Blogger lebih suka ...

Blogger lebih suka ...

Assalamualaikum ,

pa khabar semua ??

alhamdulillah semua sihat2 jer kan.

hari ini ,aku just nak tny kawan2 blogger aku ni kaan.

sekarang ni, korang lebih suka

1. join segmen bloglist

2. join segmen giveaway 

yang mana satu pilihan korang ??

kalau aku tgk setakat ini laa kan.

banyak yg lebih suka join giveaway dari bloglist.

ke korang lain skit dari aku.

ke korang tak join mana2. hehe

haha.. nak buat survey ngan korang ni.

mana nak tau ,kot2 t balik msia aku buat giveaway lak kerr..opppss..

hahaha

lagi satu kan nak masuk bulan june dah ni.

ruangan bloglist aku pun dah kosong sgt tu..

sedih laak aku tgk..ermm..

hahaha ini semua poyooo !!

bajet sedih lak ubai nii..

kikikiki

korang komen k. anyway aku lgi 4 hari nak exam. sempat lg update blog ni..kahkahkahkah.

nampk sgt tak study kan..doakan aku k ^^

sekian, wssalam


Aiman - Cinta Terakhir

Aiman - Cinta Terakhir


Assalamualaikum .

pa kabo semua ??

hahaha.

rasa cam lama lak tak update kan..entah laa tak da idea lak nak update apa2.

exam lagi 7 hari.. errmm cuak gak nii..

doakan aku k ^^

jemput layan lagu ni

lagu ni aku terjumpa setelah sekian lama aku tak dgar.

ada kisah di sebalik lagu ni

hayati lirik dia naa 



sekian.

p/s : komen jap, sama ada boleh tgk video ni terus dari blog aku ke tidak k ^^
sbb ada kata tak leh tgk .tq
Termakan DNA BABI, perlu samak atau tidak ?

Termakan DNA BABI, perlu samak atau tidak ?

Assalamualaikum ,

beberapa hari ini ,di media2 sosial melaporkan mengenai coklat Cadbury mengandungi DNA BABI.

JAKIM telah mngeluarkan kenyataan  mengesahkan perkara tersebut .

jadinya.. yang dah termakan ni mcm mana ?

Babi itu haram ! so, kena samak.

nak kena samak mulut kita ke ni ??

errmm..

jom tgk ulasan Ustaz Azhar Idrus mengenai perkara ini ^^ selamat menonton !!




sekian  .

jemput like page di sebelah kanan ini.. ^^
Piala Thomas : Malaysia gagal bawa pulang Piala

Piala Thomas : Malaysia gagal bawa pulang Piala

Assalamualaikum .

tamat sudah perlawanan yang mendebarkan antara Malaysia dan Jepun .

Jepun memnangi piala thomas buat kali pertama kali ini setelah menewaskan Malaysia 3-2 .


Apa2 pun tahniah team malaysia, next piala thomas kot2 boleh bawa balik lgi kaan.. huhu

dupdapdupdap je tgk match hari ni..huhu..

kemenangan msia di peroleh menerusi Dato Lee Chong Wei dan regu kita iaitu Goh V Shem/ Tan wee Kiong .

sekian,

p/s : aku suka style hoon thein how men.. perrghh..memang tak leh nak lari laa dia punya smassh tuu.. haha

korang jawab la sendiri..hahaha

Waktu Mustajab untuk Berdoa pada Hari Jumaat .

Waktu Mustajab untuk Berdoa pada Hari Jumaat .

Assalamualaikum .

penghulu hari telah kembali menemui kita ,

syukur dan sujudlah sbb usia kita masih di panjngkan .

kenapa usia kita masih panjng ? sbb utk beri peluang kpd kita utk bertaubat dan mohon ampun pada ALLAH.

perbanyakkan selawat juga ye sempena hari jumaat ni.

korang nak tahu tak ? ada waktu tertentu pada hari jumaat yang mustajab doa kita klau kita berdoa !

nak tau tak bila ??

huhu.. ada banyak pendpat , antaranya kata lepas asar .

tapi sebagai hamba, tak salah kita sentiasa berdoa .

doa pula tak semestinya panjang2 .

ada ustaz ajar , lazimkan lidah kita menyebut "allhumaghfirlli " yang bermaksud " ya ALLAH,ampunkan aku "

lazimkan doa itu pun sudah cukup,klau nak doa lain2 pun boleh jer.

supaya kita tak malas berdoa,kita mula dgn yang sikit dlu dan simple je.

korang nak apa lgi selain dari keampunan dri ALLAH. itu pun dah cukup besar buat kita sebagai hamba ni kan .

ok.lah semoga peringatan ini memberi manfaat utk kita semua.

sekian, salam jumaat ^^
Panda Gergasi China Selamat Tiba !!

