Kecewa #MH370

Kecewa #MH370


Assalamualaikum !!

sedih dan kecewa itu jerr yang aku mampu luahkan dari hati aku sekarang ni .

pelbagai statement yg di keluarkan yang menghazafkan yakni memadam kan statement yg sebelum2 ni..

yelaa, seblum ni aku baca di laman sosial mengenai MH370 yang di katakan terhempas di lautan Hindi .yang di umumkan oleh PM * korang pun baca cm ni kaan..

tapi hari ni kenyataan yg di keluarkan oleh Pak Menteri mengatakan yang PM tak pernah berkata demikian .

adakah status perkataan " End " di lautan hindi itu boleh di tafsirkan kepada pelbagai maksud.

terhempas , berakhir , dan hilang , ketiga2 perkara yang boleh mnghuraikan pelbagai persepsi kepada masyarakat .

jika mngikut statement hari ni pula , mem " back up " statement terdahulu itu memberi Maksud yg MH370 masih hilang ? gitu ? adakah ini satu pengharapan atau permainan sahaja ?

entahlaah..aku bukan nak kutuk kerajaan ke apa ke .. betul kata DS Anwar Ibrahim yang mana kita perlu menyokong segala usaha untuk mencari MH370 dan aku tambah skit segala pencarian mesti mngikut hukum syara' .

cuma aku nak kepastian status MH370 . masih hilang atau sebagainya ?? jika hilang keluarkan statemen begitu.. tp kenapa mcam memutar belit fakta dan statement .

yang jadi masalahnya lepas ni adalah di kalangan masyarakat laa.. menafsir pelbgai2 perkataan yg di beritahu oleh pemerintah .

came on laa.. rakyat dah cerdik , jgn smpi mereka bosan shingga mereka mngabaikan terus pasal kisah ini.

suatu yg menjadi perhatian dunia ketika ini.. MH370 hilang dan belom di temui.. ayuh perbanyakkan doa kita agar di pertemukan dengan mereka kembali.. stop dan hentikanlahh konspirasi anda utk mengelirukan masyarakat dunia dan rakyat sendiri .

maaf sekdar luahan..blog ni tuk penulis.. feel free to komen ^^



Nikah kita Bercinta !!

Nikah kita Bercinta !!



Assalamualaikum !!!

koraang !!!

 hehe..

 tdi aku tgk cite 

" Nikah kita bercinta "

kat utube ..

lakonan flexia yap..

ok..lah not bad,

hehe.. lawak juga part pelakon " apa celop toq "

nama dia pa tah.. aku pun dah lupa.. 

tp klau korang nak tgk boleh jerr tgk kt utube jerr..

hehe.. when chinese wear hijab..look nice n nice laa..

tapi sedihkan budak melayu islam lakk tak reti nak pakai tudung n tutup aurat ngan sempurna..

dah penganut islam sendiri tak mau pratikkan agama ,

Allah hantar org lain yg sanggup n suka agama Islam..

insaf laah.. ayuh amik ibrah dri kehidupan kita k ^^

ok..lah chow.. t korang cakap aku berleter laakk.. hahaha

huhuhu..k.. assalamualaikum :)



Segmen Pencarian Bloglist Bulan April dan May 2014...!!!!

Segmen Pencarian Bloglist Bulan April dan May 2014...!!!!


assalamualaikum ,

lama tak join Bloglist..selalu aku yg buat.. hehe

jemput ^^
Terpanggil untuk menulis ..

Terpanggil untuk menulis ..

Assalamualaikum ..

sihatka anda2 di sana ?? lamanya tak menulis..

hari ni aku terpanggil untuk menulis entri berkaitan dengan MH370

Ucapan takziah dari aku utk smua keluarga mangsa, moga terus tabah menjalani kehidupan selepas ini

" setiap dari yang hidup pasti akan menemui mati "

siapa2 yg kenal dgn keluarga mangsa, sampaikan lah kata-kata semngat buat diorng.. jgn kusutkan lgi minda diorng yg tgh di uji.

MH370, mungkin sudah selesai kisahnya .

sekarang muncul pula IM529 .

apa benda ni ? Ikhwan muslimin yang di jatuhkan hukuman mati oleh tentera2 Mesir dengan pelbagai tuduhan .

moga Allah pilih mereka dan kita sebgai syuhadanya..

entahla, aku nak komen lebih2 pun aku tak baca lgi full story mngenai IM529 nii.. yang pasti ini adalah rancngan pihak kudeta utk melawan dan membanteras IM di mesir

mohon doa keselamatan kami di mesir ini,

yg di mesir jaga diri elok2..ikut arahan yg telah di keluarkan oleh pihak EME, Kedutaan dan juga PERUBATAN dan PMRAM .

