Lama tak membebel !

Lama tak membebel !


Assalamualaikum ,

huhu , hari ni terasa nak update a.k.a membebel sket sempena hari jumaat yang berbahagia ini .


al-maklum la, kan aku asyik update cerpen je kan. so, ke aslian entri tu tak capai tahap asli lagi.

hahaha.. ehh, jgn cakap aku ciplak lak cerpen2 yg aku buat tu. aku buat sendiri kot ..sampai hatii ~~

uhuk uhuk uhuk * batuk *

entah kenapa, dah seminggu aku batuk tak berhenti . mungkin perubahan musim. i rasa laa koot..

kali ni getting worse sket. bila rasa cam tekak ni kering je.. bila batuk pun sakit .

yang paling susah adalah ak bercakap . sepatah cakap,2 patah batuk keluar. uhuk2.

doakan aku ya.

perjalanan seminggu ni, aku tk banyak buat kerja baru, sbb tak sihat. so aku dok rumah je. mesir pun sejuk tiba-tiba kerana hujan tempoh hari.

badan aku lak tk leh kena sejuk , t paru2 dia sesak untuk bernafas .

menghadap laptop, fb, blog dan running man je laa.. keje aku ni .

nak study tk bersemangat. tapi aku berusaha jugak kaayy.. huhu

minggu ni paling banyak buat poster. nak tgk poster aku tak ??

 haha, rahsia weekkk..

t tk suprise laa kan.

kemahiran Adobe tu dah menjadi keperluan utk kita belajar, kalau tak rugi weehhh.. huhu.

aku tk tau nak story morry apa lgi. dah la semalam tk tido ni.. 

rasa cam ngantok lakk.. huhu.

aku tidor dulu la yer.. jgn lupa baca alkahfi hari jumaat ni.. huhu

adiooss...

sekian.


Pintu di ketuk !

Pintu di ketuk !

Perjalanan ku bermula hari ini, bila mata terbuka untuk mejalani kehidupan yang berbaki .

" penyakit haikal telah sampai ke tahap yang bahaya , dalam kiraan saya dia mungkin ada dalam 3 bulan je lagi " kata dr. ubai kepada keluarga haikal .

haikal yang ketika itu curi-curi dengar perbualan antara Dr. yang merawatnya dengan keluarga .

doktor tersebut bukan tidak mahu memberitahu haikal, cumanya ia adalah salah satu dari method atau cara yg di pelajari ketika di tahun 2 di universiti ketika dahulu yang mana ia di letakkan di bawah "Breaking Bad News ".

salah satu caranya dengan memberi kefahaman kepada pesakit dahulu sebelum memberi tahu perkara yg sbenar .

Haikal akur .

Dia segara ke bilik air untuk berwuduk untuk solat subuh .

dia merasakan yang dirinya begitu dekat dengan tuhan apabila dia solat. segala masalah yg di hadapinya ,di ceritakan kepada Allah dalam solatnya .

" kal,dah solat ke ? " tegur mak haikal yang bernama zainab .

" sudah mak " kata haikal sambil tersenyum .

fikirannya kembali melayang, beberapa bulan lagi, wajah mereka kedua ibu dan bapanya akan hilang dari pandangannya atau dia yang hilang dari pandangan mereka .

" oh , ALLAH " 

" beratnya dugaan ini " bisik hati haikal .

Mesir sejuk !

Mesir sejuk !


Assalamualaikum !

alhamdulillah summal hamdulillah.

hari ni di uji dengan rasa demam dan bersin dan batuk .

bumi mesir di sirami oleh hujan yang agak berbeza sikit berbanding sebelum2 ini.

mungkin hujan ini sebagai tanda, peralihan musim .


tapi hujan yg agak lebat membuatkan diriku tak tahan . lalu dengan izin ALLAH, aku menerima sakit ini dengan redha.
seminggu pertama kelas, macam2 kena buat. kena bahagikan masa .

hari ini ada perjumpaan dengan kedutaan Malaysia di Mesir di Universiti .

semoga Allah permudahkan usaha kita semua  ya.

nak tulis panjang tapi tak larat. T.T

nak ready tuk solat jumaat lak.. k baai

sekian .
Kisah Kelas Bermula !!