Panda Gergasi China Selamat Tiba !!

Assalamualaikum !!

Panda datang Malaysia !!!

Feng yi dan Fu wa yang di lahirkan pada 23 Ogos 2003 yang lalu telah selamat tiba di Malaysia hari ini .

Kedua-dua panda ini di kuarantinkan di zoo negara selama sebulan dan dapat di tonton pada jun nanti .

xcited juga nak tgk panda ni.. hehe

jom tgk gambar dlu k ^^

gmbar Feng yi !! ^^ sumber Bhonline
Sebenarnya panda ini di hadiahkan oleh kerajaan China sebagai tanda persahabatan antara dua negara ,Malaysia dan China . Sempena 40 tahun persahabatan antara China- Malaysia .

semoga hubungan ini terus erat dan kukuh . tapi utk 10 tahun jerr :(

Sekian.

p/s : aku still tak puas hati kos yg ditanggung utk panda ni ..ermm.. tapi panda ni comel ^^ jom like page ni -->KLIK SINI
Tunku Bendahara Kedah Mangkat !

Tunku Bendahara Kedah Mangkat !


Al-Fatihah

Berita kemangkatan Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah

di khabarkan beliau mangkat atas sebab sakit jantung .

Semoga ruh Arwah di rahmati dan di berkati dan di tempatkan dalam golongan org2 yang beriman .

bEnDera di kibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas kematian beliau .

One Tea for Me, One Tea for wall

One Tea for Me, One Tea for wall

Assalamualaikum .

hari ini aku tgk satu video yang menyentuh hati aku .

kisahnya adalah seorang lelaki yang order teh utk dua orang . tapi dia sorang je .

" satu tea utk aku , satu lagi utk dinding " dialog laki  itu .

aku  yg tgk pun rsa pelik .. apsal dia ckap cm tu ?

dinding pun minum teh juga ke ??

rupanya. satu teh utk dinding tu

adalah utk seorang pak cik tua yang mai minum teh di kedai tersebut .

pak cik tu dpt minum teh free atas sebab pemuda tdi bayar kan utk dia .

subhanaallah..baik dan indahnya akhlakk pemuda itu.

nak tgk video tu ??

[ KLIK SINI ]


Mesir Cepat Satu Jam ?

Mesir Cepat Satu Jam ?


Assalamualaikum !!

kenapa cepat satu jam ??

day light saving katanya ..

contohnya

skrng spatutnya kul 4.43 ptg

tapi di sebabkan day Light saving ni dia jadi 5.43 ptg.

haa..kan cepat satu jam.

mula2 tu susah gak nak adapt benda tu.

tapi skung dah ok.

day light saving time nak exam..huhu..

takot t time exam laa..haaihh..

dtg lewat lak nnt..nauzubillah..

doakan aku nak exam ^^
[ Cerpen ] : Mee Kuah buat Cikgu !

[ Cerpen ] : Mee Kuah buat Cikgu !

" Faiz !! masuk kelas cepat !! waktu rehat dah habis ni !! " jerit cikgu fauziah kepada seorang anak murib beliau yang masih mengatur langkah ke bilik kelas selepas waktu rehat tamat .

aku sekadar memerhati gelagat pelajar dengan guru mereka .

betul, celoteh anak2 murid itu kadang2 membuatkan cikgu2 tersenyum sendiri.

