pasal pasar ,

tadi sempat pi market dkt area mansurah ni . beli ayam sket. dri pemerhatian .

harga ayam meningkat mendadak jugak la kalau nak compare dgn harga tahun lepas.

untuk rubu' atau 1/4 tu hrganya dlu 14 geneh je. skarang dah 19 geneh.

melihat suasana market kat sini tk pernah berubah. seperti biasa . biingit dan bising. hahaha

sekian melapurkan .

rindu lakk.. hehe
Ilmu itu Cahaya  !

Ilmu itu Cahaya !


Assalamualaikum ,

okay , kali ni aku nak cerita satu kisah yang berlaku pada imam asy-syafie .

dia mengadu kat gurunya bernama imam waqi'

" Aku Mengadu pada guruku, imam waqi' mengenai buruknya hafalan aku , Guru aku menyuruh ku meninggalkan ma'siat . Kerana ilmu itu cahaya, cahaya tak kan masuk dengan benda2 ma'siat "

subhanaallah , itu level imam syafie. kita ni macam mana la agaknya kan . aku cakap kat aku sebenarnya .

al maklumlaa , kita ni student. banyak yg kena dok ingt kan. banyak yg kena hafal. jadinya salah satu sebab kita susah nak ingt adalah sebab maksiat yang kita buat .

lagi satu, sebab kita malas nak hafal. hehe

tak prepare nak hafal apa. haa sbb tu otak tk leh proses. itu aku laah.. haha

membebel lak aku. 

okay siap pasal bebelan aku . haha

tadi aku p gunting rambut , adel si tukang rambut tu dia sebut perkata " kawe " " nok" " klik " "drumoh " .

aku cuba intreprate apa lah pak arab ni dok cakap . rupanya2 dia cakap loghat kelate. patut laa aku rasa cam familiar ja. haha

dia ckap nak kawin dengan orang kelantan atau terengganu . 

aku yg menanti giliran nak potong rambut, hanya tergelak je dgan pak arab yg reti cakap bahasa melayu ni .

meh nanti aku ajaq loghat utagha laak kat haang... naak.. haha 

kelebihan dia belajar bahasa. boleh berbahasa melayu turki arab dan beberapa lagi bahasa. jeles menjelma. itulah kehebatannya.. hehe

aku pun belajar bahasa arab ngan dia la. senang sket.. bila nak tanya vocab arab kan.

itulah cerita hari ni. tak bnyak benda aku buat.tp bila duduk dan fikir balik. ia bermakna. cuba korang buat gak cm tu. syukur ALLAH panjangkan usia :D

okay la..nak study sket and then tidoq. selamat malam :)

sekian.

Kisah Seorang Pak Cik Di Malam Satu Rejab !

Kisah Seorang Pak Cik Di Malam Satu Rejab !


Assalamualaikum ! . salam 1 rejab !

hari ini aku nak cita sket peristiwa yg berlaku semalam . di malam satu rejab, Allah Hantar seorang pak cik untuk mengetuk pintu hati ini.

Latar Tempat : kawasan kuliah adab .

dua orang sahabat tgh berbual tiba-tiba di datangi oleh seorang pak cik arab . sambil memulakan taaruf antara mereka . Pak cik Arab itu bernama Umar . Pakcik ni dah pencen dari cikgu bahasa inggeris di sebuah sekolah berdekatan .

PERISTIWA DI BULAN REJAB

Kelihatan Pak cik Umar begitu peramah dengan dua orang sahabat ituu. lantas salah seorang bertanyakan kpada pak cik tu mengenai pekerjaan dia sekarang dan sebagainya. setelah itu, dia mengeluarkan sekeping kertas putih bertulisan arab .

" Bacalah .. " pinta pak cik umar . salah seorang membacanya dgn kuat agar didengari pakcik umar. dia kelihatan gembira bila mereka boleh membacanya . rupanya yang terpahat pada kertas A4 putih itu adalah doa bulan rejab .

" Ya Allah, berkatilah aku dengan bulan rejab dan sya'ban dan sampaikanlah aku ke bulan ramadhan " terjemahan doa tersebut " kamu balik, kamu tampal di pintu rumah. bila orang baca kamu dapat pahala " ujar pak cik .

 2 sahabat pun mengangguk tanda setuju. kemudian pak cik umar pun beredar . tinggallah dua sahabat berdiri di tepi jalan sambil melihat pakcik umar beredar .

kesimpulannya : bila kita yakin sesuatu benda itu bermanfaat untuk kita. pasti kita akan buat, walaupun susah atau senang . begitu jugak dgn pak cik umar,kerana dia yakin dia akan dpt pahala..sanggup dia jalan di malam hari di usia 65 tahun untuk memberi kertas yg berisi doa itu kepada orang ramai .

sekian .

p/s : beberapa hari lagi menuju ramadhan :)


Orang yang tak puas Hati !

Orang yang tak puas Hati !