Kisah Kelas Bermula !!


Assalamualaikum .

hello !! apa khbar semua !

hehe, bila kita mula tulis entri, mesti kita tanya pembaca. sihat ke tidak ? tapi pembaca tak jawab pun :'( . jawab eh .

semalam, bermulanya kelas bagi semester seterusnya sebagai pelajar PERUBATAN di bumi Mesir ini.

banyak benda yang masih belum selesai, cumanya masa yang berbaki ini, kita usaha untuk selesai kannya INSYAALLAH.

semalam , aku bangun pagi agak lewat, kul 8.45 pagi dan kelas kul 9 pagi.

adoiii. mula-mula cuak jugak. tapi cepat2 mandi dan siap2 . dan 9.05 sampai kat kelas.

sebab aku nek teksi ke kuliah. hehe. pak cik tu bawa cepat.


antara perbualan aku ngan pak cik itu .

" kelas kul berapa ? "

aku jawab kul 9

" aik, ni dah lewat ni, kamu tertido ke ? "

aku jawab, ya, kebiasaannya saya awal pak cik.

pak cik tu pun cerita la yang dia smalam tak sihat, lepas tu dia tak leh bernafas.

dia kena guna inhaler, untuk membantu pernafasan dia .

aku mengangguk. bila tanya kenapa tak gi hospital ?

dia cakap " tkpe, pakai ubat je "

hehe.

apa yang aku boleh ambil dari kisah ini, susah mana pun kita, jangan putus asa mencari rezeki, kerana ia adalah kurniaan ALLAH. ^_^

semoga allah permudahkan rezeki pak cik tu dan kita semua ^^

HARI ni ada kelas lagi, lecture sejam. ada lagi 1 jam setengah lagi.

jom ! cepat2 siap.. hehe

sekian.
Kerana Cinta,Warkah ini di tulis !

Kerana Cinta,Warkah ini di tulis !


Assalamualaikum ,

dunia Islam di rundung perasaan hiba dan sedih dengan pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin. hatta kami di bumi mesir ini pun terasa kehilangan beliau yang banyak menyumbang jasa dalam perjuangan Islam .

Kerana Cinta, Warkah ini di tulis .

Tidak pernah bersua muka ketika hayat, hanya gambar dan video yg ku tatap .
menguatkan hati mengatakan dia insan mulia .
tatkala manusia mencaci dengan pendiriannya, Beliau masih tetap dgn pendiriannya kerana beliau di pihak yang benar .

hari ini , aku mendapat perkhabaran bahawa TGNA pergi buat selama-lamanya.
mulanya aku tak percaya, hanya spekulasi media semata .
apabila page2 pimpinan PAS mengesahkannya .

Air Mata meluncur laju, oh ALLAH.

mu ambil insan kedua yang mana aku ingin sangat berjumpa dengan mereka .
terkilan ku hanya di sini, doa sahaja mampu ku pohon.
melihat suasana ketika majlis pengebumian beliau ,

aku yakin,pengakhiran yang baik. hatta, smpai terasa malu di depan tuhan ketika berdoa untuk ke ampunan dosa beliau.
hati berbicara, " ubai, beliau takda dosa dah tu,kita ni yang banyak dosa "
sekali lagi air mata meluncur laju.

aku yang bukan asal dari negeri kelantan ini pun berasa sedih,tambah sahabat2 dari negeri kelantan yang membesar dengan TGNA.

ya benar, pemimpin akan silih berganti,tapi kepimpinan akan terus kekal .
pemimpin yg ganti pasti tak sama dgn yg dulu. semoga sahabat2 terus thabat dalam perjuangan !

moga TGNA damai di sana.berehatlah TGNA,perjuangan mu akan di sambung oleh kader2 dakwah yang mu tinggalkan.

sekian.

ubaidullah
14/2/15


Perginya Murabbi Ummah !

Perginya Murabbi Ummah !


Assalamualaikum.

tadi mendapat perkhabaran yang menyedihkan .