" memang la budak2 ni nakai, sbb tu nama dia budak2 , kalau kita yang tua ni pun dok nakai2 gak, tak kan nak panggil budak2 gak..gelaran org tua tu tetap dpt. sebab kena dgn usia. org tua lebih sinonim dgn kematangan, tak buat kerja sia- sia. itulah dewasa yang di bezakan dgn budak2 " peringtan guru besar kepada cikgu-cikgu dan staf sekolah .

sepanjang aku mengambil tender utk menyediakan makanan kepada budak2 sekolah rendah, aku tak terlepas dari melihat perubahan yang berlaku pada anak bangsa aku .

masa darjah satu, mereka menggalas beg dan datang bersama bonda dan ayahanda masing2 ke sekolah .

ada yang beg lagi besar dari tuannya . bekas makanan yang colourful dan mcam2 lagi karenah mereka ini . ada yang menangis ketika hari pertama sekolah .

tapi di pertangahan dan penghujungnya mereka membina keyakinan diri dan kematangan dalam pergaulan dan pergerakan mereka.

" pak ciiiiik !!! " sapa Sabrina, antara pelajar darjah 5 yang baik dan menghormati orang tua .

" oiii " terkejut aku bila di sergah mcam tu .

sabrina menahan gelak,tapi tak tertahan.. melihat dia gelak sambil cuba utk menutup mulutnya agar tidak kelihatan gigi hadapannya yang tiada itu .

aku tersenyum sambil teringt akan apa yang aku fikirkan sebentar tadi .

" ye, sabrina . ada apa ni ? bukan waktu rehat sudah habis ke ? "

" memanglaa pak cik, tapi sabrina nak minta tolong pak cik ni boleh ke ? " kata sabrina .

" apa dia ? " aku mengerut dahi tanda kurang jelas mengenai apa yg cuba dia smpaikan tu .

" macam ini pak cik , esok hari guru . jadinya, sabrina nak pak cik masakkan makanan mee kuah special tuk cikgu sabrina , boleh ke ? "

ALLAH, baiknya hati budak ini . aku terfikir untunglah seorang ibu dan ayah mempunyai anak sperti ini.

aku mngangguk tanda setuju sambil tersenyum .

keesokan hari nya ,

aku menyediakan mee kuah yang special sperti di minta .

aku menanti kedatangan sabrina , tapi hairan..tidak berkunjung tiba

hampir2 sahaja sekolah smpai ke penghujung waktu . masih tidak kelihatan .

aku risau dengan  sabrina ini..kalau dia lupa, tak mengapa . tapi kalau ada apa2 yang berlaku padanya.

hanya doa sahaja yang mampu ku dahulukan.

selang beberapa minit , ku lihat sabrina dari jauh . tersenyum lebar wajah budak ini .

" pak ciiikk !! sihat ke hari ini ??  "

" alhamdulillah , pak cik sihat naak "

" dah siap ke mee kuah special tu ? " tersenyum sabrina .

" dah siap dah sabrina,tunggu kamu je ni " celoteh aku pula .

sabrina mengajak aku utk duduk di meja yang tersedia mee kuah itu .

aku hairan

" kenapa ni nak ? " soal aku .

katanya

"selamat hari guru, pak cik !!" kata sabrina sambil tersenyum .

aku hairan

"kalau  pak cik nak tahu, pak cik juga merupakan cikgu saya di sini , masa mula2 saya darjah satu , pak cik ajar saya mcam mana nak jaga kebersihan tempat ini, pak cik ajar saya macam mana nak beratur dan bnyak lagi pak cik ajar saya dan kami semua " sambung sabrina .

aku yang tak semena2 terasa sebak lalu menitiskan air mata. di usia aku 45 tahun, masih terdapat insan2 kecil yang berhati mulia menghargai aku. walaupun aku hanya pekerja di kantin sekolah .

p/s : definisi guru itu sendiri luas , hargailah siapa sahaja yang pernah mengajar kita samada melalui pendidikan formal atau in formal . Selamat Hari Guru !!

Selamat Hari guru buat cikgu2 aku kesemuanya dari aku lahir hingga dah 21 tahun dah tahun ni.. seperti yang aku ckp la,klau nak di kira bilngan cikgu kita ni..mesti banyak gila..kadang2 tu org yang kita jumpa tepi jalan je..yang ajar kita secara informal itu pun merupakan cikgu kita.

terima kasih semua !! terima kasih cikgu
Kejar Traffic Blog ??

Kejar Traffic Blog ??