Semoga kita dilindungi dan dirahmati ^^

itulah sahaja nukilan ringkas sbgai pengubat rindu di blog ku ini ^^

jumpa lagi adios amigoss :)


Mushrif vs Mushrifah

Mushrif vs Mushrifah


Assalamualaikum !!

mushrif  ??

apa itu mushrif ?

mushrif dalam bahasa kampungnya adalah penjaga .

kat mana mushrif ni selalu di praktikkan ?

jwpnnya di mesir ^^

baru-baru ni jadi isu , apa bila ada satu petition yang di keluarkan oleh pihak2 tertentu yang berbunyi ingin memboikot mahasiswi perubatan mesir .

dengan alasan mereka tidak mahu bermushrif dan beberapa faktor lain.

cuma situasi ini telah mngundang persepsi buruk terhadap segelintir mahasiswa mesir yang menuntut di mesir ini.

situasi mushrif :

apabila akhawat(perempuan) nak keluar rumah pada waktu malam, di galakkan untuk mencari seorang ikhwah(lelaki) atau dua sbgai penjaga mereka sewaktu mereka keluar menyelesaikan urusan .

cuma yang berlaku sekarang ini, apabila akhawat keluar tanpa mushrif pada waktu malam. mungkin boleh diklasifikasikan kepada beberapa alasan :

1. terdesak.
2. tiada mushrif yang sudi membantu .
3. malas menggunakan mushrif.
4. segan nak menyusahkan mushrif =.="

ini antara yg aku dgar dari kawan2 .

dari segi mushrifnya pula , yakni ikhwah .

alasan yang selalu di berikan utk menolak permintaan untk mushrif adalah :

1. lewat beritahu
2. ada urusan lain
3. malas nak mushrif .

jadi skop2 ini perlu di atasi terlebih dahulu.

bila korang letakkan diri korang sbgai abg atau adik tuk akhawat ini. pasti korang akan cuba utk menjaga mereka dgn sebaiknya.

bagi akhawat pula, perlu kurangkan aktiviti di luar rumah pada waktu malam atas faktor keselamatan . andai terpaksa , gunakanlah khidmat mushrif. dan kalau boleh maklumkan awal jika perlu utk mngelakkan dripd penolakkan dri pihak mushrif itu sendiri .

benda ini sebnrnya adalah urusan kdua2 belah pihak , cuba letak diri korang dlam posisi seseorang yang lain..semoga korang menemui jalannya.

dalam soal ini tiada yang kuat dan yang lemah , masing2 pelu dan memerlukan antara satu sama lain..tolong menolong utk kepentingan bersama ^^


maaf kalau entri ini menyinggung perasaan mana2 pihak..just for fun. benda lama tapi di peringatkan semula utk kepentingan bersama ^^


sekian

p/s: baru balik MAT-10 huhu..nak buat post event ke tak..errmmm..huhu
100 negara selfie terbanyak !!

100 negara selfie terbanyak !!

Assalamualaikum.

korang suka selfie ?

apa itu selfie ??


haaa gini haa

mesti korang pernah gak cm ni kaan.. hehehe..

sebab 2 tiga menjak nihh..ramai gak yg rajin selfie2 ni.

ada yang pakai rod semata2 nak tunjuk kamera tu kat atas.. haha

dan korang mesti nak tau kan 100 negara selfie terbanyak .

jeng jeng jeng2





Embedded image permalink

tapi gamba ni 11 jer yang ada..

maaf deh.. ce tgk kawsan korang termasuk dlam senarai ke idok.. hehe

sekian, xoxo :P

p/s : jom selfie.. hahaha
:: LIRIK :: SEBIRU HARI INI

:: LIRIK :: SEBIRU HARI INI

Assalamualaikum.

hari ni aku nak share lirik lagu sebiru hari ni .. pernah dengar tk ??

kalau tak : https://www.youtube.com/watch?v=bYvk6PYGViM 

jemput menghayati ^^

" Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


reff:
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

intro

reff 2x

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah "


sekian xoxo :P
Malizi Ahsan Nas ?

Malizi Ahsan Nas ?

Assalamualaikum.

seblum2 ni , kalau student msia di mesir akan di gelar " malizi ahsan Nas "

"org malaysia sebaik2 manusia "

tp bila jadi pembomohan ni

telah bertukar skrip.

aku tak rasai lagi.

di khabarkan di azhar sudah jadi.

hayatilah kartun ini.

sedeh bila diperbodohkan..



semoga ALLAH tak tutup jalan pencarian MH 370 di sebabkan perbuatan bomoh2 ini.

sekian, xoxo :P

p/s : jemput like page aku ^^

:: MH370 :: Doa VS Bomoh

:: MH370 :: Doa VS Bomoh

Assalamualaikum semua !!