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke rahmatullah .


sedihnya ! T.T

murobbi ummah yang menjadi rujukan dari segenap manusia .

menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 malam tadi.

semoga TGNA damai di sana . pastinya dirimu boleh berehat setelah perjuangan yg mu tempuh.

orang caci, orang maki , tapi diri mu tetap diri mu.

inilah yang di namakan istiqamah dalm perjuangan.

kita ni yang akan menyambung rantai perjuangan .

moga thabat semuanya .

T.T

Al-fatihah
Return to Zero !

Return to Zero !


Assalamualaikum !

return to zero ? apa yang ubai merepek ni ?

haha

sebenarnya, aku cakap pasal blog aku ni . mungkin sbb terlalu lama menyepi atau sebab entri2 yang aku buat ni membosankan ke apa ke , orang yg view blog aku kini turun mendadak. berbanding dulu * time aku active .

frust juga plus risau andai blog aku ini terkubur begitu sahaja .

tapi setakat ni, semangat untuk kembali active itu ada cumanya, masa itu tak da.

mungkin kini tiba masanya tuk aku korbankan something untuk dapatkan something . huhu

tapi jangan risau, blog ni akan tetap wujud .

kadang2 tak tau nak buat apa , tapi mungkin pembaikan itu kepada entri yang aku tulis.

mungkin lepas ni tk de istilah poyo yang keluar dari mulut pembaca kot.

hahaha

apa yg aku dok touching ni.. kekeke

seminggu lagi class nak start. kehidupan student bermula. masa bertambah pack dan crowded. semoga ALLAH permudahkan minat kita untuk menulis ini.

plan nak menulis cerpen, tp hanya sempat buat satu part yang belum bersambung. waaa

camna nak sambung ni ?? kena tunggu cuti la pulak.. hehe

dah laa.. malas nak membebel.. hehe.. mesti bosan kan..

any idea please share with me .. ^^

sekian ,

p/s : result dah keluar !!! weee
Tips Blogger : Penulis dan Penulisannya .

Tips Blogger : Penulis dan Penulisannya .


Tips Blogger : Penulis dan Penulisannya | Assalamualaikum , satu ketika kita yang suka menulis ini teruji dalam penulisan kita . kita di uji dengan komentar dan pandangan orang lain. " aku tak suka macam ni " kata seorang pembaca ." aku suka kalau hang tulis mcam ni " kata seorang yang lain . kadang-kadang kita cuba jadi dua orang yg berbeza dalam satu-satu masa .tapi di pengakhirannya, kita tak mampu dan berbalik kembali kepada gaya bahasa yg kita guna kan .susah nak menulis ni .sebab itu seorang penulis yang menulis dari hati , lebih mudah untuk orang lain turut sama menghayati apa yg cuba di bawanya dalam penulisan tersebut .



Tips Blogger : Penulis dan Penulisannya .

contohnya, dalam dunia blogger, kita jumpa pelbagai jenis orang yang mempunyai pelbagai minat dalam pembacaan dan skop penulisan .ada yang suka membaca isu politik, ada juga yg tolak 100 % politik . ada yg suka bab parenting ada yg suka isu semasa semata .kita sebagai blogger dan penulis ini perlu lebih memahami pembaca itu sendiri. pada masa yang sama kita juga tidak perlu menggadaikan matlamat atau prinsip kita semata-mat untuk meraikan orang lain .

kerana apa ?

satu hari kita akan penat utk jadi orang lain. dan akhirnya membuatkan kita putus asa dalam dunia penulisan.untuk aku sendiri ni pon, aku masih merangkak. aku mampu kongsikan secebis dari pandangan aku mengenai penulisan.cuba kita menghargai dan menilai kembali segala penulisan kita agar ia dpt di manfaatkaan dan di mantapkan lagi,

haha.. penat lak aku membebel . 

sekian .

p/s : sapa ada buat segmen ?? nak join !!
Dumyat : Perjalanan Bermula !

Dumyat : Perjalanan Bermula !


Assalamualaikum !

musim-musim cuti macam ni, ramai yang pergi bercuti . termasuk lah kawan2 aku kat bumi mesir ni .