Assalamualaikum !!

aku terbaca satu komen kat fb .

rajin update blog sebab nak kejar traffic kat blog ??

haha aku baca pun rasa nak tergelak..

bukan apa,kadang2 sbb nak kjar traffic blog laa kita menulis.

menjdi satu kemestian utk update supaya apa ??

yelaa kalau tak bersarang laa blog aku ni kang..

aku rasa korang pun sama kaan !!!

hehehe..

salah satu sebab entri kita kadang2 kurang ber info adalah sebab nak dapatkan traffic blog tu sendiri..

dia umpama satu medium utk bercakap di alam maya kan .

sambil menyelam minum air .. cam tak da kena mengena jerr ?? hehe

tips tuk newbies !!

rajin2 update blog utk tambah traffic korang k !! klau dlu aku buat 3 entri satu hri tp tu time cuti laa..tpi bila ada kelas sebgainya..tgk keutamaan tu kat bahagian mana k ^^

selamat mencuba !!


sekian .

p/s : jom klik  --> Tips dari Lisa Surihani !!
Ahmad Said Buat U-turn !!

Ahmad Said Buat U-turn !!

Assalamualaikum ,

hari ni politik negara di kejutkan dengan keputusan yang di ambil oleh  Dato Ahmad Said , mantan MB Terengganu .

Beliau yang pada mulanya meletak jawatan sbgai MB terengganu.

 kemudian mengumumkan keluar dari parti UMNO atas kekecewaan beliau terhadap apa yang berlaku kepadanya .

tapi hari ini Ahmad Said, mengambil pusingan U apabila mengumumkan yang dia masuk semula bersama UMNO .

beliau juga kesal atas kemelut yang berlaku .

perkara ini di sebut oleh setiausaha umno negeri pada sidang media .




p/s : teringan nak jadi CEO ?? KLIK SINI
DS Anwar Ibrahim Kemalangan !!

DS Anwar Ibrahim Kemalangan !!


Assalamualaikum ,

di khabarkan DS anwar ibrahim mengalami kemalangan di Hartamas .

kecederaan di alami di bahu beliau.

berikut gambar dari fb galeri anwar ibrahim KLIK SINI



Beliau kini di benarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan . Semoga DS dan isteri selamat dan sejahtera dan terus bersemngt dlm perjuangan !!

sekian .

p/s : pemimpin hebat yang aku respect pengorbanannya !!
Ahmad Said kecewa ??

Ahmad Said kecewa ??

assalamualaikum !!

isu politik terengganu terumbang ambing kini .

jom kita dgar luahan kekecewaan dari bekas menteri besar terengganu .



http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/kekecewaan-ahmad-said-31489

P/S : jom tgk makanan2 Malaysia KLIK SINI

Lisa Surihani mengajar ?? mngajar apa ?? KLIK SINI
Menteri Besar Terengganu yang Baru !!

Menteri Besar Terengganu yang Baru !!



Assalamualaikum !!

tergempar lak rsanya aku ni..

aku ingt main2 je .

yang Dato Ahmad said letak jawatan sebagai menteri besar terengganu , rupa2nya betul .

dan di gantikan oleh Dato Ahmad Razif Abdul Rahman .

semoga pemimpin yang baru ini dpat menjalankan tugas yang di beri dan membawa kemakuran utk negeri Terengganu .
sumber Berita Harian
sekian ,

p/s : cepat masa berlalu..cepat pulak penggantinya naik ^^

Makanan Malaysia (klik sini )
Kot Putih  Sebuah Novel

Kot Putih Sebuah Novel

Assalamualaikum ,

hari ini aku nak post pasal sebuah novel yang aku tgh baca .

ehh ubai !!! ko tgh study week laa !!! apsal tak study !!

hehe ni selingan je laa =="

ok berbalik kepada novel tu ,

" Kot Putih " sebuah novel .

ini novelnya !!

sebenarnya aku tak habis baca lagi . dapat aku simpulkan dari petnyaan kepada kawan2

dia mengisarkan sebuah cerita mengenai perjalan hidup pelajar2 perubatan .

tmbahan pula novel ini di tulis oleh mahasiswa/wi sains kesihatan malaysia di jordan !!

huhu * teringin nak buat kat mansoura !!

so, basicly dia about medical student .

mcm mana diorang hadapi exam .

deal dengan doktor , patients lagi.

dan aku yakin mesti ada krisis di tgh2 cerita.

kita tunggu nanti !! bila aku dah habis baca..aku bgi update balik..huhu

ok..lah nak sambung baca ^^

sekian.
Tiket dah beli !!