Assalamualaikum !

how are u ? *speaking omputih skeett .. hahaha

setelah internet nazak kemudian mati kemudian hidup balik, akhirnya ku kembali ber aksi .

merindui masa-masa dlu yg kerap ku update blog ini ^^

okay, tak nak cite panjang jdiny kita cite pendek je. hahaha

dalam hidup kita ni mesti kita akan jumpa orang-orang yang tak suka kat kita. betul tak ?

kadang nak handle orang-orang macam ni susah weehh..

kena ikut cakap dia. call tak angkat bagai .

teringt aku satu ungkapan. 

"merajuk itu biasa, pujuk orang merajuk itu buang masa "

haha. so,pujuk sekali je..lepas tu buat derrkk je.. lantak hang laa..

tapi bila kita caring, mesti kta nak cari jalan penyelesaian untuk dia kan . thankz !

tanamkan sifat cam tu dalam diri kita .

baru ni, aku sembang ngan kawan-kawan . depa ni kalau sembang, tak ingt dunia .

sembang pasal cuti , al-maklum la lagi sebulan lebih je lagi dok kat mesir ni en. 

soalan yang sama je kluaq dari mulut sorang2 .

" hg dah beli ticket ? " 
" hg balik bila ? "

dari senior ke junior, soalan yg sama.. hahaha

tapi yang tak puas hatinya , bila orang yg plan nak balik sekali tiba2 balik awai lagi dari plan .

arggghh.. what the fisshh..

lagi satu,

" eh, aku tak balik msia kot tahun ni "

tgk2 dia laa yang paling awai balik.. ish2.

haha, bukan marah pun . aku just ceritakan situasi dan suasana yg sedang berlaku kt sini.

sesungguhnya kami merindui malaysia. hahaha

itulah yg kami alami kalau musim2 nak cuti ni.. hehe :)

jumpa kat malaysia nanti !! ^_^

sekian

p/s : jom naikkan follower !! ^^ tinggalkan link korang !
CEC DAP : Tolak Hudud !

CEC DAP : Tolak Hudud !


Assalamualaikum !

hari ni aku nak cerita isu semasa sket. tapi tak la semasa sbb dia berlaku di akhir bulan MAC 2015 .

Rentetan Peristiwa Pembentangan Rang Undang-Undang Hudud yang di bawa oleh Pas ke Parlimen tempoh hari .

Hasil dari peristiwa tersebut maka, terlaksana mesyuarat CEC Dap bgi mebincangkan hala tuju parti tersebut sama ada ingin bersama PR atau tidak.

5 Resolusi telah di kemuka kan

Lim Guan Eng (paling kiri) bersama pemimpin kanan DAP lain yang bermesyuarat malam tadi. Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu memutuskan kekal dalam Pakatan Rakyat tetapi menamatkan kerjasama dengan presiden PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 24 Mac, 2015.

 "DAP tidak boleh bekerjasama dengan presiden PAS seperti Hadi yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan PR dalam keadaan terawang-awang.

 "DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan," menurut resolusi mesyuarat itu yang dikeluarkan hari ini.

 Lim mendakwa, Umno menghasut PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan pada 27 Mac 2014, semasa sidang Parlimen, dengan menjanjikan sokongan daripada kerajaan persekutuan. DAP dengan itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan.

  "Beliau juga harus menjelaskan peranan ahli Dewan Undangan Negeri Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud. "Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan Hadi," katanya.

 Lim yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, semua 37 ahli Parlimen DAP akan menolak rang undang-undang persendirian berkaitan hudud itu, yang dijadual dibentangkan Hadi.

- di petik dari malaysianinsidder -
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-tamatkan-kerjasama-dengan-hadi-kekal-dalam-pakatan

p/s : sekadar pencerahan isu je . kita sbgai pemerhati politik kena tahu apa yg berlaku dalam politik tanah air. mahasiswa yg akan mencorakkan masa depan negara nanti .

bagaimana isu HUDUD Pas ?

insyaallah akan di bentngkan di parlimen pada bulan Mei nanti. sama-sama kita doakan yg terbaik untuk islam ^^

Lama tak TULIS !

Lama tak TULIS !


Assalamualaikum !

alhamdulillah , hari ni dapat gak cilok internet kawan. hehe

sebab baru pindah rumah so, internet rumah sendri tak buat lagi. jadinya berhijarah laa saat p umah orang len.

tadi aku buka web2 yang aku suka buka bila online en. rasa cam pelik lakk.

facebook pun aku scroll dengan berhati-hati sambil melihat whatsapp yang masuk.

haha jadi jakun sat baq hang !!

gini rupanya perasaan bila tak online lama. huhu .

blog pun lama tak menjengah , terpaksa puasa sat dari blog. hehe

nak tulis ni pun tersekat-sekat. loading je hehe.

selalu orang cakap, nak tulis tu susah weh. kena ada idea yg mantap dan sebagainya .

bagi aku, cukup lah sekadar korang tahu apa yg korang nak tulis dan apa yang korang nak bagi kat pembaca korang.

ia umpama korang buat satu kad dan kad tu korang nak bagi kat orang yang tersayang . itu lah namanya karya .

ingat ! yang penting Ikhlas tau .

oklah aku nk gi print something ni.. huhu. nanti kita sambung lain .

sekian ..boi boi 

untuk ..
p/s : huhu.. blog aku wehh T.T
Kataubaid© .