London, Sham el-Sheikh , Hurgada , Alexendria, Turki ,Spain dan macam2 tempat lagi mereka pergi bercuti .

aku dok umah je.. hehe

baru-baru ni berkesempatan untuk ke dumyat , kira-kira 1 jam setengah dari mansoura . Dumyat tempatnya meriah kerana kerangnya . bayangkan sepanjng tepi laut itu di penuhi kerang.


dan yang paling penting , orang arab tak suka sangat makan kerang !

jadi,apa lgi budak melayu la yg gi kutip. kadang2 tu satu guni besar bawak balik rumah . sizenya juga besar berbanding kerang di malaysia. * mungkin kerang arab kot.. hehe .

DUMYAT, EGYPT

setibanya di tepi pantai, hati ni berkata " bau laut la " hati jaadi sebak sat. haha kalau kt penang tu, p ja tepi2 ,mesti jumpa laut . p QUeensbay ,nampak laut. p pulau betong balik pulau pun jumpa laut, belom lagi p batu ferengghi lagi kan .

dok kat mesir di kawasan bandar ni ,kadang2 buatkan aku rasa sesak . dengan kereta dan kenderaan. kadang-kadang perlu keluar juga dari ke sibukan kota utk menghirup Oxygen di tempat2 yang banyak oxygen. hehe

DUMYAT, EGYPT

laut terbentang luas .

" naah , kau tengok laa " bisik hati .

melihat dan mendengar bunyi ombak membadai tepi2 laut menimbulkan satu idea untuk menulis.tajuknya ? nantikan .. huhu

berbalik cerita asal. memerhati kota dumyat yang " first time " aku datang sejak 3 tahun di bumi mesir ni, memberi kenangan dalam diri yang suka dengan laut . entah kenapa,maybe ikut rasa abah aku kot. hehe .

sana kapal , sini kapal. woa ! satu panorama yg lain dgn bandar .

DUMYAT, EGYPT

ambil boat penumpang untuk menyeberang ke bahagian lain di kota dumyat. kemudian pergi  ke pasar dumyat yang menjual makanan2 laut .

ikan, udang,sotong undang lipan ,ikan bolti dan lain2 termasuk sayur-sayuran yg agak segar.

aku lebih kepada melihat sahaja, tak beli apa pun. huhu

ketika masa utk pulang tiba, hati kata " ehh, saat!! tak habis lagi nak tadabbur alam ni " . tapi badan paksa dan tarik hati untuk pulang, kerana komitmen diri di bumi mansoura belum selesai, nanti kita datang semula ,pujuk si badan ke pada hati .

sekian .

p/s : impian selama 3 tahun nak sampai dumyat, akhirnya tercapai. i like ocean ! i like sea !! huhu
Hikmah Sibuk !

Hikmah Sibuk !


Assalamualaikum !!

sibuk - sibuk - sibuk !!

itu je yang bermain di fikiran mahasiswa .

ada yang betul2 sibuk dan ada yg buat-buat sibuk je .

ada setengah yg kadang2 sibuk, kadang2 okay .

aku nak share, hikmah kita sibuk .

1. masa kita akan terisi dengan benda-benda yang berfaedah .
2. dapat pengalaman baru .
3. mencambahkan idea .
4. dapat kenal ramai orang, kalau jenis keje jumpa orang je ^^

sebab, bila kita jadi student ni.

1. kita akan ingt matlamt kita study je . so, sibuk ngan study tak salah. tp jadi lah mahasiswa yang setanding dan hebat. *persatuan dan akademik

2. jangan cari alasan untuk culas dalam bekerja dalam persatuan .

itu je kot antara hikmah yang aku boleh kongsikan. kalau korang ada lagi. meh share ngan aku. :)

sekian 
p/s : next entri adalah perjalan ke Dumyat !! ^^
Cikgu Alam !

Cikgu Alam !