Kes MH 370 masih belom settle dan belum nampak jalan keluar lagi .moga ALLAH permudahkan urusan mereka yg mencari dan urusan kita semua..aamiiiin.

hari ni aku tgk kt fb kisah2 yg berlaku di Msia. kisah bomoh yang mencari MH370.

dua hari sudah pula kita mendengar kapten nourudin mengembalikan kita pada paksi seorang hamba.

" apabila kuasa sains berakhir, kuasa tuhan bermula "

aku dengar ucapan beliau, tersentap dan memberi kesedaran buat aku dan aku rasa kita semua kan.

apabila kita rasa kita ada kapal perang yg hebat, kapal itu dan ini. tapi apa yang kamu mampu buat ??

tak mampu buat apa2 pun. sebab apa kamu tak mampu menandingi kuasa ALLAH.

cukuplah kembali kepada ALLAH, berdoa dan berdoa dan terus berdoa .

hari ni kes upacara bomoh dan tikar terbangnya .

maaf andai bahasa aku agak kasar . 

" nak cakap bodoh "

tapi ishh..tk masuk akal laa wahai bomoh oii..

cuba fikir kita yang lain , para alim ulama sibuk beribadah dan meminta pertolongan ALLAH. tapi golongan2 ini umpama mengundang murka ALLAH.

Ingat !!! ALLAH nak bagi bala atau musibah kt sesuatu kaum , tak kira ada org beriman ke tak..Allah bagi semua skali kena.

tolong lah.. ubah minded tu skit.

rasulullah bersabda :

"Sesiapa yang menemui tukang tilik atau tenung, lalu mempercayai ramalannya (ghaibnya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi SAW" 

semoga iman kita di pelihara oleh ALLAH.

semoga dalam kita bersolat hajat dan bermunajat. ibadah kita tak di cemari oleh benda2 bersifat khurafat dan menyesatkan.letakkan Allah di hati, semata-mata Allah ja..

cukup lah sekdar coretan aku kali ini ..feel free to komen k.

sekian , xoxo :P

p/s : maaf kalau terkasar bahasa ^^


Dr. Wan Azizah bertanding di Kajang !

Dr. Wan Azizah bertanding di Kajang !


Assalamualaikum..



jom kita mulakan pembacaan entri ni dengan mendoakan kesejahteraan crew dan penumpang MH370 .

seperti sedia maklum , baru2 ini DS Anwar Ibrahim di dapati bersalah dalam tuduhan liwat ke atas saiful bukhari .

akibat dri pada kes ini, beliau tidak dapat bertanding di DUN Kajang .

jadi setelah meeting Pakatan Rakyat ( PR ) ,mereka telah memutuskan untuk meletakkan calon baru iaitu DR. Wan Azizah sebgai calon menggantikan DS Anwar Ibrahim di DUN Kajang .

keputusan yang bagi aku keputusan yang agak bijak .

apabila yang menggantikan seorang yg hebat seperti DS Anwar  dgn seorang yg hebat dan mmpunyai figure yg kuat dan tidak boleh di sanggah lagi.


secara jujurnya peristiwa ini akan tercatat dalam lembaran sejarah msia apabila DS Anwar Ibrahim di tuduh meliwat buat kali yang kedua .

seorang pemimpin yang teguh dan tabah  menghadapi cabaran dan segala fitnah dan seorang pemimpin yang membuka mata masyarakt msia secara khususnya mengenai kepincngan kerajaan dalam memerintah negara kita di tuduh sedemikian rupa..

Hanya ALLAH jer tahu keadaan beliau dan perasaan beliau sekarang ini. tp smngat beliau tidak luntur .
mndengar ucapannya di konvensyen PR semalam..beliau menyatakan LAWAN TETAP LAWAN !!

dan slogan reformasi kembali bergema di bumi Malaysia .

adakah situasi politik tanah air kita boleh ke arah yang pernah berlaku di mesir yg mana rakyat bangun menundukkan pemerintah yang zalim menjatuhkan husni mubarak .

dan harapnya rakyat msia tidak ikut langkah bodoh rakyat mesir menundukkan Dr. Mursi yang mempunyai background yg hebat dalam pimpinan islam.

fikirkan laah.. dan terus berdoa agar kita di lindungi oleh ALLAH dan di selamatkan drpd kezaliman pihak2 tertentu..