Tiket dah beli !!

Assalamualaikum ,

alhamdulillah !!

tiket flight dah di issue !!

akan pulang ke msia pada bulan july nanti !!!

punya survey laa..bapaak banyak syarikat..last2 pilih etihad lak kali ni.

tahun lepas nek qatar , tahun ni nek etihad lak..

ingt nak nek turki airlines..tapi cm mahal laa..

kalau tidak  !!!

istanbul aku datang laa jawabnyaa..kikikikiki

doakan aku final exam ni , berjaya dengan jayanya !! semoga di tambhkan rezeki juga buat kami sekeluarga k !!

jumba lagi !!!! *slank arab .. huhu

sekian
Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Photoshop Beginner !!

Photoshop Beginner !!

Assalamualaikum .

hari sabtu, 10 May .

hehe..tak da keje aku tulis benda tu..huhu

photoshop atau nama manjanya adalah adobe

merupakan salah satu medium untk kita membuat design poster dan editing untuk photo .

sebenarnya bnyak juga la boleh buat tapi yg utamanya adalah yg di sebut di atas.

aku pun baru je menjinakkan diri dalam photoshop ni.

mula2 ?

susah sioott..

lama2 ??

best la pulak..

itu lumrah manusia. yang awal itu susah,

yang selepas itu senang je..

kalau korang nak belajar ada dua cara .

1. dengan orang yang dah pro
2. dengan tutorial oleh pak cik google *mcm nak edit blog gitu .

dlu masa tingkatan 2 dlu..aku belajar dah pasal photoshop ni..tp keperluan utk aku trus bersamanya itu tak da..so , aku lupa dah smua benda tu..hehe

tapi satu benda yg perlu adalah MINAT !! yup, aku memang minat gila bab2 edit2 ni..

semoga kita guna kan apa yang kita minat ini utk menegakkan islam dan mmbantu kemenangan islam ^^.

sekian ,


p/s : nak exam dah !! lagi 2 bulan balik msia !!!
:: Pelangi Kita ::

:: Pelangi Kita ::

Assalamualaikum !!

korang, sihat ke tu .

hari ni aku nak tulis mengenai pelangi lak .

pelangi ?? kenapa pelangi ? apa itu pelangi ??

ini pelangi

ini lak pelangi cinta.. hehe
aku tertarik dengan analogi yang dibawa oleh sahabat2 di sini.

yang mana pelngi itu banyak warna dan berbeza-beza warnanya tapi ia cantik untuk dipandang .

begitu juga manusia, kita ni berbeza-beza.

ada kurus ,ada gemok dan hensem dan ada comel , ada cantik ada yg kurang cantik .

tapi yang merapatkan kita antara satu sama lain adalah dengan ikatan ukhwah .

itu baru dri segi rupa paras , belum masuk lagi persatuan2 yang wujud pada masa skrng  yang mana trdpt pelbgai2 persatuan yang kadang2 itu kita sendiri naik meluat dgn akhlak mereka. mencaci dan menghina antara satu persatuan dengan satu persatuan yang lain .

bagaimana kita nak bersatu, jika benda sekecil ini pun tak mampu di atasi ??

" selagi mana dia tidak melanggar hukum syara', dia tetap berhak menerima layanan seperti saudara muslim kita yang lain walaupun dia berbeza persatuan atau parti "

ingat sahabat, medium dakwah kita ini luas . yang di depan kita yng melakukan kesalahan adalah mad'u kita. pandanglah dengan kasih sayang agar mereka juga kembali bersama kita dalam pentas perjuangan .

sekian , salam jumaat !! ^^

p/s : jemput like page aku kat sebelah ni eh --- >
Wordless Wednesday #1

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum,

jom melihat gambar berbicara je k ^^








P/S : baru nak start numbering wordless wednesday ^^
 [ TERKINI ] Dato' Aziz Sattar Meninggal dunia !!

[ TERKINI ] Dato' Aziz Sattar Meninggal dunia !!