Assalamualaikum .

hari jumaat penghulu sekian hari .

sedangku berjalan , aku terpijak kulit kerang di tepi pantai .

aku lihat langit terbentang luas ,

oh, indahnya alam .

lidah bertutur " subhanaallah "

aku kini di tepi pantai , berjalan seorang diri .

kerang-kerang di tepi pntai menyapa diri .
cuba ku bayangkan andai si kerang mampu menyapa ku .

hahaha " berangan kuat la hg ni ubai "

sebenarnya nak update something hari ni. setelah sekian lama buka laman web blogger tapi tutup balik. sbab tkda idea nk update .

isu-isu baru ini berlegar di kalangan rakyat malaysia iaitu Charlie Hepdo dan Isu rotan anak .

kedua isu2 ini telah di ulas oleh pelbagai pihak termasuk ilmuan2 yg di segani di malaysia .

tak terlepas jugak kepada sheikh2 google dan facebook yang bnyak memberi pandangan peribadi .
\
bagi aku sheikh blogger.. haha

isu ini perlu di hadamkan oleh semua rakyat malaysia .
contoh isu charlie hepdo baru2 ini , yang mana pejabat akhbar ini di serang oleh golongan extrimist yg mngaku islam .

utk pengetahuan semua, charlie hepdo ini di asaskan pada 1970. akhbar ini telah bnyak kali menghina islam . dan mengutuk secara lantang .

sbgai ummat islam yg concern. kita kena tahu sejarah ni, kalau tak kita akan kerugian satu fakta yg berkaitan kita.

" musuh-musuh islam tak pernah berhenti dari mahu menyesatkan kita " ingt ayat ini .

kedua,isu rotan anak :

aku belom berkahwin, jadinya aku tk tau la keperluan utk merotan anak . tapi bagi aku,rotan itu sebenarnya mendidik kta. nak menghukum ibu bapa yang merotan anak, umpama seperti, nak bimbing anak berjalan kaki ,tapi tak bantu pegang tangan dia di peringkat awalnya .

ni hanya pandangan peribadi. kadang2 apa yg negara lain buat, tapi negara kita tk mampu buat .jangan buat ! diorang dah hidup dgn sistem itu selama puluhan tahun. pasti diorang tk kisah.

semoga pimpinan kita buat keputusan terbaik, demi rakyat ! fikir rakyat sebelum buat keputusan. bukan lepas buat keputusan baru fikir.

sekian je..

tadabbur alam, membuatkan jiwa tenang, kerana bukan kita sendirian. ikan di laut juga ada rezekinya .inikan manusia ^^

p/s : asal nak tulis benda lain,tapi benda lain lak keluar.. hehe.. maaf salah silap . 
SeMinggu Yang Memenatkan .

SeMinggu Yang Memenatkan .


Assalamualaikum .

hello !!

apa habaq semua .

alhamdulillah, kita dpt bertemu lagi dalam entri kali ni . lama betui la aku tak update entri nak dekat 4 ke 5 hari gak la kan .

sunyi sepi la blog aku ni .

korang BW kat blog aku ke tak ? huhu

sepanjang minggu ni agak sibuk jugak la, dengan aktiviti2 persatuan di samping dok umah sahaja .


bermula dengan 28 hb,29 dan 31 hb - bazar Muffin 15. Tuk program ni, aku jadi AJK jugak . program yang di anjurkan oleh PMRAM cawangan Mansurah . program food fiesta ini menghimpunkan menu2 dari malaysia yang di buat sendiri oleh pelajar2 di mansurah dan di jual kepada yg lain .

SENARAI menu
menu2nya
banyak jugak menu yang di jual, antaranya nasi kerabu,nasi tomato, bingka karot, char kueh teuw , popia sambal, apam balik dan macam-macam lagi .

ada jugak pengisian yang berlangsung pada 3 hari tersebut . ada slot fiqh perubatan, jalur permikiran dan lain-lain lagi .

ramai juga yg hadir dan support program persatuan induk kami selepas PERUBATAN . semoga jasa baik anda semua di balas baik oleh ALLAH.

pada 28hb juga, aku dapat berita sedih, apabila pakcik aku meninggal dunia . time tu aku tak tau nak cakap apa.. just go with flow. sbb esok tu dah start program. tak kan aku nak tarik diri. kesian kat AJK2 lain yg dah bertungkus lumus menyiapkan bazar dan program ni kan.

aku hanya mampu berdoa dari jauh. semoga roh pak cik aku di tempatkn dalam keadaan yg baik dan bersama orang2 yg beriman . al-fatihah .

macam-macam lagi aku nak cerita ngan korang ni, tapi kita jumpa kat next entri ya. kalau himpun semua, t orang tak baca lak en .. huhu

doakan aku.

sekian .
Kataubaid© .