#reformasi 2.0 #pray4MH370

SEKIAN.
Pray4MH370

Pray4MH370


Assalamualaikum .

masih belum terlambat untuk kita 

mendoakan kesejahteraan crew dan penumpang pesawat MH370 Malaysia airlines

yang di beritakan terhempas di laut china selatan.

walaupun kesahihannya belom terbukti

moga Allah tabahkan mereka dan keluarga mereka .

doa dan terus doa walaupun kita berbeza Agama.

doalah mngikut cara yg di beritahu oleh agama korang.

tuk muslim. buat solat hajat dan terus doa..sebab kita ni milik ALLAH..

andai Allah tetapkan ajal mereka..kita kena redha.

jaga iman kita..jangan salahkan takdir dan tuhan ..



Kepentingan untuk dipentingkan

Kepentingan untuk dipentingkan

Assalamualaikum..

alhamdulillah, hari ni dpt lgi kita berjumpa di segmen berikutnya di TV 3 suku.. haha

tak de la.. melwak je ngan korang.

kepentingan untuk di pentingkan..

apa ni ??

hari ni apa kata kita bahas kan mengenai fiqh aulawiyat atau dalam bahasa melayunya fiqh keutamaan .

dalam hidup ini , adakala beberapa benda yang berlaku pada masa yang sama dan tmpt yg sama. dan kita di kehendaki utk memilih dan meneruskan salah satu drinya.

contoh 1 :

ahmad ingin menyambung pelajarannya di luar negara ( mesir ) utk mndlam medic dan ilmu agama, tp pada masa yg sama dia memperoleh tajaan pelajarannya utk sambung peljaran di dalam negara . tp dia ingin sgt2 ke luar negara. pada masa yg sama. parentnya mempunyai masalah kewangan. yang mana lebih utama kpada ahmad utk di utamakan ?

jawpannya adalah : sambung pelajaran di dalam negara. kerana aula utknya utk tidak menyusahkan ahli keluarganya. pada masa yg sama ilmu agama boleh didapati di dalam negara juga.

haaa..

situasi kedua :

antara meeting dengan study ? yang mana aula ?? atau yg mna utama ?

jwapannya : mengikut keadaan. kalau meeting itu jaraknya jauh dengan exam.. di aulakan tuk masuk meeting. kalaulah esok exam,malam ni ada meeting, aula utknya mengutamakan exam.

sebab meeting maslahah atau kepentingannya luas dan melibatkan ramai org.

haa.. cm na paham tak ??

insyaallah, kita boleh apply fiqh keutamaan ini jika berdepan dengan pelbgai situasi dan menggunkan teknik kebaikan utk umum dan keburukan untuk umum. kalau baik lebih banyak dri buruk maka eloklaah kita pilih yg baik yg banyak.

kalau keburukan yg bnyak dgn keburukan yg sikit, better kita pilih keburukan yang sikit.

semoga pencerahan ini dapat membantu anda semua ^^
Harga TOL JAMBATAN Kedua Pulau Pinang mahal ??

Harga TOL JAMBATAN Kedua Pulau Pinang mahal ??


Assalamualaikum !

korang tahu kan jambatan kedua pulau pinang dah di buka.

depa ckap cantik..tp aku tk tau la.. sbb aku kat mesir ni

mana laa nk balik lgi kan..

dengar cerita lakk.. depa bagi sebulan tol free tuk guna jambatan pulau pinang.

selepas ni tol akan di charge RM 9 .. perghh..

sebab perjalanan dia lebih jauh dari jambatan pertama dengan kata lain lebih panjng laa..

jambatan kedua RM 7 tol dia.

tp sedeh kan..rakyat negeri sendiri kena byar tol sbb nak msuk negeri sendiri :'(

sedeh..

untunglah msia msih aman..

aku harap suatu hari nnt.. hak kita sbgai rakyat tk di abaikan..
Pindah Rumah !!

Pindah Rumah !!

Assalamualaikum !!

sihat ke tuu..

lama tk sembang ngan korang..

hahaha.. hari ni hari ke dua aku berada di rumah baru.. hehe

di jalan yang baru.. jadi azamku pun baru..tp masih semak lgi laa bilik aku nihh..

penat angkt barang pun tak habis lgi..

hari sepatutnya tk de kelas..tp cm tk best lak kan..

aku msuk group satu lgi ^^

tp kelas tak start lgi pun lgi sejam setgh..

hehehe..

oklah..tk larat lakk nak tulis pnjang2.. kang trlajak kelas lak nnt

sekian, xoxo :)


p/s : ngantuknyerr...
Kataubaid© .