Assalamualaikum ,

selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah SAW

hari ni kita di gemparkan dengan kematian seniman negara iaitu Datuk Abdul Aziz Sattar , kira-kira pukul 2 pagi tadi .

punca kematian adalah sakit jantung dan beliau di rawat di Hospital Kajang .

kehilangan arwah, merupakan kehilangan besar dlm industri perfileman negara.

semoga roh beliau di cucuri rahmat dan di temptkan dgn org2 yg soleh .

al-fatihah .



p/s: dulu kecik2 asyik tgk cite p ramlee mesti nak tgk part pak aziz belakon..skung dah tk de dah..:'(

Allah lebih menyayangi beliau..
Lama tak masak !!

Lama tak masak !!


Assalamualaikum ,

how are u allz.. hhehehe

sapa reti masak ?? angkat tgn mcam saye..

haha..

sbnrnya , dah lama gak aku tak masak..

ermm, tak tau lak nak masak apa..

tiba2 rsa cm nak makan kari ja laa..

anak mami kan.. nak buat lagu mana lagi hehe

macam mana nak masak kari ??

[ KLIK SINI ]

selamat mencuba bagi yang nak try ..huhu

klau dah jadi tu.. sent kat aku skit.. hehe

ok..lah nak gi masak lak nii..

chow.. ^^

sekian .
Runningman Menggila !!

Runningman Menggila !!

Assalamualaikum !!

alhamdulillah, hari ni kita masih di beri peluang utk hidup udara yg segar lagi indah di muka bumi ALLAH ini.

Runningman ?


siapa tak kenal rancngan tv dari korea yg mendpt tmpt dalam kalangan masyarakat asia. tidak terkecuali malaysia .

mula2 aku tak layan gak cite ni..tpi lama2 cam best je.. hehehe

satu episode ke satu episode..

haihh..

skrng dah msuk episode 193 tak silap aku..

dah bnyak dah dan dah di lakukan pengambaran selama 3 tahun..

betapa bnyk peminat dan permintaan utk diorang kan..

hehe.. kalau yg  belom tgk tu, hati2 laa bila anda mula tgk..tkot ketagih.. hehe

sbnrnnya tgh tunggu episode baru,tp tak kluar2 lgi.. haaihh..

t kluar laa koott...

hehe..^^

sekian .

p/s : aku ingt nak buat bloglist balik.. tp cam tak mau buat jerr ~~
Fakta yang Memang Fakta !!

Fakta yang Memang Fakta !!


Assalamualaikum,

jumaat mubarak !! semoga jumaat kali ini memberi erti kepada hidup kita .

dah baca kahfi belom ni ?? klau belom, jom baca !! huuhu

hari ni aku nak share beberapa fakta yang memang fakta .

eh apa tu ??

1 ular tidak boleh menulis .

2. Kucing tak boleh bercakap .

3. mata tak boleh di gunakan untuk makan .

4. Ayah adalah seorang lelaki .

5. Keldai tak boleh beli barang .

6. Minum air, bukan makan air .

7. unta tak boleh basuh baju .

8.  Buaya tak leh angkat phone.

hehehe.. betul ke bohong smua fakta ni ?? anda mampu menilai.. :P

sekian,

p/s : jemput like page aku kat sebelah ni k ^^
Keputusan Muet sesi Mac 2014 !!

Keputusan Muet sesi Mac 2014 !!



Assalamualaikum.

Insyaallah, keputusan Malaysian University English Test Sesi 2014  akan di umumkan pada :

5 May 2014 pada hari isnin ini .

menurut MPM lagi , pelajar yg ingin buat rayuan boleh membut rayuan selepas itu dengan bayaran RM 70

Semoga yg mengambil keputusan MUET ni.. berjaya selalu k ^^

teringt dulu masa aku kat matrik dlu.. hehe..

practice punya practice tuk dpt band yang hebat..tp...cikai juga yg dpt..anyway aku still syukur..huhu 

sekian, chow ^^


[ GAMBAR ] Perhimpunan Bantah GST .

[ GAMBAR ] Perhimpunan Bantah GST .

sumber : fb Muslim Care Malaysia Society


sumber Dewan ulamak Pas Pusat

semoga usaha mereka dapat menyedarkan pimpinan mengenai smngt dan hajat rakyat Malaysia dalam perlaksanaan hudud  dan pemansuhan GST.

kami sokong perlaksanaan hudud dan membantah GST !!

" MAHASISWA CAKNA,MAHASISWA BANTAH "
Kataubaid© .